Bab 11

3 1 0
                                    

Rayyan memandang lama Riena yang sedang tekun menjaga pagar sekolah itu. Dia asyik memandang Riena yang sedang memakai pelitup muka itu. Tanpa berfikir panjang, dia terus saja berlalu mendapatkan Riena dan menarik tangan gadis itu berjalan ke belakang bangunan sekolah.

"Ish! Apa ni main tarik-tarik? Sakitlah." Ujar Riena disaat tangannya dipegang erat oleh Rayyan. Rayyan langsung tidak menghiraukan perkataan kakaknya itu lalu terus menyelak pergelangan kemeja dari seragam pengawas Riena.

Alangkah terkejutnya dia ketika melihat garisan-garisan biru yang ada yang terdapat luka. Garisan biru itu bukan hanya satu, tetapi lebih dari lima!

"Kenapa kakak degil,haha? Adik dah suruh kakak masuk asrama dengan adik kan? Tengok sekarang apa yang dah jadi? Kakak ni dah masuk dalam kes dera tahu." Ujar Rayyan tidak puas hati. Tangannya yang memegang tangan Riena digenggam erat seketika disentak.

"Rayyan faham tak! Kakak bukannya tak nak masuk asrama. Sejak dari kakak form 1 lagi kakak memang nak masuk asrama sebab kakak nak keluar dari dunia tu. Tapi kakak tak boleh! Kenapa Rayyan tak faham kakak?!"

Rayyan terkelu disaat mendengar Riena mengubah panggilan dirinya dari 'adik' kepada 'Rayyan'. Dia tahu,jika Riena sudah mengubah panggilan dirinya bererti Riena sedang marah. Tapi sejujurnya, Riena tidak pernah beremosi seperti ini.

Tak pernah!

"Kenapa kakak tak masuk je asrama sejak dari form 1? Kenapa masih nak jadi pelajar ulang alik dan menderita macam sekarang?"

Riena menggenggam kedua tangannya menjadi penumbuk. Dia sedang menahan amarahnya agar tidak terlepas kepada adik kesayangannya ini. Bibir bawahnya di kecapi.

"Rayyan faham tak,kakak tak boleh keluar dari sana! Pakcik dan makcik kita tak akan pernah izinkan kakak untuk duduk asrama! Kakak ni bukan macam Rayyan! Kakak.....,"

"Habis? Kenapa kakak sentiasa halang pakcik dan makcik dari pukul saya? Saya tahu itu salah saya dan saya wajar dihukum. Tapi kenapa kakak selalu nafikan dan biarkan diri kakak yang terkena balasannya? Kenapa....,"

Pang!

Rayyan terpana! Pipinya terasa perit dan sakit. Matanya merenung tepat kearah Riena yang hanya tinggi beberapa inci daripadanya ketika itu. Wajah Riena yang sudah membuka pelitup mukanya dilihat lama.

Pipi kanannya bengkak dan terdapat sedikit kesan penumbuk. Pipi kirinya pula terdapat sedikit kesan calar. Hujung bibirnya pecah. Rayyan mengalihkan pandangan ke arah anak mata hazel kepunyaan Riena.

Merah dan terdapat sedikit takungan air mata.

"Kakak kena laksanakan tanggungjawab kakak sebagai seorang kakak,Rayyan. Kakak kena laksanakan amanah yang arwah mama dan papa dah berikan pada kakak sebelum mereka meninggal. 'kalau satu hari nanti,kami tak sempat tengok adik membesar dan hantar dia pergi sekolah seperti kakak, kakak kena laksanakan tugas itu. Jaga dan lindungi adik dengan baik.'  Kakak sentiasa berusaha untuk sembunyikan kesakitan kakak dari Rayyan supaya Rayyan lebih gembira."

"Kakak tahu apa yang kamu nak cakap. Kamu akan bahagia kalau kakak juga bahagia. Tapi kebahagiaan kakak adalah melihat kamu berjaya dan bahagia. Itu janji kakak pada arwah mama dan papa. Itu amanah kakak! Kakak juga sayangkan kamu. Kakak tak nak kamu rasa apa yang kakak rasa!"

Air mata Riena menitis jua. Melihat itu membuatkan Rayyan dihuni rasa bersalah. Ini kali pertama dia melihat Riena menangis. Ini kali pertama dia melihat Riena menangis dan itu membuatnya sakit. Tanpa sedar, air matanya juga turut menangis.

"Kakak.....maafkan adik.....adik betul-betul minta maaf. Ampunkan adik,kakak." Pinta Rayyan sambil memaut tangan kanan Riena lalu dikucup tangan itu. Ingin dia memeluk tubuh kecil Riena namun dihalang. Riena tersenyum manis yang mampu mencairkan sesiapa saja yang melihatnya. Air mata Rayyan diseka.

