LxA 9🥀

194 13 0
                                    

"Yallah dikk."Wanita tadi terjerit kecil melihat aku seperti ini.

"Maafkan akak sebab susah kan adik tolong akak tadi."Suaranya jelas menunjukkan dia rasa serba-salah.

"Alah takpe kak,sikit je ni sapu ubat gamat ok lah tu."Memang sikit pun.

"Adik tahan sikit ye akak call ambulans jap."

Aku hanya lihat sahaja tingkah-laku wanita itu.Risau sangat aku mati kat sini ye.

"Ok akak dah call pihak kecemasan,maafkan akak lagi sebab akak adik kene tikam."Dapat aku lihat mata nya mula berair.

"Eh kak jangan nangis saya ok je ni,tak nazak lagi rasanya lagi pun jantan tu tikam tak dalam."Aku membuat andaian sendiri.

"Akak tetap rasa bersalah maafkan ye."Akhir nya gugur juga air mata wanita itu.

"Takpa kak saya ok,tapi akak tolong kata kat pihak hospital jangan call sesiapa ok, terutama keluarga saya."

"Tapi.."

"Pleasee kak jangan ok,kalau tak saya mati kat sini jugak,akak nak ke?."

"B..baiklah akak ikut cakap adik."

Aku sudah selamat sampai di hospital besar Kuala Lumpur tadi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Aku sudah selamat sampai di hospital besar Kuala Lumpur tadi.Masa di Pavilion tadi agak kecuh jugak suasana bila dapat tahu ada kes pertumpahan darah,nasib mereka tidak cam muka aku sebab aku sempat memakai mask dan topi.

Alhamdulillah doktor cakap tikaman yang terima aku tidak terlalu dalam dan tidak terlalu teruk,hanya dapat 5 buah jahit sahaja tapi cukup rasa sakit juga.

"Ini ubat untuk cik Lili gunakan nanti dan resit bayaran sekali."Jururawat di kaunter farmasi itu menghulurkan resit bayaran serta ubat-ubatan yang perlu aku gunakan nanti.

"Baiklah terima kasih."Selesai sahaja aku membuat bayaran dan mengambil ubat yang perlu aku guna,aku terus berlalu pergi dan menuju ke arah pintu keluar hospital ini.

Jap..rasa cam ada tertinggal sesuatu.

Tup..
Tup..
Tup..

"Aduh macam mana boleh lupa aku datang sini bukan dengan motor aku, macam mana nak balik ni."Rungut aku sendiri.

Terpaksa juga aku call Grab untuk mengambil aku disini.

Aku mengeluarkan iphone milikku dari beg tangan dan membuka aplikasi Grab, selesai sahaja semua aku menyimpan semula iphone ke dalam beg tangan.

Selang beberapa minit kemudian akhir nya datang juga perkhidmatan Grab yang akan membawa ku ke tempat motor milik aku berada.

"Pakcik tolong hantar saya ke Pavilion, tempat parking kenderaan."Aku memberi tahu tempat yang ingin aku tujukan kepada pemandu Grab.

OG| A True Love (Slow Update)Where stories live. Discover now