#CASE 13

830 70 1
                                    

DITENUNG lama wajah Yaqhzan yang terbaring kaku di katil . Dia mengeluh berat sebelum bahunya ditepuk Kaysa . Dia memandang gadis itu .

" Mak dengan adik Yaqhzan ada kat luar " Yara terus melangkah keluar dari bilik itu . Dia memandang wajah keruh Puan Saleha dan Sofya . Disalam tangan tua itu dengan bibir diketap rapat .

" Yara " agak terkejut bila tubuhnya dipeluk erat Puan Saleha seakan melepaskan rindu yang agak berat . Dia menyambut pelukan itu sambil mengukir senyuman kecil pada Sofya . Pelukan itu terlerai .

" Kak Yara , siapa buat abang sampai macam tu ? " dia menggeleng tanda tidak tahu dengan soalan itu . Dia masih tidak menjumpai satu jawapan tentang soalan tersebut .

" Nanti Kak Yara tangkap orang yang buat Yaqhzan macam  ni . Jangan risau , bilik Yaqhzan ni Yara dah hantar pegawai untuk jaga . Jadi Cik Saleha dengan Sofya duduk mana malam ni ? Rumah Yaqhzan jadi kawasan larangan sekarang " Sofya mengeluh berat dan memaut lengan Puan Saleha . Dia menggeleng tanda tidak tahu mahu menginap mana malam ini . Yara mengusap tangan tua itu .

" Tak apa sementara waktu ni tinggal dengan Yara ye ? Yara pun duduk sorang "

" Terima kasih Yara " Puan Saleha mengusap pipi mulus itu sebelum meminta diri untuk melihat keadaan anak lelakinya . Sofya juga membuntuti langkah maknya . Yara memandang barangan dua beranak itu . Kaysa yang dari tadi berdiri di belakangnya dipandang .

" Kaysa , tolong aku bawa barang diorang . Lepastu kita pergi rumah Yaqhzan " Yara terus mengangkat beg tersebut . Kaysa juga berbuat perkara yang sama . Terus dibawa langkah untuk ke kereta Kaysa .

Dia tahu Puan Saleha dan Sofya datang dari Johor ke sini dengan menaiki bas . Yaqhzan datang dari keluarga yang bukanlah terlalu senang .

──•~❉᯽❉~•──

Yara melilau mata meneliti di dalam rumah Yaqhzan . Dia berdua sahaja dengan Kaysa . Segala ruang diperiksa jikalau menjumpai sebarang bukti .

Langkah dibawa ke pintu belakang . Dilihat tombol pintu di situ .  Terdapat kesan diumpil di situ . Sah suspek telah memecah masuk rumah Yaqhzan . Disentuh kesan umpil itu yang terdapat sedikit kesan calar dan kerosakan pada tombol .

" Kaysa , suspek cuba bunuh Yaqhzan pukul berapa ? "

" Dalam pukul 7 pagi . Waktu tu Yaqhzan nak keluar pergi kerja " Yara bergerak ke ruang tamu semula . CCTV yang dipasang tinggi itu dipandang . Dia melihat lantai jikalau ada kesan tapak kaki atau apa pun di situ .

" Pintu tu kena umpil . Maknanya memang suspek dah planning nak bunuh Yaqhzan kalau seteruk itu dia pukul Yaqhzan . Tengoklah , rumah ni barang tak bergerak macam kena rompak pun . So maknanya suspek nak bunuh Yaqhzan dan bukan nak dikatakan dia mencuri "

Kaysa mengangguk setuju . Betul apa yang dikatakan Yara . Dia sudah melihat di bahagian tingkat atas . Barangan semuanya tersusun dan teratur . CCTV dilihat kedua mereka merenung mencari jawapan kepada kes ini .

