Bab 6

3 0 0
                                    

"Adik!! Bangun sekarang!! Dah lamnat ni. Bangun! Nanti Pakcik dan makcik marah. Bangun,cepat! Bangun,cepat!"

Rayyan tersedar dari tidur lenanya ketika dia mendengar serta merasakan bahawa tubuhnya digoncang oleh seseorang. Suara manusia yang berteriak itu juga kelihatan sangat familiar dengan telinganya dan terasa bagaikan suara dan goncangan itu adalah realiti.

"Mimpi rupanya." Ujarnya setelah dia menyedari bawa dia sebenarnya bermimpi. Dia memandang sekeliling bilik dormnya. Hanya ada beberapa katil yang sudah kosong tanpa penghuni. Malas Rayyan mahu fikirkan kemana penghuni itu. Dia melihat ke arah jam tangannya yang berada ditepi.

4:30 pagi!

"Awal lagi. Tidur dululah."

Rayyan baring kembali dan mula memejam mata. Dia ingin tidur beberapa minit lagi. Akan tetapi, buat kali ni matanya seolah tidak lagi mahu lena. Terus dia duduk dari pembaringan sambil menggosok matanya sambil tangan mencapai tuala.

"Pergi mandilah."

Dalam keadaan mamai, dia keluar dari dorm dan menyarung kasut. Dia hanya mengikuti langkah kakinya walaupun mindanya masih terasa malas berjalan ke bilik air. Sebaik saja dia melangkah masuk, matanya terus segar kerana terkejut.

Ramainya orang dalam bilik air ni!!!

"Ramainya orang sampai penuh. Pukul berapa diorang semua bangun?"

"Kau ni biar betul? Ini asramalah. Mana ada orang bangun lewat. Lagi-lagi form 1. Sebab pukul 5 nanti, senior lain pula yang nak guna bilik air ni,mandi." Persoalannya itu dibalas oleh seseorang. Hakim!

"Ouh,begitu." Balas Rayyan.

"Dah jangan nak menung lagi. Cepat mandi. Aku dah simpan tempat dekat kau." Kata Hakim sambil menunjukkan sinki disebelahnya. Disitu terdapat kelengkapan mandi kepunyaan Rayyan.

"Wah! Kau jaga tempat untuk aku? Cantik! Petang nanti aku jaga temlat untuk kau pula." Kata Rayyan lalu dia terus membuka bajunya dan mandi.

"Kau tak vasuh baju ke?" Tanya Hakim ketika melihat Rayyan yang hanya mandi. Rayyan menggeleng kepalanya sambil dia mengosok gigi.

"Aku basuh petang nanti. Sekali dengan baju sekolah."

"Aku ingat kau nak kumpul dan suruh kakak kau basuh dekat rumah." Rayyan hanya tersenyum mendengar perkataan Hakim tadi. Sebenarnya, memang itu adalah niat sebenarnya. Tapi dia batalkan niat itu.

Aku boleh je nak suruh kakak aku basuhkan seminggu punya baju. Tapi bila fikir balik, kakak aku banyak baju kena basuh setiap hari.

_________

Riena meluruskan pinggangnya setelah dia berjaya menggangkat empat baldi besar bawa keluar dibawa ke halaman rumah. Jam ditangan dilihat.

5:00 lagi.

Tangannya pantas bekerja menjemur pakaian yang entah sudah berapa lama tidak dicuci. Kali ini dia terpaksa bangun seawal 3 pagi untuk memastikan bahawa dia tidak terlewat tiba disekolah.

Sudah hampir jam 6 pagi, Riena bergegas berlari masuk ke rumah kembali. Dia harus mengemas rumah dan masak untuk pakcik dan makciknya sebrlum ke sekolah. Jika tidak, Riena sudah menjangka apa yang bakal menanti dirinya.

__________

Rayyan mencari sesuatu di dalam drawer lokernya. Namun aoa yang dia cari tidak dia jumpai. Kepala yang tidak gatal, digaru. Minda cuba berfikir kemana perginya barang itu.

"Alamak! Semalam aku pakai lupa nak masuk semula dalam beg. Kakak dah pesan jangan tinggal benda tu. Aduh,Rayyan! Kau ni memanglah." Rungutnya memarahi diri sendiri ketika menyedari bahawa barang itu tertinggal dirumah.

StrengthWhere stories live. Discover now