Bab 20

24 1 0
                                    

Tyra berlari ke dalam perhentian bas. Ramalan cuaca mengatakan bahawa hari ini akan cerah. Tapi hujan mengejut pada petang itu. Dia mengibas-ngibas bajunya sedikit basahengenai air hujan.

"Nasib baik tak lenjun." Matanya memandang ke arah langit yang dicurahi air hujan. "Nampaknya kena tunggu hujan berhenti baru boleh balik." Katanya sendiri dan terus duduk dipondok perhentian bas itu.

"Hai, cik adik. Sorang je ke?"

Tyra menoleh ke sisinya ketika mendengar seseorang seolah menegurnya. Seorang lelaki berbadan tegap sedang duduk sambil tersenyum memandangnya. Tyra terus saja memaling wajah tidak mahu memandangnya.

Simpan hati kau pada Rayyan, Tyra. Jangan pandang orang lain.

Bisik Tyra pada dirinya sendiri.

"Hm... tak tahu pula saya bercakap dengan tunggul. Tapi kenapa saya tengok macam manusia je." Tyra mengetap giginya menahan geram. Lelaki asing ni sesuka hatinya saja memerlinya.

Biadap!

"Saya tak kenal awal lah! Boleh tak jangan kacau saya."

Lelaki ini hanya tersenyum sambil mengangkat sebelah keningnya. Dia faham apa yang gadis ini maksudkan.

"Awak tak kenal saya? Kenapa saya rasa macam saya kenal awak. Saya dah lama kenal awak. Sejak dari saya kecil."

"Saya hanya kenal dengan seorang je lelaki sejak dari saya kecil. Saya suka dia je. Jangan cuba nak pikat saya sebab saya tak kenal awak. Saya cuma suka Rayyan adik Kak Riena."

Lelaki ini tertawa kecil. Terasa lucu mengusik gadis ini diwaktu hujan begini. Sekurangnya tidaklah dia terlalu sunyi. Tyra datang sebagai peneman dan dia boleh mengusiknya.

"Awak site tak kenal saya? Mungkin ini boleh buat awak ingat pada saya." Katanya sambil mengeluarkan sesuatu dari begpad yang digalas dibahu kanan. Cermin mata bulat dikeluarkan dari bekasnya dan disarungkan ke mata.

Tyra memandang perbuatan lelaki ini lama. Matanya tertumpu kepada wajah lelaki dihadapannya ini. Sebaik saja cermin mata bulat itu tersarung dikatanya, wajah lelaki itu hampir seiras dengan seseorang. Tyra berusaha mengimbas wajah seseorang di mindanya dengan wajah dihadapannya.

Riena... Kak Riena...

Kenapa muka dia macam muka Kak Riena?

Atau...

Dia memang adik Kak Riena, Rayyan.

Dia Rayyan?

Secara automatik seluruh muka Tyra terasa panas. Mula muncul perasaan malu atas apa yang telah diungkapkan beberapa minit tadi. Kedengaran gelak tawa dari lelaki ini membuatkan dia semakin malu untuk berhadapan dengannya.

"Hahaha! Kenapa terus tak nak pandang saya? Sebab baru perasan saya adalah 'Rayyan' yang awak katakan tadi." Semakin merah padam wajah Tyra dikala Rayyan mengatakan seperti itu.

Rayyan tertawa kecil. Terubat rindunya pada gadis yang sentiasa menjadi pujaan hati selepas kakaknya ini. Dia berjalan menghampiri Tyra lalu membisikkan sesuatu ke telinganya.

"I miss you so much, Nur Atyrah."

Tyra terkesima mendengar bisikan Rayyan tadi. Dia memandang belakang. Terlihat Rayyan yang sedang tersenyum sambil mengenyitkan sebelah matanya.

"Rayyan tak sangka akan jumpa Tyra dekat sini semula. Sudah lama rasanya kita tidak bersua." Tyra juga turut tersenyum. Membetulkan bentuk awalnya yang dirasakan kurang memuaskan.

