Bab 21

26 1 0
                                    

Rayyan mengeliat membetulkan sengal diseluruh tubuhnya. Terasa bahu menikmati kopi buat seketika. Dia menutup komputer ribanya dan berjalan ke luar bilik. Destinasinya adalah kafe universiti yang dibuka selama 24 jam.

"Ice Americano."

Rayyan menunggu pesanannya siap sambil bermain dengan telefon bimbit. Setelah beberapa minit menunggu, akhirnya pesanan kopinya siap dihidangkan. Dia terus berjalan keluar dari kafe universiti.

"Apa yang kakak tengah buat sekarang ya?"

Terasa rindu pada kakak kesayangannya itu. Jika diminta gantikan gunung emas dengan kakaknya, pasti tidak akan ada yang boleh gantikan kakaknya itu. Rayyan terus mengeluarkan telefon dari poket seluarnya dan berjalan menuju ke tanam universiti yang tidak jauh dari kolej tempat dia menginap. mendail nombor seseorang. bibirnya bersenandung kecil sambil menunggu insan yang dipanggil menjawab panggilan.

"Hello. Adik sihat?" senyuman terukir di bibirnya dikala mendengar suara insan yang paling dirindukan itu.

"Hai, kakak. Adik sihat. Kakak sihat?"

"Sihat je. Ada apa-apa yang adik nak share ke dengan kakak?"

"Tak ada apa-apa yang special pun. Semuanya sama je macam hari-hari sebelum ni."

"Yeke? Kedengarannya macam ada something je."

"Hehehe. Sebenarnya memang ada pun."

"See? Kakak dah agak dah. Adik mana boleh nak sorok dari kakak."

"Begini... beberapa hari lepas, adik jumpa Tyra. Masa tu dalam hujan. Tyra tak kenal adik. Kelakar, comel je."

"Okey... lepas tu adik buat apa dekat dia?"

"Adik usiklah. Sebab dia dah tak kenal adik sampai dia terlepas cakap yang dia suka adik.Hehehe."

"Hahaha. Suka eh, adik usik si Tyra tu. Adik pun suka dia juga kan? Sebenarnya adik suka kan bila dengar dia terlepas cakap dia suka adik."

"Hahaha. Janganlah kakak. Apa ni? Suka buat adik macam ni."

"Kakak buat apa pula? Adik tu je yang senang diusik."

Semasa sedang berbual bersama Riena, tanpa Rayyan sedari air matanya mengalir. Sungguh dia merindui insan yang sedang ketawa dihujung talian itu. Dia ingin pulang ke tanah air bertemu manusia itu. Tetapi niatnya terhalang oleh kekangan kewangan. Kesibukan aktiviti komuniti yang melibat kelab yang disertainya di universiti menghalang dia dari berbuat demikian.

"Kakak..."

"Ya, adik?"

"Adik... adik rindu kakak. Adik nak balik jumpa kakak. Cuti seminggu pun cukuplah."

"Adik... dengar sini kakak nak cakap. Kan adik cakap adik tak cukup duit nak beli tiket. Kumpul duit dulu. Selesaikan apa yang patut diselesaikan dulu. Nanti, bila dah settle semua dan duit pun dah cukup, barulah adik balik."

"Tapi, adik rindu kakak."

"Ye, sayang. Kakak tahu adik rindu kakak. Kakak pun rindu adik. Sebenarnya, kakak memang nak masukkan duit untuk adik. Tapi, kakak pun tak cukup duit nak makan."

"Adik faham tu. Kakak janganlah sampai tak makan sebab nak masukkan duit dekat adik. Kakak tu yang patut diutamakan diri tu dulu."

Setelah hampir sejam berbual bersama Riena, Rayyan menamatkan perbualan akibag baru menyedari perbezaan zon waktu di tempat kakaknya berbeza dengan zon waktu di tempat dia berada. Rayyan menatap langit.  langit dipertengahan musim luruh itu sangat indah. Tidak terlalu panas dan tidak mendung. Lama matanya menatap langit yang terbentang luas.

Rayyan menghela nafas panjang. 2 tahun lagi, dia bakal menamatkan diplomanya. Dia ingin meraikan diploma itu bersama kakaknya. Dia ingin menimba ilmu sambil bekerja di hospital yang ditawarkan. Telefon yang berada disisi dicapai. Notifikasi perbualan mematikan lamunannya. Pesanan dari rakan sebiliknya, Hakim.

'Ray, cepatlah balik bilik. Aku nak tanya kau satu soalan ni.'

'Soalan apa? Aku baru nak healing sekejap.'

'kau tak payah nak healing sangatlah. Kau tu dah cukup genius dah.'

'Hahaha. Yelah. Aku sampai kurang 10 minit.'

'Okey. Aku tunggu.'

Sekali lagi, Rayyan menghela nafas. Macam-macamlah ragam kawannya yang satu ini. Dengan langkah yang agak berat, dia melangkah kembali ke kampus tempat dia menginap.


Bersambung....

StrengthWhere stories live. Discover now