LxA 14🥀

187 14 0
                                    

Sampai sahaja aku di hadapan restoran yang abang keduaku beritahu tadi, aku terus memarkir kan motor kesayangan aku di petak khas yang di sediakan.

Aku memulakan langkah untuk masuk ke dalam restoran tersebut dan mencari dimana kelibat abang-abang ku.

"Mana mereka ni tak nampak pun."

"Adik sini sini."

Dengar sahaja suara yang aku kenal terus aku melilau mencari kelibat daripada punca suara tersebut.

Dapat aku lihat seorang lelaki melambaikan tangan nya ke arah aku, lihat sahaja kelibat itu aku terus menuju ke arah nya.

"Panjang umur kau dik lama kami tunggu tau. Ni abang Zeen dah oder makanan dan minuman untuk kau dah."

"Wahh baik doh kau bang, kau oder apa untuk aku."

"Aku oder Spaghetti Carbonara untuk kau dah dengan latte fav kau kan." Kata abang sulungku.

"Wah pandai-pandai." Puji ku pula.

"Eleh orang sebelah dia puji yang aku ni tak nak puji ke." Abang Ryan menayangkan wajah cemberut nya kepada kami berdua.

"Buat apa nak puji kau, kau tolong apa je." Balas ku selamba.

"Eh budak ni dah lah, Don't kecek with ana." Terus sahaja abang keduaku memasang mimik muka merajuknya tu.

Aku ketawa sahaja melihat muka nya seperti itu, macam mintak kene lempang aku tengok.

Setelah beberapa minit kami berbual akhir nya makanan yang kami tunggu telah pun tiba. Aku menghirup sedikit ais Latte milikku itu. Sedap.

Aku membaca doa dulu sebelum menjamah makanan tersebut.

"Sedap ke." Tanya abang keduaku.

"Sedap,abang nak ke?"

"Nak tapi kau suap."

"Mengada doh kau hempuk kang." Tanpa banyak bunyi aku terus menyuap makanan milikku ke abang keduaku.

"Abang Zeen nak juga ke?." Tanya ku kepada abang Razeen.

Dia mengangguk kecil, lihat sahaja dia sudah sedia membuka mulut aku terus menyuapkan Spaghetti Carbonara itu.

"Eleh sibuk je kau ni nak suruh adik aku suapkan."

"Suka hati aku lah jeles cakap."

Haa sudah gaduh pulak..

"Dah dah takyah gaduh aku tibai sorang-sorang jap lagi baru tau." Marah ku seperti mak-mak.

Kami menyambung makan semula sambil bertukar-tukar cerita.

                       •♪•♪•♪•♪•♪•♪•♪•

Andrey and geng sudah tiba di hadapan restoran yang mereka bakal makan sebentar nanti.

Mereka masuk ke dalam restoran tersebut dan mencari tempat duduk yang kosong. Mereka memilih tempat duduk yang hujung dan tidak ramai orang lalu lalang. Mungkin tempat ini lebih kepada privasi.

Datang sahaja waiter di tempat mereka, mereka mula memesan makanan dan minuman yang mereka inginkan.

"Ryu company dekat Itali ok ke?" Tanya Andrey pada Ryu Cleon.

"Bereh boh, semua prefect aku dengan Vien dah setel kan lahanat yang nak buat kacau kat company kita kat sana tu." Balas Ryu.

OG| A True Love (Slow Update)Où les histoires vivent. Découvrez maintenant