"Adik jangan nangis. Nanti tak handsome adik kakak ni." Pujuk Riena. Rayyan juga menyeka air mata Riena.

"Kakak pun jangan nangis lagi tau lepas ni. Adik sakit bila tengok kakak menangis." Pesan Rayyan. Riena mengangguk.

"Boleh adik nak peluk? Adik rindu kakak." Riena menggeleng.

"Adik tak boleh peluk kakak sebab belakang kakak sakit. Tapi.....," Riena terus saja merangkul tubuh Rayyan masuk ke dalam pelukannya.

"Maafkan kakak sebab kakak marah adik tadi." Bisik Riena ke telinga Rayyan. Rayyan tersenyum nipis dikala dia merasakan pelukan kakaknya semakin erat dipeluk Riena. Adik akan pastikan kakak keluar dari dunia tu. Adik akan buat sampai kakak duduk asrama sama macam adik.

*****

Rayyan melangkah masuk ke dalam pejabat pengetua itu. Terlihat seorang lelaki separuh abad yang menatap komputer riba diatas meja memeriksa data dan juga sistem di sekolah itu. disaat dirinya melihat kelibat manusia, terus saja mengalihkan pandangannya ke arah si manusia dan senyumannya terukir saat melihat kelibat Rayyan di muka pintu.

"Mari duduk sini,Rayyan." Pelawa Lee Shin Ameenuddin atau lebih selesa disapa 'daddy' oleh seluruh warga sekolah. Dia merupakan seorang cina muslim sejak lima tahun lalu. Rayyan terus saja berjalan ke arah meja kerjanya dan duduk dihadapannya sambil menanti pertanyaan. 

"Baiklah, apa hajat kamu ingin berjumpa daddy hari ni Rayyan?" Dia menghiraukan kerjanya yang sedang dia lakukan demi memberi tumpuan kepada Rayyan. 

"Sebenarnya, saya ada satu permintaan yang ingin saya katakan pada daddy."

"Apakah itu. Katakan saja,kalau tidak keberatan pasti akan daddy cuba tunaikan."

"Boleh tak daddy keluarkan surat kemasukan asrama untuk kakak saya tapi tanpa perlu dapatkan keizinan daripada pakcik dan makcik saya?"

"Kenapa pula? Saya tak bolehlah nak buat macam tu. Pihak sekolah mesti dapatkan keizinan daripada penjaga untuk kemasukan ke asrama."

Rayyan meraup mukanya dengan kedua tangan. Sesekali dia menghela nafasnya berat. Dia memandang ke arah Ameenuddin. "Tapi....daddy tak risau ke?"  Duga Rayyan.

"Risau? Sebab apa?" 

"Yelah. kakak saya tu kan pelajar terbaik dan tulang belakang sekolah. Daddy tak risau ke seandainya berlaku sesuatu yang akan membuatkan sekolah kita ni kehilangan tulang belakang sekolah tu dan menjatuhkan repotasi terbaik yang  pernah pihak sekolah capai?"

Ameenuddin meneguk liurnya. Rayyan menyimpan senyumnya. Dia tahu, pengetua kesayangan seluruh warga sekolahnya termasuk dirinya sendiri ini sangat menjaga dan mementingkan kepentingan warga sekolah dan juga sistem pendidikannya. Ameenuddin menarik nafas panjang lalu dihembus perlahan-lahan. 

"Baiklah, kalau begitu kamu buat suratlah. Surat rasmi. Kamu nyatakan sebab dan alasan mengapa kamu nak sangat kakak kamu masuk ke asrama tanpa kebenaran penjaga. Pihak sekolah akan jadi back-up.

"Hm....surat rasmi? Boleh. Tapi tulis tanganlah, boleh daddy?'

"Boleh. Asalkan tulisan kamu mudah untuk dibaca dan cantik."

"Baiklah. Mudah saja." Balas Rayyan lalu dia terus bangun dari duduknya dan membetulkan blazer yang dipakainya. Dia tersenyum kepada Ameenuddin. 

"Terima kasih daddy. Saya akan siapkan surat tu dan hantarkan kepada daddy isnin nanti." Beritahu Rayyan. Ameenuddin hanya tersenyum dan mengangguk sambil melihat kelibat Rayyan yang berjalan pergi dari pejabatnya. Sebaik saja keluar dari pejabat pengetua, Rayyan tersenyum penuh makna. 

"Baiklah. Kali ni kakak tak akan boleh mengelak lagi. Tapi....maaflah sebab adik tak berbincang dulu dengan kakak. Bukan sebab adik nak membelakangkan kakak tapi...," Rayyan berjalan melangkah pergi menuju kelasnya.

"........adik dah tahu keputusan kakak."

Bersambung......

StrengthNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