" Kau dah tanya Akim pasal lelaki bertopeng yang ada dalam CCTV tu ? "

" Dah . Josh kata Akim tengah intterogation kawan Yaqhzan si Anne tu lebih lanjut . Mana tahu dia tahu pasal lelaki bertopeng ke or dia ternampak ke . Tapikan , kau tak rasa ke kes ni berkait dengan kes Deena ? " Yara menyilang tangan kanannya ke dada dan tangan kiri sibuk mengusik bibirnya yang kering merekah . Otak sedang memikirkan sesuatu .

" Aku pun rasa macam tu . Eh ! Jom pergi True Talent jap ! "

Terus Yara bergegas melangkah keluar dari rumah . Kaysa yang terpinga mengekori langkah rakannya itu . Kenapa mahu bergegas ke True Talent Agency ?

──•~❉᯽❉~•──

Laptop ditolak ke arah Anne yang duduk di hadapannya . Gadis itu melihat rakaman CCTV yang terpapar di skrin . Meremang bulu romanya saat melihat si psiko melakukan perkara kejam pada rakan sekerjanya itu .

" Ini rakaman CCTV dari rumah Yaqhzan . Saya nak tanya awak , ada nampak lelaki ni or someone yang mencurigakan masa sampai rumah Yaqhzan ? " Anne menggeleng kecil pada soalan Akim . Tina dan Akim berpandangan sesama sendiri .

" Yaqhzan minta saya jemput dia masa tu untuk pergi kerja sebab petang sebelum hari esoknya kereta Yaqhzan problem and terpaksa letak kereta tu kat bengkel . Itu yang saya sampai tu saya call dia pagi tu tapi tak dapat . Terus saya turun and ketuk pintu semua . Masa saya cuba buka pintu , pintu tak kunci . Buka je saya nampak... " tidak sanggup lagi dia mahu menyambung kata-katanya . Akim mengangguk faham dan tidak meminta Anne menyambung lagi percakapannya .

" Apa hubungan awak dengan Yaqhzan ? Why Yaqhzan minta awak jemput dia ? Dia tak ada kawan lelaki ? " Anne memandang Tina yang tiba-tiba sahaja bertanya soal itu . Dia mengemam bibir sebelum tersenyum kecil .

" Saya dengan Yaqhzan... "

──•~❉᯽❉~•──

Rakaman di telefon dimainkan dan ditunjuk pada pegawal keselamatan yang berada di pondok pengawal hadapan itu . Lelaki india itu melihatnya dengan kerutan .

" Lelaki yang pakai topeng dalam video ni , sama tak dengan lelaki yang you nampak masa hari kejadian Deena Hairudin mati kat sini ? " laju lelaki india itu mengangguk sebelum menyerahkan kembali telefon Yara . Yara dan Kaysa berpandangan sesama sendiri .

" Ye topeng yang sama ! Saya ingat lagi ! " Yara tersenyum senget . Terus dia mengucapkan terima kasih pada pegawal tersebut sebelum bergegas ke kereta .

Tali pinggang dipakai . Kaysa memandang gadis bertudung yang mengambil tempat di bahagian pemandu keretanya . Dia menunggu apa lagi langkah Yara seterusnya .

" Maknanya kes ni suspek yang sama dengan kes Deena . So dalang dia mesti orang dalam True Talent " Yara menoleh memandang wajah serius Kaysa .

" Nanti aku minta waran geledah dan soal semua staff situ "

" Kita kena tangkap dia cepat kalau boleh . Motif apa kita tak tahu dia buat semua ni . Day by day kes Deena jadi soalan pada netizen . Yelah kematian dia satu benda yang kejam kan " Kaysa mengangguk dan menoleh ke arah pintu pagar utama True Talent Agency . Kereta yang keluar menjadi perhatian dirinya dan juga Yara . 

" Aku curious dengan dia "

" Irfan ? " Yara dan Kaysa memandang kereta Irfan yang berlalu keluar setelah menegur mesra pegawal di syarikat itu . Yara menghembus nafas kecil .

" Makin hari aku tak berapa nak percaya orang sekarang sebab hadap kes ni "

vote and comment ✅

HEMLOCK ✅Where stories live. Discover now