BAB 17

10 1 0
                                    

Riena membuka matanya yang terasa berat. Kepalanya terasa pening teramat sangat. Bilik yang dia sedang duduk ini terasa bahang akibat dari pancaran matahari yang masuk dari celah tingkap yang tertutup. Riena ingin bangun, tetapi dia merasakan seluruh tubuhnya sakit yang teramat. Terutama sekali dibahagian celah kangkangnya.  Dia berusaha mengingati apa yang telah terjadi semalam, tapi hampa kerana memorinya tidak memberi kerjasama yang baik.

"Kau dah bangun?"

Suara garau itu mengentapkan Riena. Segera dia melihat tubuhnya yang masih diselubungi selimut. Terkejut bukan kepalang saat dia melihat dirinya tanpa seurat benang. Terus dirinya terlalu disitu seolah digam.

Bunyi tawa dari lelaki yang telah meragut kehormatannya ini kedengaran begitu menyeramkan. Perasaan yang jauh lebih dahsyat berbanding dirinya berhadapan dengan Syed Mahmud.

"Kenapa? Kau terkejut? Hahahahhah! Puas aku Riena. Aku dah dapat apa yang aku nak dari kau.  Jadi sekarang, aku rasa tak perlu aku berkawan dengan kau lagi." Harraz membutang bajunya dan terus berlalu pergi dari bilik sewa Riena setelah selesai berpakaian kembali.

Riena menutup seluruh tubuhnya dengan selimut. Bibirnya digigit. Kedua tangannya mencengkam cadar pada tilam. Tanpa diminta, air matanya jatuh. Kawan yang dia percaya selama ini telah mengkhianatinya.

Bunyi deringan telefon dibiarkan. Tidak mahu dia ambil peduli siapa yang ingin menghubunginya ketika ini. Beberapa detik berlalu, pintu biliknya dikuak dari luar.

"Wei! Kau kenapa? Apa yang jadi dengan kau ni?" Mata Dyna membulat dikala melihat pakaian Riena yang tertaburan dilantai. Matanya teralih pada sebatang tubuh kecil yang masih berselubung selimut tidak jauh tempat dia berdiri.

Dyna terus berjalan menghampiri batang tubuh itu lalu dipeluknya. Tubuh Riena kaku. "Ni aku. Aku Dyna. Siapa yang buat semua ni dekat kawan baik aku ni?"

"Harraz."

"Harraz? Harraz budak kepala senget dan besar tu. Sanggup dia buat kau macam ni. Aku percaya dia, dia buat kau macam ni."

Amukan Dyna tatkala mendengar nama itu menjawab persoalannya. Dia sudah cukup mengerti apa yang telah terjadi pada sahabatnya ini.

"Sekarang ni, kau pergi mandi dulu. Bersihkan badan kau. Jangan risau bilik kau ni aku kemas." Dyna hanya mahu memujuk Riena. Meski pun dia bukan seorang yang arif bermain kata-kata pujukan, dia tidak sanggup melihat Riena terseksa lagi.

*******

Dyna memeluk tubuh Riena yang sedang menangis itu erat. Telefonnya dicapai bagi mendail nombor seseorang. Terus saja Riena menghalang perbuatan sahabtanya itu sambil menggeleng perlahan.

"Kau kenapa halang aku?"

"Jangan, Dyna. Aku tahu apa yang kau cuba buat. Aku merayu tolong jangan bagitahu Rayyan apa yang jadi pada aku."

"Kau ni bodoh ke? Kau dah kena rogol macam ni pun still nak rahsia dari Rayyan! Sepatutnya aku bantah keputusan kau nak kerja dulu. Kau patut sambung belajar sekarang. Sekarang, tengok apa dah jadi dekat kau?" Sebenarnya Dyna bukanlah marah pada Riena. Sebaliknya dia marah pada lelaki yang telah merosakkan Riena. Riena adalah manusia yang terlalu baik pernah dia kenali. Riena memegang erat tangan Dyna. Dia menghadiahkan sebuah senyuman manius pada Dyna.

"Aku bersyukur sangat jumpa kau. Aku bersyukur sangat kenal dan jadi kawan kau. Walaupun kau jenis kasar dan cakap lepas, tapi kau sangat baik. Terima kasih sebab sudi ada dengan aku susah dan senang." Entah kenapa, kata-kata Riena membuatkan Dyna terharu. Pantas dia memeluk tubuh kecil sahabatnya ini. 

"Kau bodoh, Riena. Aku ni bukan baik sangat pun. Sebab kau, aku cuba jadi baik sama macam kau. Kau selalu backup aku dulu. Aku sayang kau sampai bila-bila Riena."

"Aku sayang kau juga, Dyna. Jom kawan sampai bila-bila okey." Dyna hanya mengangguk. 

"Boleh aku bagitahu Rayyan?"

"Jangan mengada. Tolong aku jaga rahsia ni dari Rayyan. Nanti sampai masa yang sesuai, aku sendiri akan bagitahu dia."

Dyna terpaksa akur. Entah perangai degil siapalah yanmg si Riena ni ikut?  Pelik Dyna dibuatnya. Tidak dinafikanlah kenapa Adik Riena, Rayyan juga turut sama degil dan keras kepala. Tunjuk ajar dan didikan dari kakak dia rupanya.



Bersambung...

StrengthWhere stories live. Discover now