Bab 15

3 0 0
                                    

Riena menyedut oksigen yang terkandung di dalam inhaler oren yang berada dalam genggamannya itu. Dikala dia merasakan bahawa nafasnya masih sempit, dia menggoncang botol inhale itu dan menyedut oksigennya lagi. Setelah dia merasakan nafasnya sudah lega,barulah dia menyimpan alat inhaler itu ke dalam poket seluar slack hitam yang dia pakai. 

"Riena, dua pesanan ni sudah siap. Bolehlah hantar segera. Mereka mahukannya dalam kadar segera." Kata pemilik kedai makanan segera kepada Riena. Riena menyemak kembali pesanan di dalam telefon pintarnya yang dia perolehi secara percuma dari syarikat penghantaran makanan. 

"Baiklah. Saya hantar sekarang." Beritahu Riena kepada pemilik itu lalu mengambil dua bungkusan makanan lalu dibawa keluar dari kedai. Dia masukkan dua bungkusan itu ke dalam sebuah beg besar yang terikat rapi dibahagian belakang motosikalnya. Motosikal ini dia hanya gunakan sebagai sewaan oleh syarikat penghantaran makanan dan setiap minggu duit gajinya pasti akan ditolak 20% untuk jumlah keseluruhan kos sewaan motosikal dan kos selenggaraan motosikal itu.

Motosikal yang hanya menjana tenaga menggunakan kuasa solar itu meluncur laju di atas jalan raya yang kelihatan agak sibuk tengah hari itu. Maklumlah bila dia terpaksa menghantar pesanan pada waktu tengah hari, trafik akan menjadi agak perlahan disebabkan ramai pekerja pejabat dan juga penjawat awam yang lain sedang keluar untuk mencari restoran yang sesuai untuk makan tengah hari.

Riena menghentikan motosikalnya di ruangan parking yang disediakan khas untuk pancuan dua roda. Kepalanya mendongak ke atas memandang nama banggunan yang tersergam indah itu. 

SMZ Engineer Interprise

Bibirnya mengukir senyuman sebaik saja membaca nama syarikat elektronik dan syarikat kejuruteraan yang paling terbaik di bandar Cybertron. Masakan Riena tidak tahu produk keluaran syarikat ini memang yang paling bagus dan sangat boleh dipercayai. Sudah tentu Riena juga merupakan salah seorang penggemar alatan elektronik dan teknologi dibawah keluaran syarikat ini. Salah satu kegemaran Riena adalah produk dengan jenama 'MDaughter'.

"Dulu, aku jadikan syarikat ni sebagai pembangkit semangat aku untuk jadi seorang jurutera berkerbolehan supaya satu hari nanti aku dapat kerja di bawah syarikat ini dan keluarkan produk atas nama sendiri." Bicara Riena sendiri. 

"Tapi sekarang....impian dan kejayaan Rayyan adalah keutamaan aku." Sambungnya lagi lalu terus saja melangkahkan kakinya masuk ke dalam syarikat itu bersama dengan dua bungkus makanan yang telah dipesan.

***************

Riena asyik mengira duit gaji yang telah dia peroleh minggu ini. Disaat duit itu sudah diagihkan ke arah kelangsungan hidup yang lebih penting, matanya memandang ke arah dua keping not hijau yang ada ditangannya ini.  Helaan nafas dihembus lalu terus saja dia bersandarkan diri di dinding sambil otaknya ligat berfikir.

"Aku dah janji dengan Rayyan minggu ni nak bawa dia keluar. Janji tetap janji dan mesti ditunaikan. Tapi.....macam mana aku nak buat ayat supaya dia tak syak apa-apa?" Tanyanya pada diri sendiri. Dia mendesis kecil sambil berpeluk tubuh. Rambutnya terikat itu dibiarkan lepas. 

"Ah! Esoklah fikir. Lagi pun aku ada empat hari lagi nak jumpa Rayyan. Tapi Rayyan tu senang kena tipu. Dia tak akan sedar bahawa aku ni dah tak sambung belajar." Kata Riena sendiri. Dari posisi duduk ,dia berubah kepada berbaring dan memandang syiling bilik sewanya ini. Lama kelamaan,matanya semakin memberat dan akhirnya dia hanyut ke dunia mimpi.

"Kakak,kakak tak ada sorok apa-apa pun daripada adik kan?" Tanya Rayyan sambil tangannya menyuap burger butter chiken yang dibelikan oleh Riena sebentar tadi. Sebenarnya dia tidak mahu burger butter chiken ini,tapi disebabkan kakak kesayangannya yang belanja dan memang  Riena sangat ingin makan burger butter chiken itu,dia turutkan juga.

Riena hanya mengangguk sambil mulutnya masih asyik mengunyah burger butter chicken itu. "Study kakak? Okey?"

"Okey je. Banyak program yang melibatkan kelab. Hehehe terasa macam kembali ke zaman sekolah pula." Jawab Riena setelah dia menghabiskan burger butter chicken miliknya. Dia menyapu mulutnya dengan menggunakan tisu.

"Adik! Apa ni. Kakak faham yang burger tu sedap. Tapi jangan makan comot. Dah tak handsome muka adik kakak ni." Tegur Riena sambil membersihkan kesan comot di muka adiknya dengan tisu.

Rayyan hanya tersengih mendengar bebelan lembut kakaknya. Biasalah tu perempuan. Kalau Riena tidak membebel, Rayyan pula yang akan rasa lain.

"Asma kakak?"

"Okey je. Buat masa sekarang ni, appoiment untuk tukar botol inhaler tu setiap dua minggu sekali."

"Dua minggu sekali? Kerap betul kakak kena tukar botol." Terkejut Rayyan mendengar penjelasan kakaknya. Riena merenung Riena dengan pandangan kosong.

"Kakak kan dah 21 tahun. Doktor dah cakap dulu, bila usia makin meningkat asma akan semakin kerap menyerang berpandukan kepada aktiviti harian yang kita lakukan sepanjang hari." Jelas Riena. Mendengarkan itu, Rayyan mendecit kecil.

Riena tersenyum manis. Dia menepuk bahu adiknya lembut. "Kakak doakan yang terbaik untuk adik peperiksaan akhir ni. Nanti boleh belajar dekat oversea. Nanti jadi doktor lepasan luar negara dan rawat asma kakak." Kata Riena memberi semangat.

Rayyan hanya mengangguk akur. Riena menoleh ke arah jam tangannya. "Jom. Dah pukul 5 ni. Nanti tersangkut jem, lambat adik sampai asrama." Kata Riena lalu dia bangkit dari duduknya dan berjalan ke luar restoran diikuti oleh Rayyan. Disaat itu, dia menyeluk saku seluar slacknya dan dihulur ke arah Rayyan.

"Apa ni?"

"Ambil jelah. Buat belanja." Kata Riena. Rayyan memandang tangan halus Riena. Sekeping not hijau dilihat lama.

"Tak apalah kakak. Duit adik ada lagi."

"Ambil aje. Kakak ni bukan selalu boleh keluar macam ni. Nanti bila adik cakap tak ada duit, macam mana kakak nak kirim?" Rayyan mengambil juga duit itu. Hakikatnya duit biasiswanya masih ada.

"Terima kasih kakak."

"Adik tanggungjawab kakak. Jangan cakap apa-apa lagi." Kata Riena.

Rayyan hanya memerhati motosikal Riena yang meluncur pergi keluar dari kawasan sekolah. Bibirnya menguntum senyum.

"Adik sayang kakak."

StrengthWhere stories live. Discover now