BAB1

7 0 0
                                    

Mata dua beradik ini memandang ke arah pinggan ilan goreng yang hanya tinggal sebelah bahagian antara empat ekor yang digoreng oleh Riena tadi. Kesemua lauk yang dimasak Riena sudah habus disapu bersih oleh Syed Mahmud dan Sharifah Mona. Renungan mata mereka memandang ke arah satu sama lain.

"Adik makanlah ikan tu. Kakak tak apa." Kata Riena sambil menolak pinggan yang mengandungi ikan gorang itu ke arah Rayyan. Rayyan hanya menatap kosong pinggan ikan itu. Kemudian,dia kembali memandang kakaknya.

"Kakak macam mana?"

"Kakak tak apa." Riena memandang sekitar meja lalu terus menyambar sudu ayam masak merah yang hanya tinggal sisa sambalnya saja. Diambil sedikit sisa sambal itu lalu dituang ke dalam pinggannya sebelum memandang Rayyan.

"Kakak boleh makan nasi dengan sambal ni." Sambungnya. Dia mengaul nasi dalam pinggannya lalu disuap ke mulut.

"Ermmmm....sedap juga makan macam ni. Adik patut cuba dengan ikan goreng ni. Sedap adik." Kata Riena yang seakan nikmat makan nasi putih dengan sambal ayam masak merah.

Rayyan masih kaku tidak bergerak. Melihat tingkah adiknya yang bagai tidak mahu berganjak, terus dicubit isi ikan itu lalu diletakkan ke dalam pinggan Rayyan. Diletakkan sedikit sambal ayam merah ke dalam pinggan Rayyan.

"Kenapa ni? Ke nak kakak suap?" Duga Riena lagi. Tanpa menunggu jawapan Rayyan, dia terus mengaul nasi di pinggan Rayyan dan terus menyuapnya. Dengan hati yang rela, Rayyan menerima suapan Riena dan mereka mula makan tengah hari mereka walaupun ketika itu sudah jam 2 petang.

"Lepas makan ni, Rayyan pergi naik atas study. Jangan tidur pula. Study tau." Pesan Riena disaat mereka sudah menghabiskan makan tengah hari mereka. Rayyan hanya mengangguk akur. Riena sedang membesihkan dapur.

Rayyan sedang khusuk mengulang kaji pelajaran. Disaat itu, dia sedang memerhati Riena yang gigih membersihkan rumah. Menyapu lantai, membersihkan tingkap, membersihkan sawang di syiling. Semuanya Riena lakukan sendiri tanpa meminta meminta bantuan Rayyan.

Rayyan menghentikan latihan kerja sekolahnya. Dia merenung Riena yang sedang berdiri sambil memegang penyapu dalam keadaan memegang dada. Rayyan terus bersuara.

"Kakak okey? Kakak nak Adik tolong apa-apa?" Tanya Rayyan risau dengan kakaknya. Riena tersenyum memandang Rayyan dan mengangguk.

"Kakak ni betullah. Kakak tu kan ada asma. Kakak betulkah okey?" Tanya Rayyan lagi. Sekali lagi Riena mengangguk.

Ya! Riena penghidap asma. Dia di diagnosiskan oleh doktor sebagai pesakit asma ketika usianya 7 tahun. Dimasa hayat mama dan papa mereka, Riena dan Rayyan dijaga dengan sangat baik dan Riena akan sentiasa dipastikan bahawa alat bantuan inhaler kepunyaannya tidak kosong.

"Kakak tahu, Kakak ada asma. Adik kenalah belajar rajin-rajin. Adik kata,adik nak jadi doktor. Nanti bolehlah adik rawat asma kakak ni." Kata Riena kepada Rayyan.

Rayyan memusingkan pensil jenama pilot kesayayanya dengan dua jari. Dia memandang Riena yang masih sedang mengemas rumah itu, dan terus bersuara. "Apa cita-cita kakak?"

"Cita-cita kakak?" Tanya Riena sekali lagi. Rayyan mengangguk. Riena tersenyum lagi. Entah kenapa, Rayyan suka saat melihat kakak dia ni tersenyum. Baginya, kakak kesayangannya ini sangat....

Cantik dan comel!

"Kakak nak jadi jurutera. Sebab kakak suka cipta barang-barang. Nanti, kalau adik nak apa-apa. Adik minta je dengan kakak. Jangan beli, susah nak dapat yang berkualiti. Minta dengan kakak dan kakak akan buatkan." Kata Riena lagi.

