Bab 4

6 0 0
                                    

Rayyan terpana melihat suasana sekolah barunya. Dia sedikit kagum dan rasa bertuah kerana dapat menjejakkan kaki sekolah integriti bertaraf antarabangsa di Bandar Cybertron ini.

"Kakak? Ini ke Junior Cybertron International Collage (JCIC)? Kenapa canggih sangat? Macam kolej dekat universiti pula Adik tengok." Tanya Rayyan sedikit teruja setelah Riena kembali bersama barang-barangnya dengan motor tayar tiga.

"Ya. Ini lah JCIC. Junior Cybertron International Collage. Kenapa canggih? Inikan bandar cybertron abad ke-22. Kalau bandar ni kolot mcm abad ke-21, eh!" Ujar Riena.

"Lagi satu,kenapa macam kolej universiti? Sebab ini merupakan antara sekolah menengah terbaik bertaraf universiti yang diiktiraf okeh datuk bandar Cybertron dan juga dengan presiden pendidikan antarabangsa. Sistem pendidikan di sini sangat menarik dengan suasana yang santai,tenang memang sama macam suasana di univeriti." Terang Riena panjang lebar. Dia sudah tiga tahun menuntut di sekolah itu, dia juga sudah arif dengan sistem yang diamalkan disekolahnya itu.

Rayyan hanya mengangguk mendengar penjelasan Riena tadi. Dia hanya berjalan mengikuti kakaknya ke dewan dimana menjadi lokasi pendaftaran bagi pelajar baru dan juga pelajar senior.

Riena berjalan ke arah barisan guru dan pelajar yang bertugas mendaftar pelajar tingkatan 1. Dia mula mencari nama Rayyan. Disaat itu dia disapa oleh seseorang.

"Eh? Sharifah? Kamu daftar untuk kamu ke hari ni?" Riena menoleh ke sisi dan telihat seorang pemuda lelaki yang mengenakan tag nama sebagai Ikram.

"Ouh,Cikgu Ikram! Haah,saya daftar sekali hari ni dan saya daftarkan untuk adik saya sekali. Kalau daftar esok,takut kelam kabut pula sebab nak kena handle minggu orientasi pelajar baru." Balas Riena. Disekolah, dia dipanggil sebagai 'Sharifah' hanya kenalan rapatnya saja yang memanggilnya sebagai 'Riena'.

"Ouh! Jadi....ini adik kamu? Patutlah ada iras-iras kamu sikit mukanya. Boleh tahan handsome juga budaknya." Puji Cikgu Ikram kepada Rayyan yang berdiri disebelah Riena. Rayyan yang mendengar pujian itu mula tersengih malu.

"Kamu duduk asrama?" Tanya Cikgu Ikram kepada Rayyan.

"Ya. Saya duduk asrama cikgu." Bakas Rayyan.

"Begitu. Saya ketua warden asrama merangkap guru kimia sekolah ni. Kenapa kamu je masuk asrama, kakak kamu?"

"Saya saja yang duduk asrama. Kakak tak sebab....," belum sempat Rayyan hendak menghabiskan ayatnya,sikunya dicuit Riena sambil menghantar isyarat menggunakan mata. Dari isyarat itu saja sudah cukup membuatkan Rayyan mengerti dan berhenti bersuara.

"Cikgu,saya dah siap daftarkan Rayyan. Saya nak pergi daftar pula dan nak baaa dia ke asrama. Jumla cikgu esok." Kata Riena setelah dia selesai mendaftarkan Rayyan di kelas Perdana 1-1.

Rayyan mengikuti Riena menuju ke lorong lokasi pendaftaran pelajar tingkatan 4 untuk dirinya sendiri. Dia berjalan ke meja pertama dimana terdapat seorang guru perempuan serta Dyna yang sedang menunggu dimeja yang tertulis nama kelas Teras 4-1.

"Sampai pun kau. Berjanggut aku tunggu kau dekat sini dari pukul 8 tadi." Ujar Dyna menegur Riena yang sedang mencari namanya di senarai pelajar kelas diatas meja.

"Aku sampai pukul 8:30 tadi hantar Rayyan dulu lepas tu patah balik rumah pinjam motor angkat barang ayah kau. Ni baru nak datang sini sebab dah seiap daftarkan Rayyan tadi." Jawab Riena.

"Rayyan ni gedik lah nak suruh kak Riena daftarkan." Ejek Dyna kepada Rayyan yang berdiri dibelakang Riena.

"Biarlah. Kakak Rayyan sendiri bukan orang lain. Lainlah kalau Rayyan suruh Kak Dyna yang daftarkan." Balas Rayyan pada Dyna. Disebabkan dia sudah kenal Dyna dari kecil, dia bkasa saja untuk bergurau bersama sahabat kakaknya itu.

StrengthOnde histórias criam vida. Descubra agora