LxA 39🥀

149 12 0
                                    

"ARGHHH SIAL LAH."

Prangg..

Habis pecah berderai pasu bunga di atas meja kopi itu akibat di lempar oleh Adam Zayan. Dia marah akibat plan jahatnya hampir gagal bila diketahui oleh dua jejaka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur tadi. Ye dia mengekori bekas kekasih nya akibat terlampau obses. Obses kerana apa? Kerana dia tergila-gilakan harta bekas kekasih nya sahaja. Dahlah buaya nak obses dekat orang yang tak suka kau pahal.

FLASHBACK

"Kau nak pergi mana ni sayang. Nasib aku tau kau ada dekat lapangan terbang ni tau."

"Kenapa tak cakap kat abang dulu sebelum nak pergi mana-mana ni." Seperti orang gila Adam Zayan bercakap sendirian di lorong yang sunyi itu. Dia mengintip Liliana dari jauh. Setiap pergerakan gadis itu pasti dia akan tau.

"Yow wasup bro, intai apa tu?" Terperanjat Adam Zayan akibat ditegur oleh seorang lelaki di belakang nya. Dia menoleh ke belakang dan alangkah terkejutnya bila melihat sosok tubuh yang dia kenal.

Ryu Cleon dan Elvien Allen.

Dua jejaka yang menumbuknya dahulu. Macam mana mereka berdua tau yang aku ada dekat sini?

"Owh kau usya princess Liana kami eh. Ew gatal betul kau ni nak usya isteri orang, kau tak ada life ke nak usya isteri orang nyah." Tenang Ryu berkata tapi ayatnya cukup pedas.

"M.. macam mana korang tau yang-" Tidak sempat menghabiskan ayatnya, Elvien terlebih dahulu memotong percakapan Adam Zayan.

"Tak payah nak terkejut sangat lah. Apa kau ingat kami tak tau siapa yang langar Liana tadi? Kami taulah. Dari gaya kau jalan pun kami tau." Ujar Elvien tenang. Wajah kedua-dua jejaka itu sungguh dingin.

"Kami cuma nak ingatkan kau je, jangan sesekali setitik dalam seumur hidup kau pun nak kacau hubungan Liana dengan sahabat kami. Kalau kami tau kau kacau hubungan dorang, kami tak teragak-agak nak kerat kau."

"Kami akan jadi Mona Fandey untuk kau kalau kau kacau mereka. Kalau Mona Fandey kerat orang, kami pun tak teragak-agak nak kerat kau jadi dua puluh, Faham!" Tegas Elvien berkata dan selepas itu mereka berdua terus pergi dari kawasan itu.

END FLASHBACK

"Kau ingat aku takut dengan ancaman korang, tak semudah itu."

"Korang semua tunggu je nanti. Aku akan pastikan rumah tangga dorang berdua hancur nanti. MUAHAHAHA." Dengan itu, Adam Zayan gelak seperti orang gila sahaja. Kuat ketawanya hingga bergema didalam bangunan yang kosong itu.

Tepat pada pukul 11:00 am kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen, Istanbul. Kami datang ke sini dengan menaiki jet peribadi milik suamiku, Han's Andrey. Katanya mudah sikit dan boleh balik ikut sesuka hati nanti. Kami mengambil barang apa yang patut sebelum di bawa turun bersama. Ryu dan Elvien sudah hilang dari pandangan mata kami berdua.

"Turun slow-slow love, tinggi tangga PJ abang ni." Risau Andrey berkata, mana tak risaunya kalau gaya sang isteri turun macam nak terjun aje.

"Tak tinggi pun, cepatlah abang Adel dah lapar ni huhu." Balas Liliana tidak sabar. Tak sabar sebab nak makan je tulah siapa suruh tak nak makan kat dalam PJ laki sendiri tadi.

Andrey hanya tersenyum sambil menggeleng kepala sahaja. Dia mengengam tangan isterinya dan berjalan seiring sekali. Takut bini hilang lah maklum. Kerana isterinya sudah lapar mereka pun singgah makan dia restoran makanan segera Shushi King yang berada di dalam Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen, Istanbul itu, sebelum makan Andrey sempat menelefon dua ekor sahabat nya yang hilang dari rada. Hilang pergi mana pun tidak tau mereka berdua.

OG| A True Love (Slow Update)Where stories live. Discover now