Bab 12

1 1 0
                                    

"Adik, kakak jemput adik macam biasa ye?" Beritahu Riena sambil dia sedang mengemas mejanya. Disaat itu Rayyan yang kebetulan singgah ke kelasnya untuk menanyakan soal itu.

"Ouh....adik baru nak bagitahu kakak sesuatu." Ujar Rayyan dan melangkah masuk ke dalam kelas kakaknya. Riena yang sedang mengemas laci mejanya mengambil fail dan buku lalu dibawa ke belakang kelas. Dikeluarkan kunci elektronik dari poket kotnya dan membuka sebuah lokar kecil.

Rayyan hanya memerhati tingkah Riena. Rupanya itu adalah lokar kakaknya. Rayyan mengangguk beberapa kali. Banyak buku rujukan dan buku latihan serta beberapa bahan reka cipta. Walaupun lokar itu kecil, tapi kelihatan kemas dan tersusun. Mata Rayyan terus boleh nampak tajuk bagi setiap buku yang berderetan itu.

"Nak bagitahu apa?" Tanya Riena pula setelah kerja menyusun dan mengemaskan lokar ya selesai. Tak tahulah apa yang dia kemas, sedangkan lokar itu sudah sedia kemas.

"Daddy cakap dia nak datang rumah esok. Boleh ke kakak?" Tanya Rayyan serba salah. Buntang terus mata Riena mendengar perkataan Rayyan tadi.

"Daddy? Daddy nak datang rumah kita esok?!" Rayyan hanya mengangguk.

"Dah tu,. Adik jawab apa dekat daddy?" Tanya Riena sedikit cuak.

"Adik cakap lah ,nanti adik akan tanya kakak." Balas Rayyan yang mampu menghidu keresahan kakaknya. Dia tahu, Riena tak suka pihak sekolah datang kerumah mereka. Bukan tak suka terima tetamu, tapi mereka bimbang 'rahsia' mereka akan terbongkar.

"Kalau kakak keberatan, adik boleh je cakap dengan daddy jangan hantar. Adik boleh balik sendiri." Kata Rayyan sambil berjalan keluar dari kelas Riena. Dia tahu keputusan Riena jika dia tidak menjawab.

******

"Rayyan? Dah siap dah? Jom kita gerak sekarang." Kata Ameenuddin ketika dia lihat Rayyan yang hanya membawa beg galas sahaja berjalan menuju ke pintu besar sekolah.

Pakaiannya ada di rumah. Tak payah bawa baju yang ada dalam loker.

"Tak apa daddy. Saya boleh balik sendiri." Rayyan tolak lembut. Dia juga ditidak mahu rancangan gilanya dihidu oleh Riena walaupun dia tahu yang kakak dia tu memang sangat peka orangnya. Hanya Rayyan saja yang pernah lihat saat Riena betul-betul marah.

Memang seram wey...

"Tak apalah. Daddy hantar. Memang daddy nak jumpa pakcik makcik kamu berdua. Sejak dari Sharifah tingkatan 1, memang tak ada siapa yang tanda buku rekod dia. Periksa baru ni pun buku kemajuan kami berdua pun tak bertanda." Katanya berkeras mahu menghantar Rayyan pulang.

Rayyan hilang arah. Dia tersepit antara dua pilihan. Jika dia mengabaikan pelawaan pengetuanya ini, lelaki itu orang tua yang baik kena hormat.

Tapi jika dia menerima pelawaan itu, risiko yang akan dia hadapi bersama Riena sekiranya apa yang terjadi kepada mereka berdua terbongkar kepada pihak sekolah. Masalah besarlah jawabnya!

"Menung apa lagi tu? Cepatlah sikit."

"Hah! Baiklah daddy." Akhirnya Rayyan terpaksa mengalah. Dia masuk ke dalam kereta 4×4 kepunyaan Ameenuddin lalu kereta itu dipandu keluar dari kawasan sekolah dan menuju ke rumah Rayyan.

