Bab 23

15 1 0
                                    

Rayyan berdiri di penghadang bahu jalan. Memandang langit malam yang sudah lama muncul. Sejak petang tadi, dia masih berdiri disitu mencari ketenangan. Entah seperti apa ketenangan yang dia perlukan.

Setelah merasakan bahawa hari sememangnya sudah begitu lewat malam. Dia mengambil langkah pulang. Menggunakan motosikal milik kakaknya, dia memandu pulang semula ke rumah Riena.

Perjalanan yang mengambil masa 30 minit itu, Rayyan kembali tiba di rumah. Tombol pintu dibuka lalu dikunci kembali setelah dia masuk. Melangkah menuju pintu yang sudah disediakan oleh Riena sepanjang dia akan tinggal bersama Riena kembali.

Disaat tubuhnya yang letih melangkah masuk ke ruangan bilik, matanya tertumpu pada empat figura manusia yang lena tidur dalam bilik itu. Mereka adalah Riena dan anak-anaknya. Rayyan menghela nafas berat. Dia melangkah kembali ke luar rumah. Membuat keputusan untuk tidur di dalam kereta saja.

******

"Paksu! Paksu! Bangun. Mama suruh bangun. Mama ajak kita makan sama-sama."

Rayyan membuka matanya berat. Suara kanak-kanak membuatkan dirinya kembali rimas. Memaksa matanya untuk terbuka, terlihat susuk tubuh Rayhan di muka pintu kereta. Ingin mengejutkan dirinya dari tidur lena.

"Paksu, mama ajak kita makan sama-sama. Mama dah masak breakfast special untuk Paksu. Jom makan." Bersama senyuman manis, Rayhan bersuara. Rayyan berdecit kecil. Tangan besarnya menolak tubuh Rayhan yang cuba menyentuhnya.

"Aku tahu nak bangun. Tepi!"

Rayhan segera berganjak. Rayyan bangun dari baringannya dan berjalan pergi. Dia masuk ke dalam rumah meninggalkan Rayhan yang masih terpinga-pinga dengan tindakan Rayyan tadi.

"Adik! Morning. Jom makan. Kakak dah masak ni. Kita breakfast sama-sama. Kejap lagi adik kena pergi hospital kan? Kakak hantar ye. Boleh pergi sekali dengan budak-budak ni."

"Adik pergi sendiri."

"Er... apa?"

"Adik pergi sendiri! Kakak tak payah susah-susah nak hantar." Rayyan masuk ke dalam biliknya. Bunyi hempasan pintu membuatkan tiga beradik ini segera berlari mendapatkan Riena lalu tubuhnya dipeluk.

"Mama, paksu marah ke?"

Riena hanya menggeleng kepala. Kepala Rushdy itu diusap lembut. Senyuman dihadiahkan buat tiga putera kembarnya.

"Paksu cuma penat je. Paksu tak marah lah. Jom makan, nanti mama hantar pergi sekolah."

"Okey, mama!" Serentak, tiga kembar ini bersuara. Duduk di meja makan dan mula menjamu sarapan yang disediakan oleh Riena. Riena tidak turut makan bersama sebaliknya sekadar menemani. Katanya masih terpandang pada pintu bilik Rayyan yang masih tertutup. Riena menghela nafas berat.

Tiga kembar itu masuk ke dalam kereta Riena. Sedang menyarung kasut, Riena terdengar bunyi pintu ditutup, terus saja dia menoleh dan melihat Rayyan yang telah siap berpakaian kemas untuk ke hospital memulakan kerja rasminya sebagai seorang doktor.

"Jom pergi sekali. Kakak hantar adik." Rayyan mengabaikan pelawaan Riena dan terus menyarung kasut kulitnya. Sempat dia menjeling sekilas ke arah sepasang kasut yang tersarung di kaki Riena. Sepasang kasut convers hijau emerald yang sudah sedikit lusuh. Rayyan masih ingat bahawa kasut jenama convers merupakan merupakan jenama kasut kegemaran Riena. Riena juga tidak akan memakai kasut jenama lain selain dari convers.

StrengthWhere stories live. Discover now