Bab 14

3 0 0
                                    

Masa semakin berlalu. Riena sudah boleh menjalani kehidupan amannya di asrama selama setahun setengah ini denga sangat baik. Walaupun luka akibat daripada dipukul itu meninggalkan parut kekal dibelakang tubuhnya yang akan menjadikan kenangan terburuk dalam hidupnya.

Tapi.....tidak mengapa kerana Riena sudah mendapat pemulihan terbaik untuk mentalnya.

Pemulihan yang sangat terbaik.

Semakin waktu berlalu, semakin itu juga usia berlalu seiring dengan perjalanan waktu. Akhirnya Riena dan Dyna berjaya menamatkan zaman persekolahan mereka dengan sangat baik sekali.

Mereka mendapat keputusan yang sangat cemerlang dan menjadi pelajar cemerlang Ujian Penilaian Akhir Persekolahan (UPAP) dengan pointer CGPA 4.0. Sekali gus melayakkan mereka untuk menyambung pengajian mereka diperingkat yang lebih tinggi dimana-mana saja universiti di dalam negara atau di luar negara dengan tajaan penuh sepanjang tempoh mengajian.

"Sekarang, kita dah habis sekolah. Apa plan kau lepas ni?" Tanya Dyna disaat mereka sedang melepak di pondok kawasan sekolah selepas selesai menghadiri acara Hari Anugerah Cemerlang Pelajar.

Riena memandang langit lalu mendepakan tangannya kehadapan bagaikan mahu mencapai langit biru itu. Setelah itu dia kembali menurunkan tangannya kebawah.

"Aku nak kerja." Dyna terkejut mendengar kata-kata sahabatnya itu. Secara spomtan, bahu gadis lemah lembut itu ditamparnya.

"Kau ni...karang kalau aku cakap kau bengap, kau marah. Result kau cemerlang gila kot. Kalau kau aply mana-mana uni, aku yakin mesti dapat. Kalau kau kerja, apa guna dengan dengan result kau yang cemerlang tu?" Bebel Dyna.

"Cuba kau bayangkan kalau kau ada di situasi aku Dyna. Aku anak sulung keluarga. Segala tanggungjawab aku kena pegang. Aku dan Rayyan tak kenal mana-mana sedara-mara kita orang kecuali pakcik dan makcik. Dia baru form 2. Kalau kau jadi aku apa yang aku akan buat?" Riena menduga Dyna.

Dyna meneguk liur mendengar kata-kata Riena tadi. Payah untuk dia berikan jawapan lalu msmutuskan untuk berdiam diri walaupun dia tahu apa yang Riena akan fikirkan.

"Aku tak nak jadi selfish. Disebabkan aku nak kejar cita-cita aku jadi jurutera, aku abaikan tanggungjawab hakiki aku pada Rayyan. Hanya aku saja yang dia ada dalam dunia ni dan....."

".....hanya dia saja yang aku ada. Mestilah aku sebagai kakak ni nak tengok adik aku berjaya." Riena menoleh ke arah Dyna sambil tersenyum.

"Kalau kau putuskan untuk kerja, kerja apa yang akan kau buat?" Tanya Dyna lagi. Sejujurnya, dia memang kasar perwatakannya. Malahan pula dia seorang yang agak panas baran. Akan tetapi, entah kenapa bila bersama dan bersahabat dengan Riena, dia lebih mudah untuk kawal barannya. Perkara yang penting, dia sangat prihatin kepada Riena.

"Soal tu aku tak boleh jawab lagi. Aku kena cadi dulu jawatan kosong. Memandangkan sekarang aku dah ada lesen memandu kereta dan motor atas bantuan daddy yang sanggup jadi penjaga aku masa aku ambil lesen tahun lepas. Aku rasa mudah untuk aku cari kerja nanti." Kata Riena.

Dyna hanya menghela nafas mendengar kata-kata sahabatnya ini. Riena memandang ke arah Dyna yang masih memasang wajah tidak puas hati dengan keputusannya untuk berhenti belajar dan ingin pergi ke dunia pekerjaan. Riena tertawa kecil lalu mencuit bahu Dyna. 

"Kau asyik tanya aku,kau pula apa plan kau lepas ni?" 

"Aku nak kerja jugalah. Macam kau." Kata-kata itu mendapat tamparan hebat daripada Riena dibahu Dyna. Rasanya memang sedap! Maklumlah,pemain bola baling kebangsaan yang tampar. Impak dari tamparan itu sehingga menyebabkan Dyna berdesis kecil lalu menyapu bahunya yang ditampar Riena tadi.

"Sakit gila kau tampar aku." Ujar Dyna mengaduh.

