Bab 12

2 1 0
                                    

Bilik prep, 9:45 p.m

Suasana di dalam bilik darjah itu kelihatan sunggih riuh dengan pelbagai jenis pelajar. Ada yang sedang membuat perbincangan kumpulan. Ada yang sedang tidur dan ada juga yang sedang bermain. Masalahnya, ada yang bermain kapal terbang kertas,main bola sepak kertas. Apa hal budak-budak ni.

Namun, di satu sudut bilik itu terlihat seorang remaja lelaki yang sedang asyik menulis sesuatu tanpa menghiraukan bunyi riuh di dalam bilik ini.

Macam pasar malam.

Rayyan masih fokus pada tulisannya. Disaat di merasakan bahawa ayat yang dia guna berserta frasa yang tidak begitu baik,dia meronyok kertas itu lalu dicampak ke dalam bakul tong sampah' yang sudah tersedia di sebelah mejanya.

Dia mengambil kertas karangan yang baru lalu dimulakan semula menulis surat menggunakan format tulisan surat rasmi. Dia masih tekun menulis surat rasmi itu tanpa menghiraukan apa yang telah terjadi pada suasana bilik prep ini.

Dalam keadaan itu, ada seseorang datang dan duduk sebelah Rayyan. Tyra! Dia hanya pegun memerhati Rayyan yang masih menulis. Dia tahu jika dia cuba berbicara dengan Rayyan dalam keadaan lelaki ini sedang fokus....

Memang bakal kena palau!

"Eh,Tyra! Sejak bila Tyra duduk dekat sini?" Tanya Rayyan sebaik saja dia selesai menyimpan surat rasmi yang sudah selesai dia tulis kedalam sebuah sampul coklat. Di lipat kemas surat itu lalu diletakkan ke dalam fail.   Tyra hanya tersenyum lalu menjawab.

"Dah lama dah Tyra duduk dekat sini. Nak dekat 20 minit dah gitu. Tyra tengok Rayyan kusyuk sangat tulis surat rasmi tu,malaslah nak kacau.   kalau Tyra tegur pun bukannya Rayyan pelik pun." Rayyan hanya tersengih mendengar jawapan Tyra tadi. Dia memandang ke arah tangan Tyra yang sedang memegang buku aktiviti kimia.

"Tyra nak study Kimia?" Duga Rayyan. Tyra hanya mengangguk lalu mengeluarkan buku aktiviti kimia serta buku teks kimia tingkatan 1 ke atas meja. Rayyan juga turut mengeluarkan buku teks kimia dan buku aktivitinya. Mereka sama-sama membuka buku teks bab tiga tajuk jirim. 

"Pepejal terdiri daripada zarah yang disusun berdekatan antara satu sama lain dan berada dalam bentuk yang tetap. Zarah tidak bebas untuk bergerak dan hanya  boleh bergetar sekitar tempat kedudukan mereka. Sebuah pepejal mempunyai bentuk dan isipadu yang tetap." Jelas Rayyan.

"Okey, soalan mengatakan bagaimana cara untuk mengukur  ketumpatan merkuri seperti dalam gambar rajah yang berikut." Tyra membaca soalan yang terutlis dalam buku aktiviti mereka itu. Rayyan bermain-main dengan pensil tekan jenama Pilot kegemarannya sambil berfikir.

"Hm....Ketumpatan. Macam mana nak kira ketumpatan?" Tanya Rayyan kembali. Mereka mula membelek bukut teks mencari cara bagaimana hendak menjawab soalan nombor 5 itu. Mereka menjawab latihan itu bersama-sama tanpa sedar bahawa waktu semakin berlalu dan waktu prep mereka sudah tamat.

"Rayyan nak pergi supper?" Tanya Tyra sambil mengemas peralatannya serta buku-buku miliknya. 

"Supper apa malam ni?" Rayyan bertanya kembali. Dia mengalas beg galasnya dibahu kiri. 

