Bab 24

20 0 0
                                    

Dyna dan Tyra dalam perjalanan menghantar si triplet ke sekolah. Seperti yang pernah dijanjikan kepada Riena, mereka tidak akan membiarkan triplet kesayangan Riena ponteng sekolah.

Triplet ini terus keluar sebaik saja kereta Dyna berhenti betul-betul dihadapan sekolah mereka. Ketika itu, Tyra dan Dyna juga turut keluar dari perut kereta.

"Ibu, mummy. Mama akan selamatkan?" Soalan yang keluar dari mulut Rayhan itu mengentapkan dua perempuan ini. Dyna terus tersenyum dan mengusap kedua pipi Rayhan.

"Tentulah. Mama korang tu kan super mother. Mama kan kuat. Mama akan selamat dan balik." Triplet ini hanya mengangguk. Raut wajah mereka kekal sedih.

"Kalau mama tinggalkan kami, kami nak tinggal dengan siapa?" Soalan dari Rushdy membuatkan mereka hilang kata-kata. Dyna dan Tyra saling berpandangan.

Mereka tahu, antara ketiga-tiga kembar ini Rushdy; atau lebih selesa disapa sebagai Rudy ini merupakan anak paling rapat dengan Riena berbanding kedua abang kembarnya. Pasti dia yang paling takut membayangkan kehilangan Riena.

Tyra melutut menyamai ketinggiannya dengan kembar tiga ini. Tangan kecil Rushdy dipegang. Perlahan-lahan ditarik ke dalam pelukan. Dia memandang ke arah Rayhan dan Rashdan. Sekadar tersenyum, mereka terus mendapatkan pelukan Tyra.

"Mama tu kuat. Mama sentiasa kuat. Mummy percaya, mama tak akan tinggalkan kamu bertiga.  Kamu bertiga juga kena yakin yang mama akan sedar dan sihat cepat." Pelukan terlerai. Menyeluk tangan ke dalam poket seluarnya lalu dihulurkan duit belanja ke tangan Rayhan.

"Ini duit belanja sekolah dari mummy. Rayhan kena kongsi dengan Rashdan dan Rushdy. Jangan degil-degil, okey." Tyra memesan lagi. Tiga budak ini hanya mengangguk. Sebaik saja mereka melangkah masuk ke dalam kawasan sekolah, mereka menoleh dan masih terlihat Dyna dan Tyra berdiri di sana. Tangan melambai ke arah mereka berdua.

"Sekarang, kita nak ke mana?" soal Dyna sebaik saja mereka berdua telah masuk ke perut kereta. Tyra yang sedang memakai tali pinggang keselamatan memandang Dyna.

"Kalau kita pergi dekat Kak Riena, boleh?"

"Boleh juga. Hari ni pun aku off kerja. Macam mana dengan kau?"

"Aku ambil EL seminggu. Atas alasan nak jaga budak bertiga tu. Nanti bila Kak Riena dah sihat semula, baru saya masuk kerja semula." Dyna tersenyum mendengar kata-kata Tyra tadi. Dia pun memandu kereta menuju ke hospital.

*******

Rayyan merebahkan dirinya atas katil. Bilik rehat kakitangan hospital ini menjadi tempat dia berehat sebentar memandangkan ini adalah peluang yang dia miliki setelah lebih 12 jam bekerja. Dia juga diminta mengantikan salah seorang doktor sesi malam. Hanya ini saja peluang untuknya berehat.

"Emergency! patients on ventilators face lung pressure! Immediate treatment is required!" Bunyi siren kecemasan dan desas-desus pegawai kesihatan menyebabkan tidur Rayyan sedikit terganggu. Dengan rasa malas, dia bangun dari baringan dan keluar dari bilik rehat.

Mata Rayyan yang kuyu terus saja segar melihat ramai doktor yang mengerumuni katil seseorang. Dia mengenali pesakit yang berada di katil itu.

Riena!

Terus saja Rayyan berlari menghampiri semua pegawai-pegawai perubatan itu dan terus memeriksanya. "Ini pesakit keu ke, Ray?"

"Bukan. Tapi dia bakal jadi pesakit aku. Dia ada masalah paru-paru dan salur pernafasan yang tersumbat. Hantar dia ke wad kecemasan." jawab Rayyan sambil mengarahkan jururawat melakukan kerja mereka.

Rayyan memandang Riena yang tidak sedarkan diri itu. Walaupun adik tak suka anak-anak kembar kakak, adik tak akan biarkan kakak mati. Adik masih perlukan kakak lagi.


Bersambung....

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 22, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

StrengthWhere stories live. Discover now