Bab 13

2 1 0
                                    

Rayyan asyik memerhati Riena yang sedang mengemas lokar ya dari luar dorm khas. Kenapa namanya form khas? Itu merupakan dorm bagi exco asrama. Dan....Riena sebagai naib pengerusi perbadanan pelajar secara automatik dilantik menjadi ketua untuk setiap exco di asrama itu.

"Kenapa berdiri tercegat dekat situ? Marilah masuk dalam ni duduk dengan kakak." Kata Riena mempelawa Rayyan masuk ke dalam dorm itu. Dengan keadaan ragu, Rayyan melangkah masuk ke dalam dorm itu dan duduk diatas katil Riena.

Mata Rayyan melilau memerhati sekitar dorm yang diduduki oleh kakaknya ini. Memang setiap exco di sekolah ini diberikan bilik peribadi yang cukup lengkap dengan segala kelengkapan yang tidak perlu dikongsi dengan pelajar lain.

Istimewa!

Rayyan mengalihkan pandangan ke arah Riena yang masih mengemas poketnya. Hanya belakang tubuh kakaknya yang dapat dilihat ketika ini. Rambut coklat semula jadi Riena yang panjang seperas pinggang itu dibiarkan lepas ketika ini. Dari belakang pun dah cantik, apa lagi kalau lihat depan-depan.

"Kakak, adik....,"

"Terima kasih adik."

Rayyan terdiam mendengar ucapan Riena. "Terima kasih kerana balik hari ni dan balik dengan daddy. Kalau adik dan daddy tak datang tadi, kakak rasa....," Riena mengetap bibirnya. Tangannya menggenggam erat seluar track yang sedang dia pakai itu.

"....kakak rasa mesti kakak dah mati tadi." Bajunya terasa ditarik. Tapi tarikan itu lembut saja. Seketika kemudian, belakangnya memberat. Rayyan sedang menerkup kepalanya dibelakang Riena sambil menangis.

"Adik....adik bersyukur kakak dah selamat. Kakak dah selamat sekarang. Kita dah tak perlu nak hadap pakcik dan makcik lagi. Kakak tak perlu hadap semua tu lagi." Kata Rayyan. Riena tersenyum. Tangannya mengusap kepala Rayyan yang berada dibelakangnya.

"Biar kita berdua susah dan senang bersama adik."

******

"Riena!!!" Dyna terus meluru ke arah Riena semasa dia melihat susuk Riena di dalam bilik prep.

"Bila kau masuk asrama wei? Kenapa tak beritahu aku?" Tanya Dyna sebaik saja mereka melepaskan pelukan.

"Nah, kalau aku beritahu kau, habis kecoh satu aspuri. Silap-silap sampai ke aspura dan satu sekolah boleh tahu yang aku ni masuk asrama." Balas Riena.

"Jadi....macam mana dengan pakcik dan makcik kau." Tanya Dyna. Riena hanya mengangkat bahunya tanda tidak tahu.

"Kakak!" Riena dan Dyna sama menoleh ke arah punca suara. Terlihat Rayyan yang sedang berjalan ke arah mereka menghampiri mereka.

"Boleh tolong tak? Susah betullah soalan Add Math ni. Adik dan Tyra dah puas fikir jalan penyelesaiannya." Tanya Rayyan sambil menunjukkan buku latihannya kepada Riena. Tyra yang melihat Riena dalam bilik prep itu terkejut.

"Kak Riena bila masuk asrama?" Tanya Tyra pada Riena.

"Petang tadi." Jawab Riena sambil tersenyum. Dyna yang melihat Tyra yang bermesra dengan Tyra bagaikan sudah lama kenal menegur.

"Kejap! Kalau tak salah....kau ni...Nur Atyrah tu kan? Budak Sains 1? Kelab bola baling?" Tanya Dyna. Tyra hanya mengangguk mengiyakan.

"Macam mana kau boleh rapat dengan Riena?" Tanyanya lagi ingin bermesra.

"Saya kawan baik Rayyan dari kecil lagi. Selalu pergi rumah Kak Riena dan Rayyan untuk belajar. Dekat situ saya rapat dengan Kak Riena." Mendengar jawapan itu, terus saja Dyna tersenyum penuh erti pada Rayyan. Rayyan yang memahami makna senyuman Dyna terus menyampuk.

StrengthWhere stories live. Discover now