"RIENA!! Oh,RIENA!!"

"RIENA!"

"RIENA!!!"

Riena menoleh ke arah anjung rumah ketika merasakan bahawa ada seseorang memanggil namanya. Dia adalah Dyna, sahabat Riena sejak dari sekolah rendah. Mulanya, Dyna memang sangat membenci Riena disebabkan Riena merupakan pelajar harapan sekolah dan pelajar kesayangan pihak sekolah. Dia juga sentiasa menjadi pesaing sengit Dyna.

Disebabkan oleh kebaikkan yang Riena tunjukkan padanya tanpa sebarang penipuan,Dyna akhirnya mempu berbaik dan menjadi kawan baik yang tersangat rapat dengan Riena.

"Kau ni,dah tak reti bagi salam ke?" Sinis Riena menyoal temannya. Rayyan tersenyum kecil melihat tinkah kakak bersama kawan baiknya. Sisi Riena yang memang akan dia tunjukkan disaat dia selesa bersama seseorang.

Sisi Riena yabg sangat sporting dan 'masuk air'.

"Assalamualaikum wahai kawan baik yang aku sayangi, Sharifah Nur Syariena." Balas Dyna juga sebenarnya turut menyindir Riena. Riena tertawa dengan lagat Dyna.

"Waalaikumsalam. Masuklah dulu." Pelawa Riena setelah selesai menjawab salam itu. Dyna menghulurkan sebuah fail kertas kepada Riena. Riena terus menyambut huluran itu.

"Itu semua nota untuk subjek hari ni. Aku juga dah letak stiky note dekat dalam tu berkenaan dengan kerja sekolah hari ni. Mana yang kena hantar hari isnin semuanya ada dalam tu. Kau pandai-pandailah tengok." Jelas Dyna.

Memang sudah menjadi kebiasaan mereka berduaan saling bertukar-tukar nota dan sering belajar bersama. Disebabkan Riena yang tidak hadir kesekolah hanya pada hari jumaat atas sebab tertentu menyebabkan Dyna sering mendapatkan nota untuk Riena disekolah dan akan menghantarkannya ke rumah.

"Okey,nanti aku tengok. Sekarang ni aku sibuk sikit kemas rumah. Pagi tadi tak sempat nak kemas." Ujar Riena sambil menunjukkan penyapu yang berada ditangan. Dyna merenung lama wajah Riena.

"Muka kau tu....kau kena pukul lagi ke?" Duganya. Riena menyentuh mukanya sendiri dan tertawa kecil.

"Tak adalah. Mana ada aku kena pukul. Kan adik kan? Kakak tak kena pukul hari ni." Riena menjawab. Rayyan memutar bola matanya dengan jawapan kakaknya.

Habis, yang kena pukul dengan makcik sampai berbirat badan tu siapa? Bukan kakak ke?

Rayyan hanya mampu bersuara dalam hati.

"Sudahlah! Aku nak balik. Makin lama aku layan kau ni makin gila aku nanti. Jumpa kau isnin ni. Bye Riena." Kata Dyna meminta diri. Dia menuruni tangga dan memakai seliparnya.

"Kau datang sini naik apa,Dyna?"

"Naik kakilah. Tak akan aku naik kau pula kot nak datang rumah kau hantar nota." Selamba Dyna menjawab. Riena menepuk dahinya dengan kawannya yang terlebih 'masuk air' itu.

"Aku tahu kau datang sini naik kaki sebab kau tu ada kaki lagi. Tak kan kau tu dah kudong kot tak ada kaki. Aku tanya kau datang sini guna kenderaan apa?" Sambung Riena lagi.

"Naik basikal. Rumah kau dengan rumah aku bukan jauh sangat sampai aku kena naik kapal terbang." Jawab Dyna.

"Elok-elok naik basikal tu. Kalau jatuh bangun sendiri." Usik Riena.

"Memanglah bangun sendiri. Tak kan lah aku nak jerit panggil kau pula. Riena! Riena! Aku jatuh basikal ni. Tolong aku." Ujar Dyna pula. Keduanya saling tertawa. Riena menghantar Dyna pulang dengan pandangan mata. Setelah itu dia masuk kembali ke dalam rumah.

Setelah dia selesai mengemas rumah, Riena duduk disamping Rayyan. Dia membelek fail yang diberikan oleh Dyna tadi. Barulah dia ada masa untuk dia mengulang kaji.

"Assalamualaikum."

Bersambung.....

StrengthWhere stories live. Discover now