Bab 19

12 1 0
                                    

"Wei, kejap! Jangan angkatlah!" marah Dyna dikala dia melihat Riena mahu mengangkat kotak barang yang digunakan untuk menyimpan barang keperluan dapur. 

"Kalau aku tak angkat, tempat ni bersepah. Aku rimaslah tengok, macam tongkang pecah." bebel Riena pula.

"Apa function aku duduk dengan kau? Biar aku angkat. perut kau dah bear dah. kalau kau terberanak dekat sini, macam mana?" Seloroh tidak masuk akal Dyna itu menyebabkan Riena ketawa. 

"Aku baru 7 bulan. Yang kau nak takut sangat kenapa? Bila kau nak balik kolej kau?"

"Aik? Macam halau je. Kau tak sudi aku tinggal sini sampai anak kau dua tahun?"

"Bukan tak sudi. Tapi tahun ni kan last year kau diploma. Aku tak nak menyusahkan kau." 

"Mengadalah kau, Riena. Aku siku karang. Adik kau bila nak balik sini? Minggu depan Tyra cakap nak balik sini. Nak tengok kau."

"Rayyan cakap dia balik tahun depan. Lepas habis diploma, dia baliklah sini. lepas tu dia akan sambung degree pula dekat sana." balas Riena sambil berjalan ke depan. Dia duduk bersandar di dinding sambil melihat Dyna yang sibuk mengemas dapurnya. Dia mengambil keputusan untuk berulang-alik dari rumah Riena ke kolej semata-mata mahu menjaganya sehingga dia selamat melahirkan. Riena mengusap perutnya yang sudah semakin besar itu. 

"Sayang, tengok ibu tu buat apa? Mama tak tahulah sejak bila ibu tu jadi rajin sangat. Sebelum ni pemalas tau."

"Wei, kau jangan macam-macam. Aku kan memang rajin. masa zaman sekolah dulu, selalu tolong salin nota untuk kau. Sayang, jangan percaya sangat cakap mama tu. Otak mama tu memang sewel sikit." balas Dyna yang juga berjalan ke depan setelah kerjanya selesai.

"Kalau aku sewel, kau tu apa? Gila?"

"Mungkinlah."

"Ouh, kejap! Aku nak call tanjung rambutan."

"Kau ni! Aku main-mainlah!" Riena ketawa dengan reaksi Dyna. Terasa rindu pula dia dengan reaksi seperti itu dari adiknya. Jujur dia memang rindukan Rayyan. Sudah terlalu lama dia tidak berjumpa Rayyan melainkan hanya perbualan video yang mereka lakukan baru-baru ini. Rayyan maklumkan padanya bahawa dia tidak dapat pulang ke tanah air pada tahun ini kerana terlalu sibuk. Selepas tamat diploma, baru Rayyan akan pulang sebelum menyambung ijazah pula.

"Kau ada teringin nak makan apa-apa tak? Sebab mak aku baru telefon nak ke bandar esok jumpa kau. Ada mengindam apa-apa tak?"

"Rasanya tak adalah. Cuma aku teringin nak makan kuey tiaw basah mak kau dan teh tarik ais ayah kau je."

"Amboi! Ais? Biar betul?"

"Aku teringin tengok orang dalam movie yaang kita tengok semalam minum macam sedap je. Mesti seronok kalau dapat rasa sikit teh tarik ais tu macam mana." Dyna memutar bola matanya. 

"Yelah. Nanti aku cakap dengan ayah aku untuk letak ais banyak sikit. Kalau asma nanti tanggung sendiri."

"Kau sanggup ke biarkan aku sendiri."

"Ish! Kau ni kan..."


********


Riena makan kuey tiaw basah masakan  ibu Dyna dengan berselera. Dyna yang hanya menjadi pemerhati hanya menelan liur. Kenapalah ibu dia masak hanya untuk satu hidangan saja? Sebaik saja dia mengomel dalam diam, Riena menyerahkan pinggan kuey tiaw basah yang dia makan tadi kepada Dyna. Pelik Dyna dibuatnya.

"Habiskan boleh? Aku dah tak nak." kata Riena. 

"Kesian mak aku masak, kau makan tak habis." Sebaik saja Dyna habis bersuara, tangannya dicubit oleh ibunya, Puan Salma.

"Apalah kamu ni. Orang mengindam ni makan sikit je. Selebihnya tu kita yang akan habiskan." Dyna mengangguk mengerti. Dia mencapai huluran Riena lalu dihabiskan kuey tiaw basah yang masih banyak. Riena cuma makan 3 sudu saja.

Riena mengizinkan Dyna memberitahu keluarganya tentang keadaan sebenar yang berlaku kepada Riena. Mujurlah, keluarga Dyna masih menerima Riena dengan baik malah semakin bersimpati dengan apa yang telah terjadi padanya. Mereka juga menawarkan untuk menjaga Riena semasa berpantang. Tapi dengan baik, Riena menolak. Dia tidak mahu terus menerus menyusahkan keluarga sahabatnya ini. Dia rasa semakin bersalah.

"Nak sikit teh tarik tu. Aku tengok kau minum buat aku terliur tahu."

"Ish, budak ni! Macam dia pula yang berbadan dua. Ibu cepuk kejap lagi." Puan Salma memarahi anaknya. Dyna memandang  Riena minta simpati. Tapi Riena hanya membalas dengan menjelir lidahnya. Dyna terus mencebik tanda merajuk.

"Nah. Minumlah ni. Aku pun mana boleh minum banyak-banyak." Dengan senyuman, Dyna menerima huluran cawan teh tarik ais yang ada ditangan Riena itu. Puan Salma hanya mampu menggeleng kepala dengan sikap anak daranya ini bersama sahabatnya itu. 

Malam itu...

Riena bangun dari baringannya. Belakangnya terasa sakit yang teramat sangat. Bayi yang mengeras dalam kandungannya membuatkan dia semakin sukar untuk tidur.  Dyna yang lena disebelah, malas mahu diganggu. Dia mengusap perlahan-lahan perutnya. Seketika kemudian, dia merasakan ada seseorang mengurut belakangnya. Dia menoleh sedikit, terlihat Dyna sedang mengurut belakangnya sambil memisat-pisat matanya.

"Kenapa kau bangun? Sambunglah tidur balik."

"Tak apalah. Aku nak teman kau. Kau kan tak boleh tidur sebab baby mengeras. Sakit belakang pula, bukanlah apa sangat nak temankan kau sambil urut belakang kau ni."

"Boleh aku nak rasa baby?" tanya Dyna kepada Riena. Riena mengangkat sebelah keningnya. pelik dengan soalan Dyna. 

"Kenapalah kau minta izin? Baby ni kan anak kau juga. Kau jaga dia sejak dari aku mula-mula pregnant." Dyna tersenyum. Dia meletakkan tapak tangannya di perut Riena. Sebaik saja tapak tangannya menyentuh perut Riena, dia merasakan tendangan tepat ditapak tangannya. Dia memandang Riena sambil tertawa.

"Riena! Kau rasa tak? Baby tendang." Riena hanya mengangguk. Teruja betul Dyna dengan situasi itu. Riena memandang Dyna lama. Bibirnya mengukir senyuman kecil. Dia bersyukur kerana memiliki Dyna sebagai sahabatnya. Dia sentiasa mengharapkan agar kehidupan Dyna sentiasa bahagia dan gembira.


Bersambung...  

StrengthWhere stories live. Discover now