Bab 2

4 0 0
                                    

"Assalamualaikum."

Suara manusia memberi salam membuatkan Riena segera bangkit dari duduknya dan berjalan ke pintu. Dia tersenyum dan menjeling sekilas ke arah Rayyan yang sedang asyik dengan kerja sekolahnya dikala melihat seorang budak perempuan lingkungan sebaya Rayyan di bawah rumah.

"Oh,Tyra! Marilah naik. Rayyan ada dekat rumah. Tengah buat kerja sekolah. Marilah naik,panas ni." Pelawa Riena mesra kepada kawan baik adiknya itu.

Adik aku kawan baik dengan perempuan? Tak kisahlah tu. Kakak dia pun perempuan. Tak akan lah lelaki pula kan. 😅

Tyra naik ke atas rumah dan terus menyalam tangan Riena. Dia menjenguk kepala ke dalam tumah dan terlihat Rayyan sedang membuat kerja sekolah. Perasan dirinya diperhatikan,Rayyan terus menoleh dan tersenyum sebaik saja nampak kelibat Tyra.

"Eh,Tyra! Masuklah." Rayyan bangkit dari duduknya dan berjalan ke muka pintu menyambut kedatangan Tyra.

"Saya databg nak minta awak ajar kerja sekolah matematik soalan nombor 11 ni. Saya tak faham lah macam mana nak buat." Ujar Tyra sambil menunjukkan buku latihan matematiknya dari dalam bilik lalu ditunjukkan ke arah Rayyan. Rayyan melihat soalan itu dan terus tersenyum.

"Ouh, soalan ini. Senang je. Mari saya ajar awak." Kata Rayyan dan dia mempelawa Tyra duduk di meja ruang tamu. Mereka muka belajar bersama. Riena pula berlalu ke dapur bagi menghidangkan sedikit minuman dan kuih untuk Tyra.

Dia membuka setiap peti kabinet di dapur itu. Tiada sebarang biskut atau roti yang tinggal dan dia pula terlupa hendak membeli semasa dia ke bandar tadi.

"Aku nak hidang apa untuk budak berdua tu?" Tanya Riena pada diri sendiri. Matanya memandang ke arah peti sejuk. Tanpa berfikir panjang, dia terus membuka pintu peti sejuk itu.

Tuah berpihak kepadanya, terdapat sebotol minuman sunkuick yang baru dia bancuh semalam. Terus saja dia mencapai botol sunkick itu lalu dipindahkan ke dalam cawan kecil. Dia menghidang ke atas dulang kecil dan dibawa ke ruang tamu.

"Nah. Minumlah ni sambil-sambil buat kerja sekolah. Tyra, minumlah jus ni. Hanya air je yang ada. Akak tak sempat nak pergi beli roti atau biskut tadi." Kata Riena.

Tyra menggeleng kepalanya sambil tangannya mengambil gelas air sunkuick itu lalu dicicipkan sedikit ke bibir. Diikuti oleh Rayyan. Setelah selesai minum, mereka kembali menyambung buat kerja sekolah dan Riena kembali membaca nota yang diberi Riena.

Tanpa disedari mereka, waktu sudah dua jam berlalu. Tyra menoleh sekilas ke arah jam dinding. 4:55 p.m! Segera dia mengemas barangannya masuk ke dalam beg.

"Kak Riena, Rayyan. Saya balik dululah. Hari dah lewat ni. Nanti ibu marah pula saya balik lambat." Beritahunya kepada Riena dan Rayyan. Dua beradik ini hanya mengangguk. Mereka menghantar Tyra dengan pandangan mata melalui beranda rumah. Setelah kelibat Tyra hikang,mereka masuk kembali ke rumah.

Riena mengemas peralatannyang dia gunakan untuk mengulang kaji tadi. Cawan bekas minuman Tyra dan Rayyan dikutip dan dimasukkan ke aalam dulang. Dalam keadaan itu, telinganya sekali lagi menangkap bunyi enjin motor menghampiri kawasan rumah. Kalut jadinya dia mengemas.

"Adik,tolong kakak adik. Tolong hantar fail kakak ni ke dalam bilik. Pakcik dan makcik dah balik dah tu. Kakak nk bersohkan cawan ni dulu." Rayyan mengangguk akur dengan arahan itu. Dia tahu, Riena takut pada pakcik dan makcik mereka. Riena langsung tidak pernah melawan mereka sejak mereja dua beradik tinggal dengan mereka bukan sebab hormat. Tapi sebab Riena takut.

Riena hanya takut!

******

"Uhuk! Uhuk! Uhuk!"

Rayyan tersedar dari tidurnya disaat telinganya mendengar bunyi manusia terbatuk-batuk yang datang dari bilik sebelah. Udara malam itu,terasa begitu sejuk. Amat sejuk! Ingin sekali Rayyan menarik selimutbdisebabkan udara yang sangat nyaman dan selesa untuk dia kembali tidur dengan lena. Saat subuh sudah masuk, dia yakin kakaknya pasti akan mengejutkannya.