Mereka tiba di halaman rumah Rayyan. Rayyan keluar dari perut kereta lalu telinganya mendengar bunyi sesuatu yang tidak asing lagi dalam hidupnya. Ameenudin yang baru ingin memberi salam terus saja dihalang.

"Daddy! Saya rasa kakak saya tak ada dekat rumahlah. Dia pergi kedai kot. Mungkin esoklah daddy datang." Kata Rayyan berdalih.

"Apa yang kamu merepek ni? Alang-alang saya dah sampai ni. Lagi pun saya bukan nak jumpa dengan kakak kamu. Saya nak jumpa penjaga kamu."

"Pakcik tak ada. Biasanya perang-perang macam ni dia jarang duduk rumah."

"Makcik kamu tak akan tak ada dekat rumah?"

"Makcik pun tak ada. Dia.....," Rayyan hilang punca untuk mereka helah.

"Sudahlah. Saya nak naik. Saya nak jumpa penjaga kamu." Kata Ameenudin tegas dan terus melepasi Rayyan yang berusaha menghalangnya.

Habislah aku kalau kantoi.

"Assalamualaikum. Saya naik ya." Ucap Ameenudin dan terus menanggalkan kasutnya dan naik ke dalam rumah.

"Daddy! Tunggu dulu!"

Mata Ameenudin terbeliak disaat melihat apa yang terjadi di depan matanya. Riena yang masih berseragam sekolah itu terbaring telentang sambil tangannya membuat halangan bagaikan mengelak dirinya dipukul dengan getah paip yang dipegang Syed Mahmud.

"Encik Mahmud! Hentikannya!" Tegas suara Ameenudin menghentikan aksi itu. Tiga mereka terkejut saat melihat gerangan manusia itu terutama sekali Riena.  Dibelakang Ameenudin dia lihat Rayyan yang sedang merapatkan kedua tangannya bagaikan memohon maaf.

"Kau siapa? Apa yang kau buat dekat rumah aku?" Tanya Syed Mahmud kasar pada Ameenudin.

"Saya Ameenudin. Saya pengetua sekolah  Ar-Rayyan dan Sharifah. Saya datang ke sini untuk jumpa penjaga Sharifah dan Ar-Rayyan. Tapi lepas saya lihat apa yang terjadi tadi, saya faham kenapa Sharifah dan Ar-Rayyan ni sangat berahsia dengan kami pihak sekolah." Jelas Ameenudin.

"Daddy, sebenarnya apa yang daddy lihat tadi tu salah faham. Pakcik cuma....,"

"Kamu jangan nak menipu saya lagi Sharifah. Saya nampak semuanya. Bukan cara begitu untuk mendidik anak. Itu namanya dera! Permohonan kamu saya telah luluskan dan kamu boleh berpindah ke asrama sekarang." Katanya tegas tanpa sempat Riena menghabiskan ayatnya. Tangan Riena dicapai lalu terus dibawa keluar dari rumah.

"Kamu juga Ar-Rayyan!" Kata Ameenudin. Rayyan hanya akur dan terus mengekori mereka berdua masuk ke dalam perut kereta terus saja meninggalkan rumah itu.

"Sharifah, mulai hari ni kamu tinggal je dekat asrama. Daddy akan bincang dengan pengurus asrama tentang kamu berdua. Jangan risau ye, daddy akan uruskan masalah kamu berdua ni secepat mungkin."

Setelah itu, suasana senyap sunyi. Hanya kedengaran bunyi radio yang menghiasi suasana. Riena dan Rayyan yang duduk di kerusi belakang saling berpegangan tangan. Mata mereka merenung keluar tingkap. Riena yang sedang asyik memandang ke luar tingkap itu tanpa sedar menitiskan air matanya.

Akhirnya dia bebas dari neraka dunia itu.

Dunia yang sudah lama dia ingin tinggalkan.




Bersambung....

StrengthWhere stories live. Discover now