"Tyra tengok menu tadi supper malam ni Bihun Sup." Jawab Tyra. 

"Malaslah. Rayyan nak pergi telefon Kak Riena." Balas Rayyan lalu dia terus  berjalan keluar dari bilik prep bersama Tyra setelah suis kipas dan lampu ditutup. 

"Okey. Jumpa dekat kelas esok Rayyan." Ucap Tyra setelah mereka tiba di dewan makan. Mereka akan berpisah disitu memandangkan Rayyan akan terus kembali ke asrama.  Rayyan hanya tersenyum dan meneruskan langkahnya setelah melihat kelibat Tyra hilang dari dalam dewan makan yang dipoenuhi para pelajar yang sedang makan itu.

******

Riena masih tekun dengan buku subjek Lukisan Kejuruteraan dihadapannya. Dia mengerah seluruh otaknya untuk mencari jawapan bagi setiap soalan di dalam buku latihannya. Apabila dia merasakan soalan itu begitu sukar untuk dijawab, dia bermain-main dengan pen Pilot 0.7 kepunyaannya. Disaat muncul jawapan di dalam bayanngan kepalanya, terus saja dia tersenyum dan menulis jawapan di dalam buku latihannya.

Bip! Bip! Bip!

Bunyi notifikasi menandakan bawa telefonnya mempunyai panggilan. Terus dia mencari telefonnya yang diletakkan diatas katil. Dilihat nombor sang pemanggil.  Nombor rasmi sekolah. Semakin melebar senyuman yang terukir dibibirnya. Tanpa berfikir panjang, terus dia menjawab panggilan itu.

"Hai adik." Sapa Riena ceria. 

"Hai kakak.Kakak buat apa tu?"

"Buat homework. Subjek lukisan kejuruteraan."

"Kakak dah makan?"

"Dah. Pukul 8 tadi."

"Makan apa?"

"Hm...makan....makan nasilah."

"Adik tahulah makan nasi. Nasi dan lauk apa?"

"Hm.....nasi dengan kicap."

"Kenapa makan nasi dengan kicap je? Telur tak ada ke?"

"Last telur yang kakak beli makan tengah hari tadi. Telur yang tinggal dalam peti tu,pakcik yang beli. Kakak tak nak guna telur tu sebab....hm.....adik sendiri faham kan?"

"Faham."

"Kenapa adik tak makan? Sekarang kan supper?"

"Makan bihun sup. Kakak tahukan,adik kurang bihun sup."

"......"

"Hm.....kakak."

"Ya saya."

"Hujung minggu ni adik rasa nak baliklah. Boleh tak?"

"Kenapa pula? Minggu depan adik balik. Tak boleh tunggu minggu depan ke? Hujung minggu ni kakak datang sana."

"Tak. Adik nak balik sebab kena buat kaji selidik kerja fizik. Sir Amran suruh."

"Hm....bolehlah. Tapi adik buat surat sendirilah. Hari jumaat ni kakak kena kerja dekat warung Pak Hasan."

"Okey. Nanti adik buat surat.  Dan kakak tak payah jemput kalau sibuk sebab adik boleh balik jalan kaki."

"Okey."

Setelah sekian lama berbual bersama Rayyan,mereka menamatkan panggilan disebabkan Rayyan perlu melakukan persiapan untuk tidur dan light off. Riena menghela nafas lega disaat Rayyan tidak berjaya menghidu penipuannya. Sejujurnya sudah dua hari Riena tidak menjamah makanan.

Dia terpaksa menunggu sehingga duit biasiswanya masuk ke dalam akaun banknya untuk membeli sedikit kelengkapan di rumah kerana wang upah kerjanya bersama Pak Hasan akan diberikan kepada Syed Mahmud dan Sharifah Mona. Walaupun dia enggan memberikannya, dia tetap terpaksa memberikannya kerana tiada pilihan lain.

Bersambung.....

StrengthWhere stories live. Discover now