#CASE 12

904 68 1
                                    

PEN ditangan dipusing dengan penuh bergaya sambil melakukan kerjanya di komputer . Nafas dihembus dan wajah diraup perlahan .

Dia mengambil beg silangnya yang berada di bawah mejanya . Zip dibuka dan dia meraba untuk mencari minyak angin di dalam beg tersebut sehinggalah dia mengapai sesuatu . Plastik kinder bueno yang dironyokkan itu dikeluarkan . Teringat pula pada Nurhan yang memberinya .

" Cis ! Mana dia tahulah aku suka kinder bueno " dibuang plastik sampah coklat itu ke dalam bakul sampah di bawah meja . Badan disandarkan pada kerusi .

Fikirannya mula menerawang memikirkan lelaki yang merupakan pengarah hospital itu . Cara Nurhan menunjukkan lelaki itu meminati dirinya . Tapi kenapa dirinya ?

" Baru bercerai dah gatal nak try orang . Siot punya jantan ! "

Jam yang menunjukkan pukul 8.15 pagi itu dilihat . Dia mula merasakan mahu meneguk secawan coklat panas di pantri . Baru sahaja mahu bangun dari duduknya , biliknya dirempuh Tina dengan wajah gelisah .

" Cik Yara ! We have an emergency ! Yaqhzan masuk hospital and sekarang kat ICU "

" What ?! " berderau darah Yara saat itu mendengar khabar rakannya sekarang di zon kecemasan . Terus dia bangun keluar dari bilik itu mengekori Tina .

──•~❉᯽❉~•──

Matanya yang tertutup mencemaskan para doktor dan jururawat yang sedang memberhentikan pendarahan yang berada di kepala . Mulutnya dipasang alat bantuan pernafasan .

" Doktor ! Jantung patient stop ! " jururawat itu menjerit dan saat itu jugalah doktor yang merawatnya meminta alat pacu jantung agar dapat menyelamatkan nyawa Yaqhzan saat ini .

" Satu ! Dua ! Tiga ! "

Dadanya dihenjut naik tinggi . Di dalam ruangan itu masing-masing berusaha cuba menyelamatkan nyawa Yaqhzan tika ini .

──•~❉᯽❉~•──

Mata Yara membulat melihat pada skrin rakaman CCTV ruang tamu rumah Yaqhzan di komputer . Masing-masing meremang melihat apa yang terjadi .

Terlihat Yaqhzan yang baru sahaja melangkah menuruni tangga . Mungkin mahu bergerak pergi kerja saat itu . Tiba-tiba sahaja Yaqhzan dipukul oleh seseorang yang muncul dari bawah tangga dengan membawa satu batang kayu besbol . Terus sahaja Yaqhzan jatuh tidak sedarkan diri di situ .

" Weh kejamnya ! " Kaysa menjerit geram . Terus gadis itu diam saat Joshua menyuruhnya diam . Yara menelan liur perit bila lelaki yang memakai topeng putih berwajah lelaki tersenyum itu mendongak memandang CCTV .

" Dia pandang CCTV ? " lelaki misteri itu menyatukan dua jari telunjuk dan jari tengah ke tepi dahi sebelum dinaikkan tinggi tanda tabik dan beredar pergi menuju ke bahagian belakang sehingga hilang dirinya dilihat di CCTV .

" Psycho ! " Yara mula naik angin dan terus bergegas keluar daripada pejabat itu . Lanyard disarung ke leher untuk bergegas ke hospital .

Tindakan Yara itu diperhati oleh Kaysa dan Joshua . Mereka berdua berpandangan sesama sendiri . Bertambah satu lagi kes mereka nampaknya .

──•~❉᯽❉~•──

Dia menunggu di luar bilik ICU . Sudah dua jam Yaqhzan di dalam itu setelah selesai dengan pembedahan dan sekarang dalam pengawasan doktor . Dia dengan dirinya bersandar pada dinding sebelum tangan mengeluarkan telefon milik lelaki itu untuk mendail nombor ibu kepada Yaqhzan .

Nafas ditarik sebelum telefon dilekapkan ke telinga . Dia takut akan reaksi wanita tua itu . Dia sangatlah risau . Dia menunggu panggilan itu masuk .

" Asalamualaikum anak mak ? Ada apa call pagi-pagi ni rindu mak ke ? " Yara menggeletar bibir mahu menuturkan kata-kata setelah mendengar suara lembut dan ceria itu . Puan Saleha tersangatlah lembut perwatakannya .

HEMLOCK ✅Donde viven las historias. Descúbrelo ahora