Bab 18

9 1 0
                                    

4 bulan kemudian...

Riena menutup mulutnya disaat dia mula berasa mual. Dia bangun dari duduk dan berlari ke tandas. Dyna yang sedang asyik makan chapatti sambil tonton filem Jurassic Park dari laptop yang dia bawa tadi menoleh ke arah Riena. 

"Kau... okey tak?"

"Aku tak tahulah. Aku rasa badan aku cepat letih sekarang ni. Kepala pun kerap pening dan..." Riena memandang ke arah Riena yang sedang mengangkat sebelah keningnya sambil menayangkan wajah pelik. 

"Kau kerap mual?" Riena hanya mengangguk dengan pernyaan itu. 

"Kau cuti berapa hari?" soal Riena sambil sambung menonton filem bersama Dyna. Dyna sedang cuti mid-sem, dia terlalu rajin nak beli tiket bas dan tinggal bersama Riena sepanjang cuti mid-sem. Riena pun hanya biarkan saja, kerana tidaklah dia terlalu sunyi nanti.

"Berapa hari kau nak aku cuti?"

"Janganlah main-main."

"Hehehe, okey-okey. Aku cuti seminggu. Kau tahukan seminggu tu berapa hari?"

"Kau ingat aku ni bodoh sangat ke?"

"Manalah tahu. Wayar yang sambung kan neuro otak kau tu terputus." Mereka berdua ketawa. Seketika kemudian, Riena kembali berasa mual. Dia berlari ke tandas. Dyna sudah merasa tidak sedap hati. setelah Riena keluar dari tandas, dia terus menyoal.

"Kau ada datang bulan tak dalam masa terdekat ni?" Riena terfikir sejenak. Dia memandang Dyna sedikit terkejut. 

"Seingat aku, last aku datang bulan sebelum malam tu."

"Jom kita pergi klinik, Riena. Aku risaulah dengan kau."


*********

Dyna menghulurkan botol minuman mineral yang dibelinya dari kedai serbaneka kepada Riena. Sementara dia pula membuka botol minuman soda. Dia menoleh memandang Riena yang sedang termenung memandang langit cerah petang itu. Tidak terlalu panas dan tidak juga mendung. Kelihatan begitu nyaman suasana langit petang itu.

"I'm about to be a single mother." Suara Riena yang mengomel sendiri itu didengari. Bibir Riena mengukir senyuman nipis dipandang lama. "Apa yang akan jadi pada budak ni nanti, Dyna? Aku tak tahu nak buat apa."

"Kau nak budak tu?" Riena segera menoleh ke arah Dyna dengan pandangan serius. Dyna meneguk liur cuak. Sudah lama dia tidak lihat wajah serius manusia bernama Sharifah Nur Syariena tu. 

"Budak ni tak salah, Dyna. Tak ada sebab untuk aku buang dia."

"Memang budak tu tak salah. Kau juga tak salah. Kau juga adalah mangsa keadaan."

"Untuk minta Harraz bertanggungjawab, aku rasa itu mustahil. kau kenal siapa dan macam mana Harraz tu. Dan... aku tak dapat nak hubungi dia seminggu lepas." 

"Kau ada cuba hubungi dia?" Riena mengangguk.

"Aku rasa tak sedap dengan badan aku sendiri. So, aku buat Pregnancy test, dan...hasilnya positif. Aku terus cuba hubungi Harraz dan sampai ke hari ni aku gagal hubungi dia." Penjelasan Riena membuatkan Dyna terkedu. Jadi, selama ni Riena sudah tahu bahawa dia berbadan dua?

"Kenapa kau tak bagitahu aku awal-awal?"

"Sebab kau yang beria-ria sangat suruh dan paksa aku pergi klinik. Aku ikut jela. Lagi pun, usia kandungan aku dah cukup 4 minggu. Aku pun dah buat check up dekat klinik dan aku dah ada buku pink pregnant."

"Kau ni terlalu berdikari kan."

"Aku dibesarkan dalam keadaan dimana aku perlu berdikari untuk adik aku."

"So...apa kau nak teruskan jaga budak ni?"

"Ya. Aku akan terus jaga dia. Dia ni anak aku. Walaupun aku akan dapat banyak masalah lepas ni, tapi aku dah sedia. Sejak aku dirogol oleh Harraz dulu, aku dah bersedia untuk terima apa saja kemungkinan yang akan mengubah sebahagian besar hidup aku." Dyna tersenyum manis. Riena walaupun sudah didepani pelbagai cabaran dalam hidupnya sejak kecil, dia masih tenang mengharunginya.

"So...kau dah ready nak jadi single mother?" Riena mengangguk sambil tersenyum. 

"kalau macam tu, aku nak jadi babysitterlah. Aku nak jadi babysitter anak kau dan kau sekali boleh?" pinta Dyna sambil membuat muka comel.

"Boleh. Silakan. Tapi free lah. Aku tak cukup duit nak bayar kau." senda Riena.

"Jangan risau soal bayaran. Boleh bincang tepi. Tapi, asalkan kau tak biar aku mati kebulur, aku sanggup." Dyna juga turut menyahut senda Riena. Dyna dan Riena adalah dua rumpun yang serasi. Mereka sudah berkawan dan bersahabat sejak dari usia 10 tahun. Kini, usia perhubungan mereka sudah lebih 10 tahun.

Dyna sedang menyiapkan dokumen untuk aktiviti kelab di universitinya. Jam sudah menunjukkan 2 pagi. Riena sudah hilang di dunia mimpi disebelahnya. Riena yang keletihan akibat dari dua kerja yang dia lakukan siang hari membuatkan dia 'tidur mati'. Ketika sedang memikirkan ayat yang sesuai untuk dokumennya, Dyna memandang Riena lama. Wajah putih asli tanpa sedikit kecacatan itu membuatkan Riena sangat cantik. Ditambah pula dengan rambut yang coklat keperangan asli sejak lahir dan mata coklat hazel terang. Maklumlah Riena dan Rayyan ni keturunan British-Melayu.

Mata Dyna teralih kepada perut Riena yang kini sudah berisi. Dia tersenyum sendiri. Walaupun dia yakin dan percaya bahawa Riena boleh harungi semua ini dengan baik, tapi dia tidak akan pernah sesekali pun meninggalkan sahabatnya ini. 

"Aku akan tolong kau besarkan anak kau ni, kawan."




Bersambung...

StrengthWhere stories live. Discover now