Bab 5

4 0 0
                                    

Rayyan berbaring di atas katilnya. Dia memerhati sekitar dormnya yang memuatkan 10 pelajar. Masing-masing sibuk mengemas kolar dan katil masing-masing. Rayyan sudah menyalin pakaian mengenakan T-shirt polo bundle tanpa kolar berwarna biru dengan seluar track adidas tiga line berwarna putih. Dia memandang ke arah seorang lelaki seusia dengannya yang sudah menjadi kawannya dua jam tadi,Hakim.

"Kau masih kemas loker ke, kim?" Tegur Rayyan dari atas katil.

"Haah. Aku nak tulis nama lagi. Banyak betul kerja jadi budak asrama ni. Untunglah kau sebab kakak kau dah tolong kemaskan semua tadi." Rungut Hakim kepada Rayyan. Rayyan tersengih dalam diam.

Unting aku? Heheheh....memang untung pun. Aku kan ada kakak yang baik.

"Tapikan Ray, kakak kau tadi tu cunlah. Lawa gila muka dia. Putih melapak...boleh kalau aku....,"

"Ah! Tak ada-tak ada. Kau jangan nak macam-macam dengan kakak kesayangan aku tu. Bagi bagi buku lima karang." Ujar Rayyan yang belum sempat Hakim menghabiskan ayatnya. Terkejut Hakim dibuatnya.

"Kau ni dah kenapa? Aku belum habis cakap lagi."

"Aku tahu kau nak cakap apa? Kau nak berangkat dengan kakak aku kan?"

"Bukanlah. Aku tahu kakak kau tu mesti tak nak punya kalau aku minta berangkat. Aku nak cakap....nanti kau kenalkanlah aku dengan kakak kau tu. Sebab aku dengar cerita senoir sekolah...kakak kau friendly gila. Senang nak berkawan dengan dia. Bolehlah ye." Kata Hakim seakan merayu.

Rayyan memutar bola matanya malas melayan Hakim. "Tengoklah dulu macam mana." Balasnya. Dia bangkit dari baringannya dan berjalan keluar dari dorm. Mencapai selipar dan berjalan menuju ke dewan makan.

"Eh,Rayyan! Rayyan pun sekolah dekat sini." Satu suara gadis menyapa Rayyan dari belakang. Terus saja Rayyan menoleh seakan mengenali suara gadis itu.

"Eh,Tyra! Haah. Rayyan sekolah dekat sini sebab dapat tawaran sekali dengan biasiswa penuh. Tyra pun sama?"

"Ya. Tyra pun dapat tawaran juga. Rayyan daftar dengan siapa? Kak Riena ke? Mana dia?"

"Ya. Kak Riena yang tolong daftarkan pagi tadi kalau tak dengan siapa lagi kan. Dan...Kak Riena tak duduk asrama, Rayyan sorang je." Jawab Rayyan.

"Ouh....Jaranglah saya dapat jumpa Kak Riena lepas ni. Kalau nak jumpa dekat sekolah mesti payah sebab Kak Riena tu kan naib presiden dekat sini. Mesti dia sibuk." Kata Tyra bagaikan sedikit sedih.

"Tak apa. Nanti kalau Kak Riena datang tengok Rayyan, Rayyan bagitahu Tyra. Sebab kakak kata nak datang setiap sabtu jumpa Rayyan." Kata Rayyan.

"Tak apalah kalau macam tu."

******

Riena dengan perlahan-lahan dan hati-hati menyarung t-shirt ke tubuh badannya. Bimbang jika kain atau benang pada t-shirt itu terkena pada luka dibelakang badannya. Semasa mandi petang tadi, dia terpaksa menahan sakit apabila luka baru itu terkena air.

Dia tidak meletak ubat memandangkan dia tidak nampak dimana kawasan luka itu. Jika Rayyan ada, sudah tentu dia akan minta tolong Rayyan sapukan ubat dibelakang badannya. Tapi pada kebanyakan waktu, dia akan membiarkan saja luka itu sembuh sendiri dengan memakan masa seminggu lamanya.

"Hiss....,"

Ringisnya disaat luka itu terkena secara tidak sengaja pada bajunya. Sejak tinggal dengan Syed Mahmud dan Sharifah Mona, Riena tak pernah tidur terlentang. Dia akan tidur mengiring atau meniarap disebabkan belakangnya yang sakit.

Hanya disebabkan bil elektrik yang terlebih pada bulan itu dia dipukul teruk oleh Syed Mahmud dengan menggunakan batang paip. Kadang tu Riena sendiri pelik, kenapa mesti mereka marah jika bil elektrik yang melambung tinggi? Bukan mereka yang membayar bil elektrik setiap Bulan. Riena akan membayar bil bulanan mereka dengan menggunakan duit biasiswa yang dia terima dari pihak sekolah.

StrengthМесто, где живут истории. Откройте их для себя