"Dah lawa dah tu. Tyra tu memang dah cantik. Pakai apa pun memang dah cantik. Lagi-lagi bila tengok Tyra malu-malu dalam hujan ni. Rayyan merenung Tyra lama.

"Boleh Tyra tunggu Rayyan tak?"

"Hah? Tunggu apa?"

"Tunggu Rayyan lah. Sehingga Rayyan berjaya tunaikan janji Rayyan pada Tyra. Tapi sekarang ni, Rayyan nak tunaikan janji Rayyan pada kakak Rayyan dulu. Rayyan nak rawat asma kakak Rayyan."

Tersipu Tyra mendengar perkataan itu. Menoleh ke arah lain, dia menangguk sedikit. Malu mahu berterus-terang bahawa dia juga akan tetap menunggu jejaka ini. Rayyan melebarkan senyuman. Hujan kembali berhenti. Masing-masing memandang ke langit. Jaluran pelangi memukau dua pasang mata kepunyaan mereka berdua.

"Cantiknya..."

"Macam kebetulan pula kan. Kita jumpa dekat pondok bas ni. Dalam hujan macam ni."

"Ya. Rasa macam kebetulan je."

*********

Tyra menunggu sambil membaca buku. Dia menunggu di dalam kafe bertemankan secawan americano latte dan sepinggan crossain bersama senaskah puisi Milk and Honey karangan Rupi Kaur.

Tyra seorang yang suka membaca puisi indah tulisan Rupi Kaur kerana penulis ini banyak memainkan emosi dan gaya bahasa yang digunakan memang cukup indah dan senang difahami.

"Hai! Lama dah tunggu?"

Mata Tyra menoleh memandang susuk jejaka yang sedang ditunggunya. Senyuman terukir indah pasti mampu menggegarkan sesiapa saja yang memandangnya. Tyra terus saja menutup buku yang dibacanya dan menatap Rayyan lama.

"Sorry tau lewat. Lecturer Rayyan tu lepaskan lambat pula. Nasib lah kelas petang ni tangguh."

"It's okay. Tyra pun biasa macam tu juga. Lecturer lepaskan lambat. Tapi hari ni kelas pula tangguh."

Rayyan memandang sekeliling. Dia menunduk sedikit wajahnya. Malu sebenarnya mahu bertatapan bersama Tyra. Tyra tidak pernah tak cantik. Tyra sentiasa cantik di matanya. Tyra tersenyum sendiri melihat tingkah Rayyan.

"Malulah tu. Antara saya dan Kak Riena, siapa lebih cantik?" Tyra menduga. Walaupun dia tahu jawapan yang akan diberikan oleh Rayyan, dia suka mengusik jejaka itu.

"Janganlah tanya macam tu. Susah Rayyan nak jawab."

"Hahahah! Tyra gurau je. Rayyan ada telefon Kak Riena?"

"Ada. Selalu VC dengan kakak. Cuma tak dapat nak balik jelah sebab bajet tak cukup. Biasiswa pun tak lepas nak beli tiket. Jadi... Rayyan cakaplah dengan kakak yang tahun ni tak boleh balik."

Tyra mengangguk dengan jawapan itu. Dia menghela nafas lega. Ikutkan hatinya, dia mahu beritahu Rayyan berkenaan Riena. Tapi dia sudah berjanji bahawa akan merahsiakannya. Jadi, Tyra mengambil keputusan bahawa tidak mahu menyebut soal Riena lagi.

"Nanti kalau Tyra balik, kirim salam rindu Rayyan pada kakak. Cakaplah jangan risaukan Rayyan dekat sini. Rayyan okey je." Tyra mengangguk lagi. Dia menyimpan rasa pilunya. Tidak dapat dibayangkan kalau satu hari nanti Rayyan mengetahui hal yang sebenar.

Maafkan Tyra, Rayyan.

Maafkan saya tau, Rayyan.

Bersambung....

StrengthWhere stories live. Discover now