Bab 3

5 0 0
                                    

Hari berlalu, bulan berlalu, tahun berganti tahun dan kini Rayyan sudah berusia 13 tahun dan oleh kerana keputusan Penilaian Akademi dan Kemahiran Bilik Darjah Kokurikulum (PAKBDK) tahun 6, dia lulus dengan cemerlang. Dia telah menerima tawaran ke Junior Cybertron International Collage (JCIC) dan mengajiannya akan ditanggung penuh oleh pihak sekolah.

"Kakak, Jomlah ikut adik masuk asrama." Ujar Rayyan ketika dia sedang melepak di dalam bilik kakaknya,Riena.

"Tak boleh adik. Adik tahu kan pakcik dan makcik kita tu macam mana? Diorang mana izin kakak untuk duduk asrama." Balas Riena disaat dia sedang membantu Rayyan menyiapkan segala kelengkapan sekolah untuk Rayyan.

Rayyan hanya menghela nafas. Dia diwajibkan duduk asrama kerana keputusan akhir darjah 6 yang cemerlang dan mendapat biasiswa penuh di sekolah menengah. Tapi....kakaknya juga mendapat biasiswa penuh.

"Kakak pun dapat biasiswa penuh macam adik. Kenapa kakak boleh tak duduk asrama?" Tanya Rayyan. Hakikatnya, dia sedikit merungut. Riena menghentikan perbuatannya dan tersenyum memandang adik kesayangannya itu.

"Kakak dapat pengecualian dari pihak sekolah. Sebab tu lah walaupun kakak ni pelajar ulang-alik, kakak masih dapat biasiswa penuh dari pihak sekolah." Balas Riena.

"Kakak, jomlah duduk asrama dengan adik." Rayu Rayyan lagi.

"Tak bolehlah adik. Tak boleh."

"Tapi.....adik nak duduk dengan kakak." Rengek Rayyan bagaikan anak kecil berusia 5 tahun.

"Kalau kakak duduk asrama pun, bukannya kita dapat duduk sekali pun. Adik duduk asrama lelaki kakak duduk asrama perempuan." Balas Riena dengan alasan mengarut Rayyan.

"Sekurang-kurangnya, waktu makan kita boleh jumpa. Waktu solat kita boleh jumpa. Pergi sekolah kita boleh pergi sama-sama. Masa lepak, kita boleh lepak sama-sama." Sambung Rayyan.

"Sekolah kita tu bukannya jauh pun. Adik boleh kalau nak balik rumah dua minggu sekali. Bila adik balik, kita boleh jumpa. Kalau tak kita boleh jumpa dekat sekolah. Kalau pihak pengurusan asrama ada buat program, kita boleh jumpa." Jelas Riena.

"Kenapa pula?"

"Kakak naib presiden pelajar dekat JCIC. Jadi setiap program yang melibatkan JCIC walaupun program dibawah pengurusan asrama,kakak wajib turut serta." Sambung Riena.

"Seriuslah?!"

"Ya."

"Tapi....adik tetap nak kakak duduk asrama dengan adik."

"Nanti bila-bila, kita boleh duduk sekali. Jangan risaulah." Pujuk Riena. Rayyan hanya mengangguk akur walaupun hatinya agak berat. Dirinya memang sangat gembira dengan surat tawaran itu kerana dia dapat melarikan diri dari 'neraka dunia' ciptaan makcik dan pakciknya.

Tanpa dia sedar,perbuatannya itu membuatkan dia terpaksa meninggalkan Riena sendirian di runah. Pasti selepas ini Riena akan dipukul dua kali ganda lebih teruk dari yang dia pernah lihat.

"Adik?"

"Ha."

"Adik nak beli barang kelengkapan asrama ni....ada duit tak?" Duga Riena. Lama Rayyan termenung mendengar soalan itu. Beberapa detik,dia tersedar.

"Ha,duit! Kejap adik tengok." Rayyan bangun dari duduk dan berlari ke biliknya. Seketika kemudian, dia kembali bersama tabung iron man kesayangannya lalu membuka kepala tabung itu. Isi di dalamnya berterabur keluar.

"Alamak! Ada ni je kakak. Tak sempat kira lagi." Kata Rayyan sambil tersengih. Riena menghela nafas.

"Tak apalah. Duit adik tu simpan je. Kakak guna biasiswa kakak." Balas Riena saat matanya memandang ke arah segunung duit syiling yang dikumpul oleh Rayyan.

StrengthWhere stories live. Discover now