Bab 22

19 1 0
                                    

Dyna memandang tiga bayi kembar ini lama. Agak pelik juga dia saat menyaksikan saat Riena bersalin. Disangkakan seorang, rupanya sangkaan itu jauh meleset ketika mendapati bahawa Riena melahirkan tiga bayi kembar lelaki.

"Ada penjelasan saintifik untuk ini?" Riena mengangkat kening sebelah sambil sibuk menyusukan salah seorang bayinya.

"Penjelasan apa?"

"Penjelasan macam mana kau boleh lahirkan tiga bayi kembar? Ini mustahil!" Riena tertawa melihat reaksi Dyna itu.

"Kalau sperma merupakan genetik kembar, boleh jadi akan lahir bayi kembar. Tapi, sekiranya bukan dari genetik mungkin..." Riena menggeleng kepalanya sambil tersenyum nipis.

"Kenapa?"

"Mungkin rezeki aku dapat anak kembar. Seronok apa dapat bayi kembar. Meriah sikit dengan suara budak-budak."

"Kalau kembar tak seiras tu aku faham dan boleh dijelaskan oleh faktor saintifik. Tapi, lalu lahirkan  tiga bayi kembar seiras! Dan..." Dyna berjalan menghampiri Riena yang sedang menyusukan anaknya itu.

"Macam mana aku nak bezakan anak-anak kau ni? Tiga-tiga sama. Kau kenal?" Riena ketawa dengan soalan itu. Apa jenis soalan Dyna utarakan ini.

"Kau ni, bodoh tu sorok sikit. Aku ni mak diorang. Mestilah aku tahu siapa yang lahir dulu. Mestilah aku boleh bezakan siapa sulung, kedua dan bongsu." jelas Riena sambil jari telunjuknya menunjuk ke arah anak kembarnya yang lena tidur itu.

"Macam mana kau boleh bezakan?" Riena hanya mengangkat bahu.

"Mungkin naluri seorang ibu. Aku kenal mana satu anak aku." Dyna menggeleng kepalanya berkali-kali.

"Okey. Cukuplah tu. Aku dah pening. Sekarang, kau dah ada nama untuk tiga kembar ni?" Riena menagganguk sebagai jawapan. Sambil itu, dia meletakkan bayi yang telah siap disusukan itu atas katil.

"Syed Adib Rayhan, Syed Adib Rashdan dan Syed Adib Rushdy." Dyna tersenyum mendengar nama itu.

"Jadi... diorang akan jadi sebahagian keluarga Syed Sharifah?"

"Of couselah! Nama aku kan Sharifah Nur Syariena. Nama anak aku pun kena ada Syed juga. Sama macam nama aku."

"Tak apalah. Esok aku pergi daftarkan budak-budak ni dekat pejabat pendaftaran."

*********

7 tahun kemudian...

Rayyan melangkah keluar bersama dari Lapangan Terbang Cybertron dengan senyuman manis. Akhirnya, setelah hampir 7 tahun berada di bumi perantauan, dia kini berjaya menempatkan diri disebuah hospital yang berprestij di bandaraya Cybertron sebagai seorang doktor. Dia cukup tidak sabar untuk menyarung kot putih serta memegang stateskop. Dia juga sudah tidak sabar untuk memberi perkhidmatan terbaiknya sebagai seorang doktor kepada masyarakat.

"Adik!" Senyuman  Rayyan semakin melebar disaat mendengar suara lembut memanggil namanya dari kejauhan. Kepala ditoleh ke kiri dan terlihat seorang wanita sedang tersenyum lembut. Segera dia berlari mendapatkan wanita yang sememangnya cukup dia rindukan ini.

"Kakak!"

Riena hanya mengukir senyuman terhadap tingkah adiknya yang satu itu. Sudah 27 tahun, masih bertingkah seperti kanak-kanak. Meski pun begitu, dia tetap mendepakan kedua tangannya. Rayyan terus masuk ke dalam pelukan Riena. Kelihatan seperti Rayyan yang memeluk Riena disebabkan tubuh Riena yang dua kali ganda lebih kecil dari Rayyan. 

"Kakak sihat?"

"Sihat. Adik tengok kakak ni macam tak sihat ke?"

"Hahahhah! Bukan, maksud adik kakak okey tak?'

StrengthWhere stories live. Discover now