Bab 8

2 1 0
                                    

Seminggu kemudian.....

"Tahniah kepada kamu semua kerana telah berjaya menamatkan program orientasi pelajar baru ini dengan jayanya." Ucap Riena pada majlis penutupan program oreintasi pelajar tingkatan 1.

"Akak sebagai wakil dari penyelaras program ingin memohon maaf sekiranya sepanjang kami menyelaraskan program orientasi ini,kami ada menyinggung perasaan adik-adik semua." Sambungnya lagi. Setelah itu dia menanggalkan mikrofon yang tersangkut di kot maroonnya dan berjalan keluar dari dewan.

Sebaik saja dia berjalan keluar,murid-murid lain juga turut berpusu-pusu berjalan keluar dari dewan dan berjalan ke pondok. Rayyan terus saja berlari keluar dari dewan mencari kakaknya.

"Kakak!" Panggilnya disaat melihat Riena yang sedang memerhati sesuatu di sebuah lorong. Riena memandang ke arah punca suara dan terlihat bahawa adiknya,Rayyan.

"Kenapa kakak yang pilihkan untuk adik?" Tanya Rayyan. Riena berkerut keningnya disebalik Pelitup mukanya.

"Pilih apa?"

"Kenapa kakak sengaja buat seperti adik yang memilih untuk sertai badan uniform apa, kelab dan persatuan apa, sukan permainan apa dan runah sukan apa, sedangkan kakak sendiri dah tentukan aoa yang perlu adik sertai." Riena hanya tersenyum sambil membetulkan cermin mata bulatnya.

"Adik tak suka dengan Persatuan bulan sabit merah? Adik tak suka dengan Persatuan Matematik dan Sains? Adik tak suka bola baling? Adik tak suka rumah hijau?" Riena menduga. Rayyan menghela nafas panjang. Dia juga turut membetulkan cermin mata bulatnya juga.

"Bukan adik tak suka. Tapi adik just tertanya. Kenapa kakak yang tentukan dan tak beri adik peluang untuk pilih sendiri." Riena memandang Rayyan sambil berpeluk tubuh.

"Sebab kesemua itu sesuai dengan adik." Balas Riena pendek. Rayyan sekali lagi menghela nafas. Riena tersenyum penuh makna. Dia melihat ke arah salah satu pameran yang terdapat dalam lorong itu.

"Adik, cuba tengok sana." Panggil Riena. Rayyan terus saja memandang ke arah yang ditunjuk oleh Riena. Matanya terbuntang dikala melihat paparan dalam lorong itu.

JOHAN PERTANDINGAN BOLA BALING PERINGKAT KEBANGSAAN.

Disamping trofil yang tersergam indah itu terdapat sebuah lagi trofi yang bersaiz kecil. KAPTEN PASUKAN TERBAIK KEBANGSAAN. Dibawah trofi itu tertulis nama seseorang.

Sharifah Nur Syariena Bimti Syed Mokhtar Zain.

"Kakak tak takut ke yang asma kakak makin teruk?" Rayyan menyoal dikala dia melihat dari pameran itu bahawa Riena terlalu aktif disekolah. Riena dengan selambanya menggeleng kepala.

"Buat apa kakak nak takut? Kakak kan ada adik yang boleh sembuhkan kakak. Walaupun penyakit asma ni tak boleh disembuhkan sepenuhnya, tapi kakak percaya bahawa adik akan cari jalan untuk kawal asma kakak ni." Riena mengusap rambit Rayyan lembut. Tinggi Rayyan hanya separas bahu Riena saja ketika itu.

Maklumlah disaat Rayyan berusia 13 tahun, tingginya baru 152cm sedangkan Riena sudah 156cm.

"Sampai tiba saat tu, kakak akan tunggu. Dengan sabar." Sambung Riena sambil berlaku pergi meninggalkan Rayyan disitu.

"Oh,kakak hampir terlupa nak bagitahu adik." Riena menghentikan langkahnya dan kembali menoleh ke arah Rayyan. Dia tersenyum manis.

StrengthWhere stories live. Discover now