"Tahu sakit. Buat keputusan mengarut lagi. Kalau kau kerja, macam mana dengan keluarga kau? Janji kau pada ayah ibu kau siapa nak tunaikan? Kau janji nak ubah nasib keluarga kan? Jadi buktikan yang kau boleh." Kata Riena memberi semangat.

"Tapi....aku rasa lainlah kalau aku sorang je yang berjaya. Aku nak tengok kau juga berjaya. Kita kan dah janji kita akan jadi engineer sama-sama." Ujar Dyna. Riena menepuk bahu sahabatnya yang dulu merupakan musuhnya itu.

"Tak apa. Kau jangan risaukan aku. Kalau rezeki aku bukan pada engineer, aku ada kau sebagai sahabat aku. Kau juga boleh tunaikan impian aku kan?" Dyna memandang Riena yang sedang tersenyum itu. Perlahan-lahan dia turut membalas senyuman Riena walaupun hatinya memberontak dengan keputusan akhir Riena.

"Walaupun kau putuskan untuk kerja, kau kena janji dengan aku satu benda."

"Apa tu?"

"Janji yang kau tak akan berhenti belajar." Riena tersengih lucu dengan syarat Dyna.

"Aku tak akan pernah berhenti belajar. Aku akan belajar sampai aku mati." Balas Riena. Mereka berdua bergelak tawa bersama.

"Jaga kesihatan kau tau, Riena. Aku tak nak dengar berita kau masuk hospital lagi sebab asma teruk." Pesan Dyna tegas.

"Ye,aku tahu. Kau ni dah macam Rayyan lah." Kata Riena.

"Well....aku ni kan dah jadi sebahagian dari keluarga kau dan Rayyan yang manja tu." Bangga,Dyna membalas. Balasan dia itu terasa lucu oleh mereka berdua sehingga keduanya ketawa besar dibuatnya.

*********

3 tahun kemudian.....

"Senior Rayyan, ini ada surat untuk senior." Kata seorang pengawas yang bertugas menjaga pintu pagar utama disaat dia melihat kelibat Rayyan yang berjalan menghampiri hanya untuk memastikan semua pengawas dibawah seliaannya menjalankan tugas dengan baik.

Ya, Rayyan merupakan presiden pemimpinan pelajar. Dia juga merupakan seorang ketua asrama. Rayyan banyak belajar menjadi pemimpin daripada kakaknya,Riena. Kini, selain dari Riena yang sudah tiga tahun menamatkan pengajiannya di sekolah itu, Rayyan boleh dikatakan sebagai 'kembar' Riena disebabkan ketegasan Rayyan memang mirip seperti Riena.

Rayyan terus mencapai huluran pelajar itu dan terus berlaku dari situ. Dia tidak tahu siapa pengirim surat ini kerana tiada nama pengirim. Akan tetapi, namanya yang ditulis menggunakan tulisan tangan itu membuatkan dia dengan mudah dapat mengecam siapa pengirimnya.

Adik sayang

Rayyan tersenyum sendiri. Siapa saja yang akan memanggil dan menggelarnya begitu selain dari kakaknya, Riena. Terus saja Rayyan membuka surat itu untuk membaca isi di dalamnya.

kehadapan adik kesayangan kakak,

Adik apa khabar? Kakak harap adik baik-baik saja bersama perasaan rindu pada kakak. Heheheh.......kakak cakap macam ni sebab kakak pun rindukan adik juga tau. Hujung minggu ni kakak datang melawat adik sebab kakak cuti midsem minggu ni. Kakak bawa adik jalan-jalan dekat bandar okey? Kalau adik teringin nak makan apa-apa, just request je. because you have a great sister who can fulfill all your wishes like an angelbecause you have a great sister who can fulfill all your wishes like an angel.

Awal bulan depan, adik cuti dua minggu kan? Nak balik cuti dengan kakak tak? Kakak nak tahu jawapan adik bila kita jumpa nanti okey? Kalau adik rasa nak cuti dekat rumah kawan, kakak okey je. Pilihan di tangan adik tau.  Jumpa hujung minggu ni.  Sayang adik kakak yang comel.

Yang Benar,

Kakakmu

Rayyan hanya tersenyum sambil membaca surat yang dikirimkan oleh Riena kepada dirinya. Adakalanya dia hanya mampu membaca dengan menahan tawa disebabkan ayat kakaknya yang baginya lucu.

kakak aku angel?

Rayyan menyimpan surat itu ke dalam poket baju kotnya lalu berjalan kembali ke dewan terbuka untuk meneruskan rutin hariannya sebagai pengawas dan ketua pelajar.

StrengthWhere stories live. Discover now