#CASE 27

811 62 2
                                    

JARI telunjuknya menekan punat di earbud miliknya yang dipakai disebalik tudung sarungnya itu . Lagu Baby daripada penyanyi Clean Bandit itu dipasang usai dia keluar dari 7 Eleven .

Satu plastik yang berisikan dua bungkus roti dan sebotol calpis strawberry dibeli untuk mengalas perutnya yang lapar . Nak makan malam ? Terlalu lewat . Kini sudah pukul 10.40 malam . Tak elok nak makan berat ketika waktu begini .

Bulan depan dia bakal bergelar seorang isteri buat Nurhan Waail . Segala persiapan Yara serahkan pada lelaki itu kerana Nurhan sendiri yang menawarkan diri untuk menyiapkan segalanya . Dia hanya mengikut Nurhan beli barang itu ini sahaja .

Yara berjalan kaki untuk ke kawasan perumahannya . Dia hanya berjalan kaki sahaja memandangkan rumah dan kedai serbaneka tidaklah terlalu jauh .

Saat dia berjalan , dirinya diekori seseorang dari belakang . Yara sekadar diam membiarkan sahaja . Dia terus membelok mencari jalan lain dan bukannya jalan menuju ke rumahnya .

Lelaki itu mula mendekat dengannya . Telinga Yara dapat mendengar bunyi pisau lipat yang dikeluarkan dari sarungnya . Saat lelaki itu mahu menikamnya , Yara terus mengelak . Matanya membulat menyerang lelaki itu dan menendang abdomen lelaki berhoodie dan bertopeng itu sehingga jatuh .

" Kau ! " dia mengenali topeng itu . Topeng yang dipakai si pembunuh untuk membunuh Deena dan juga membunuh Yaqhzan . Lelaki itu terus berlari pantas .

Yara tidak menunggu lama dan terus mengejar langkah lelaki itu . Dia mula mengeluarkan telefonnya dan cuba menelefon sesiapa sahaja saat ini . Nama Nurhan yang berada di dalam kontak berada di atas sekali ditekan .

Nurhan saat itu sedang membaca buku di meja kerjanya menoleh ke arah telefonnya yang bergetar . Tertera sahaja nama Yara , membuatkan lelaki itu tersenyum . Laju tangan mencapai telefon tersebut dan diangkat pantas .

" Asalamualaikum buah hati ! "

" Awak ! Please tolong saya call Kaysa or siapa-siapa je . Saya tengah kejar someone ni . He try to kill me " terus pucat wajah Nurhan ketika itu .

" Yara Hanina ! Awak kat mana ni ? Bahaya tahu tak ? Are you bring your gun or not ? Buat apa keluar lewat malam ni ?! " Yara mengetap bibir geram bila disaat gentir ini Nurhan masih nak memarahinya .

Dia membelok masuk ke dalam satu bangunan lama bila lelaki itu menuju ke sana . Tangga didaki dengan langkah yang besar . Saat itu jugalah plastik makanannya jatuh di situ .

" Tak bawa . Dont worry about me . Call Kaysa and suruh dia cari saya . Sini tak ada line kalau nak detect location . Cakap kat dia saya ada kat blok hantu . Apa-apa jadi cari saya kat sana sebab kalau saya tak dapat suspek tu sekalipun , saya akan berhenti kat situ dan tak akan pergi mana-mana . Ini janji saya pada awak . Tell her okay ? Bye Nurhan ! " panggilan terus Yara matikan . Nurhan seakan cacing kepanasan . Dia marah pada Yara yang terlalu berani saat ini .

Nombor Kaysa didail . Dia menunggu panggilan itu bersambung sambil menuruni tangga pantas dan mengapai key card Tesla miliknya .

" Hello Nurhan ? "

" Kaysa ! Yara dalam bahaya . Sekarang dia tengah kejar someone yang cuba nak bunuh dia tadi . Location , blok hantu . She did not carry a gun with her ! "

" What ?! Pehal perempuan ni gerak sendiri ! " Kaysa marah dihujung talian . Nurhan terus membuka pintu kereta miliknya dan meloloskan diri ke dalam .

" Itulah . Saya on the way nak cari dia . Blok hantu tu kat mana ? "

" I know where . Jumpa kat taman sebelum masuk kawasan rumah Yara "

HEMLOCK ✅Where stories live. Discover now