Bab 9

2 0 0
                                    

Shut!

"Wah, bagus sekali balimgan kamu tu. Kencang." Puji Sir Celvin kepada Rayyan. Dia merupakan guru yang berasal daripada luar negara. Dia memang dibayar oleh pihak sekolah hanya untuk melatih dan menubuhkan pasukan bola baling JICI bagi pelajar lelaki dan pelajar perempuan.

"Sir, apa kata kalau petang ni kita adakan perlawanan persahabatan antara pasukan lelaki dan pasukan perempuan." Cadang Amirul. Dia merupakan kapten pasukan bola baling lelaki.

Sir Celvin hanya tertawa kecil. "Kamu serius nak lawan pasukan perempuan?" Amirul hanya mengangguk yakin. Seluruh pasukannya yang terdiri 12 orang termasuk dirinya itu. Sir Celvin hanya menghela nafas panjang.

"Lagi pun, kita memang tengah nak cari pelapis untuk team lelaki. Disebabkan ramai bekas team kita yang dah habis sekolah." Ujar Arif,salah seorang ahli pasukan bola baling sekolah.

"Baiklah. Kalau kamu yakin saya akan aturkan perlawanan persahabatan itu." Pasrah Sir Celvin.

********

Ting!

Riena mencapai tin minunan yang baru saja keluar dari mesin automatik itu. Empat kesemuanya. Satu diberikan kepada Dyna, satu diserahkan kepada Tyra dan satu lagi diberikan kepada Rayyan. Satu lagi tin yang ada padanya dibuka lalu diteguk.

"Kau sure ke terima ajakan team lelaki untuk main? Tak nak tarik diri ke?" Duga Dyna sambil dia berusaha membuka penutup tim minuman itu. Pop! Akhirnya terbuka lalu terus diteguknya.

"Yup. Aku terima ajakan diorang. Lagi pun just perlawanan persahabatan je. Tak salah kalau team kita terima ajakan diorang sesekali." Balas Riena.

"Tapi kau kena faham, diorang tu ramai pemain baru. Yang senoir pun cuma Mirul dan Afiq je. Yang lain tu semuanya pemain baru termasuk si Rayyan ni." Kata Dyna lagi.

"Kita pun lebih kurang je. Kita pun ramai ahli baru. Sebab tak ramai yang minat main bola baling walaupun diorang ahli kelab bola baling. Senior dalam kalangan team kita hanya kita berdua je. Yang lagi 10 orang tu semua ahli baru terkasuk Tyra." Balas Riena.

"Dan....Sir Celvin sendiri yang akan jadi pengadil. Jadi boleh je kalau nak main dengan team lelaki. Lagi pun MSSD dah nak dekat. Boleh jadikan sebagai latihan." Sambung Riena lagi. Dyna hanya mengangguk.

Dimasa yang sama Rayyan sempat berbisik ke telinga Tyra yang duduk bersandar di dinding mendengar perbualan dua orang seniornya itu.

"Tyra,Tyra main petang nanti?"

"Mestilah main. Rayyan pula?"

"Samalah kena main. Sebab Rayyan pemain baru. Jadi senior-senior semua nak tengok macam mana Rayyan main." Perbualan mereka terhenti dikala merasakan bahawa mereka sedang diperhati.

Rayyan dan Tyra hanya tersengih saat melihat Riena dan Dyna yang sedang memerhati mereka.   Mujurlah mereka tidakendemgar perbualan mereka berdua ini.

"Kakak? Apa posisi kakak dalam team bola baling selain kapten?" Tanya Rayyan. Dyna memeluk tubuhnya. Bola mata diputar tanda menyampah dengan soalan itu.

"Kalau kau nak tahu, kakak kau ni semua posisi dia pernah main termasuk keeper. Sejak dari form 1 lagi Riena ni memang dah main bola baling. Jadi kalau kau bagi dia main setiap posisi pun dia boleh main. Tapi sekarang, dia kekal sebagai striker."

StrengthWhere stories live. Discover now