"Uhuk! Uhuk! Uhuk!"

Bunyi batukan itu semakin kuat dipendarannya. Terus saja dia merasa tidak sedap hati. Dia bangkit dari baringan dan keluar dari bilik. Dia berjalan ke bilik sebelah. Dimana bilik kakaknya berada.

Tok! Tok!

"Kakak? Kakak okey?" Tanya Rayyan dari luar. Dia mengetuk pintu itu berkali-kali namun tiada sahutan. Terus saja dia memulas tombol pintu dan terlihat Riena yang terbaring sambil memegang dadanya. Pantas Rayyan berlari mendapatkan Riena.

"Kakak? Inhaler kakak mana?" Tanya Rayyan panik. Dia memerhati sekeliling bilik dan terhenti di meja bersebelahan katil. Tepat disebalah cermin mata bulat Riena, inhaler biru kepunyaan Riena terletak elok.

Rayyan terus mengambik inhaler itu dan terus diletakkan ke mulut Riena. Dibantu memicit inhaler itu dan Riena menyedut udara dari inhaler itu perlahan-lahan. Tiga kali sedutan, Riena sudah kembali pulih.

"Kenapa pakai baju nipis. Malam ni sejuk. Kakak kena pakai baju tebal sikit. Baru tak sakit dada." Ujar Rayyan ketika melihat Riena hanya mengenakan baju T-shirt lengan panjang,tetapi nipis jenis kainnya.

"Adik.....tolong....ambilkan baju....sejuk kakak....dalam almari." Pinta Riena sambil jari telunjuknya menunju ke arah almari pakaiannya. Rayyan bangkit dan terus berlalu ke almari. Baju sejuk berhud Riena dicapai dan dia terus pakaikan Riena baju sejuk itu.

"Kakak pakai stokin ya. Kaki kakak sejuk sangat ni." Kata Rayyan. Riena hanya mengangguk. Baginya,udara diluar memang cukup luar biasa. Dia bukan tidak tahan sejuk,tetapi disebabkan penyakit asma yabg dia hidapi sejak kecil ini membuatkan tubuhnya agak terbatas dalam cuaca sejuk.

Rayyan memakain Riena stokin. Dikala itu,matanya dapat menangkap kesan lajur biru yang sudah hampir hitam di kedua kaki Riena. Itu adalah kesan dari pukulan yang Riena terima hampir setiap hari.

Pakcik dan makcik mereka memang panas baran. Pakciknya memang kaki judi dan dua beradik ini sudah cukup masak dengan perangai mereka itu. Jika dia kalah main judi,dia akan lepaskan marahnya kepada Riena. Tidak kira apa saja yang sempat dia capai, itulah yang akan dia guna untuk memukul Riena.

Sebaliknya jika dia menang berjudi dan dapat untung besar,memang makan besar pasangan suami isteri itu. Riena dan Rayyan langsung tidak menyentuh setiap makanan yang mereka beli dengan hasil haram itu.

Riena lebih rela bekerja di warung Mak Siti di hujung jalan bagi mencari duit belanja setiap minggunya dan Rayyan. Setiap Sabtu dan Ahad petang pula, Riena dan Rayyan akan membantu Ustaz Hassan dan Ustazah Fatimah mengajar anak-anak 5,6 dan 7 tahun mengaji dan belajar solat.

Makcik mereka memang tidak pernah duduk dirunah. Kerjanya hanyalah melepak dirumah Cik Mun dan mengumpat orang kamoung pekan mereka ini. Jika tidak,dia akan ke bandar berjalan-jalan. Langsung tidak pernah membantu Riena membersihkan rumah. Aoa yang dia tahu, semuanya sudah siap dan makanan sudah siap dimasak.

Jika tidak,pasti rotan yang tergantung di dinding menjadi makanan Riena. Rayyan memang tidak pernah mereka sentuh. Jika mereka ingin memukul Rayyan, pasti Riena akan menghalang dan akan melindungi Rayyan.

Rayyan menyelimutkan tubuh Riena setelah gadis itu sudah tidur lena. Terasa malas hendak kembali ke bilik,dia memutuskan untuk tidur bersama kakaknya. Dia terus memanjat katil dan baring disebalah Riena. Tubuh kakaknya dipeluk erat.

"Adik jangan usik belakang kakak,ya? Boleh nak peluk,jangan kuat sangat." Rayyan pelik. Kakak aku ni dah tidur ke belum? Dia memandang Riena lama. Dari gerak geri Riena, dia tahu kakaknya belum tidur lagi.

"Yelah. Adik tak usik. Adik nak peluk kakak je." Katanya dan terus memeluk Riena dan mereka berdua terbuai dalam dunia mimpi.

Bersambung......

StrengthWhere stories live. Discover now