Started

13 0 0
                                    

Syed Mokhtar Zain dengan sabar menanti dihadapan pintu bilik bersalin ini menantikan kelahiran seorang manusia yang bakal lahir kedunia ini. Disampingnya kini terdapat seorang kanak-kanak perempuan berusia 4 tahun yang juga tidak sabar menanti kelahiran bakal adiknya.

"Papa, Riena tak sabar nak jumpa adik." Soal kanak-kanak perempuan itu kepada Syed Mokhtar Zain. Lelaki pertengahan usia ini mengusap kepala anak perempuannya yang sudah bertudung ini. Dia kagum dengan isterinya yang mengajar anaknya menutup aurat diusia muda.

"Sabar ye sayang. Mama tengah usaha lahirkan adik, Riena. Tak lama lagi adik akan lahir." pujuk Syed Mokhtar zain kepada anak perempuannya, Sharifah Nur Syariena atau lebih selesa disapa sebagai Riena.

Dalam suasana yang dirasakan hening itu, tiba-tiba telinga mereka menangkap bunyi bayi menangis dari dalam bilik bersalin tersebut. Dua beranak ini saling berpandangan lalu mengucapkan syukur kerana telah selamat melahirkan. Syed Mokhtar Zain memandang ke arah jam tangannya.

14:30!

******

9 tahun kemudian...

Bandar Cybertron ini memnag begitu maju dan berkembang. Boleh dikatakan sebagai sebuah bandar yang maju bagaikan bandar di abad ke-22.

Ditengah-tengah bandar itu, terdapat satu perkampungan kecil yabg kelihatan seperti kampung ditengah bandar. Rumah kampung ditengah bandar itu jelas kelihatan menghangatkan suasana kampung sebenar ditengah-tengah kesibukan dan kemajuan bandar Cybertron.

Didalam rumah,terlihat seorang gadis berusia 13 tahun sedang sibuk dan bertungkus-lumus menyiapkan makan tengah hari. Sudah lewat dan dia perlu menyiapkan makan tengah hari dengan segera.

Nama aku Riena. Sharifah Nur Syariena Binti Syed Mokhtar Zain. Aku lebih selesa disapa  Riena. Nampak mesra, kan?

Aku ada seorang adik lelaki. Satu-satunya adik yang aku punya dan yang paling aku sayang. Aku sayang dia melebihi diri aku sendiri. Yelah,dia je satu-satunya keluarga yabg aku miliki sekarang.

Mama dan papa?

Papa dan mama kami sudah lama meninggal dunia. Seingat aku,ketika itu adik aku baru baru berusia 5 tahu. Papa dan mama meninggal dalam sebuah kebakaran rumah. Saat itu,aku dan adik aku tiada di rumah kerana bermain di taman. Ketika kami berdua pulang, aku dapati rumah sudah rentung  dijilat api dan punca kebakaran sehingga ke hari ini masih dalam siasatan.

Aku langsung tidak mengharapkan apa-apa hasil dari pasukan penyiasatan mereka. Kini, aku dan adik aku tinggal bersama pak cik Mahmud, adik kepada papa dan isterinya, mak cik Mona.

Disaat itu, telinga Riena mendengar bunyi nyanyian kecil kanak-kanak. Terus saja dia berjalan menuju pintu dan melihat kelibat adik lelaki kesayangannya sedang berjalan riang pulang dari sekolah.....

Itulah adik lelaki yang aku katakan tadi. Namanya Syed Ahmad Ar-Rayyan Bin Syed Mokhtar Zain. Dia dah 9 tahun sekarang. Cepat betul adik aku tu membesar. Rasanya seperti baru semalam aku lihat wajahnya yang suci baru keluar dari rahim mama.

"Ya Allaah! Apa ni adik? Macam mana boleh kotor ni? Habis baju sekolah adik kena sos." Ujar Riena bertanya ketika melihat penampilan adiknya sepulang sekolah. Mana tak pelik, pergi sekolah tadi punya kemas. Bila dah balik, dengan baju berkedut ditambah dengan kesan tompokan sos pada baju putih itu.

StrengthWhere stories live. Discover now