LxA 30🥀

164 13 0
                                    

Han's Andrey baru sahaja menyiapkan tugasan nya. Dia mengeliat penat akibat duduk terlampau lama. Andrey menyusun fail-fail yang berselerak di atas meja itu. Usai sahaja siap mengemas dia ingin turun ke bawah untuk membasahkan tekak yang kering ini. Jam sudah menunjukkan pukul 1:30 pagi, pasti semua sudah tidur.

Dia keluar dari bilik itu dan ingin menuju ke arah lift, bila dia lalu di hadapan bilik tetamu tingkat tiga yang menempatkan Ryu dan Elvien duduk, dia mendengar lagu yang agak kuat dari bilik itu. Andrey tidak pedulikan nya tetapi bila mendengar suara gelak tawa seorang gadis yang dia kenal, terus pergerakkan nya terhenti. Dia mencuri dengar dan membuka sedikit daun pintu bilik itu.

"Ambik selimut ni Liana. Kita nak wat trend yang orang joget atas katil tu." Kata Ryu.

"Mula-mula I dulu joget pastu korang pula masuk tau." Liliana dan Elvien hanya menurut sahaja apa yang dikatakan oleh Ryu. Maklumlah Ryu ni kan kaki tiktok.

Terkejut Andrey bila gadis itu turut berada di dalam bilik ini. Andrey menahan geram bila gadis itu tidak mendengarkan arahan nya beberapa jam yang lepas. Dia memesan agar gadis itu tidur awal untuk esok harinya. Tetapi disebalik nya pula terjadi.

Andrey masih memerhati tingkah laku mereka, ingin sahaja Andrey menyerbu masuk bilik ini tapi dia mau lihat apa yang tiga manusia itu lakukan dulu. Andrey melihat Ryu meletakkan iphone nya pada meja dan mulakan sesi membuat tiktok nya itu. Dia melihat Ryu menggelek seperti cacing sahaja di atas katil itu. Liliana dan Elvien mula naik atas katil dan mengikuti pergerakan Ryu tadi.

"Fu**in' robitussin. I dont know why this sh*t got me lazy right now yeah." Nyanyi Ryu dan Elvien serentak, Liliana hanya ketawa sahaja.

"Can't do Percocets or Molly. I'm turning one, tryna live it up here right, right, right." Nyanyi mereka bertiga serentak. Jatuh tergolek mereka bila habis menyanyi dan bergema lah gelak tawa mereka didalam bilik itu.

BAMM...

Terhenjut bahu mereka kerana terkejut akibat pintu mereka dihempas kuat oleh Andrey. Mereka bertiga terus menelan air liur, Andrey yang menghempas pintu bilik itu wajahnya masih tenang. Walaupun hatinya sedikit geram. Ryu, Elvien dan Liliana menahan gerun bila panah mata Andrey menusuk kornea mata mereka.

"E..eh abe Rey, Abe Rey tak tido lagi ke. Dah..dah malam ni, bakal pengantin tak elok tidur lambat tau." Kata Ryu gagap. Dah lah dia dan Elvien buat kesilapan besar. Curi bakal isteri orang tanpa izin bakal cik suaminya.

"Puas?. Dah habis buat tiktok nya. Liana?" Tanpa nada Andrey bersuara. Panggilan Andrey pada gadis itu juga sudah berubah. Liliana yang mendengar nama panggilan nya berubah terus menundukkan kepala nya.

"Masuk bilik, sekarang." Tegas Andrey berkata. Tidak membantah Liliana hanya mengikuti sahaja.

"Aduu Rey, jangan lah marah sangat, esok dah nak kahwin kot tak kan nak garang lagi." Kata Elvien berani. Ryu mengangguk setuju.

Andrey menjeling mereka tajam sebelum keluar dari bilik itu. Pintu tidak ditutup biarkan mereka tutup sendiri. Andrey kemudian turun ke bawah semula untuk minum air. Lepas sahaja minum air dia terus naik ke atas semula. Masuk sahaja ke biliknya dia mengambil iphone miliknya dan membuka skrin layar tersebut. Nama Gadis itu dicari.

Dia mendail nombor telefon itu, tapi tidak di angkat. Sekali lagi di dail dan akhirnya diangkat juga oleh Liliana. Liliana bersuara dahulu sebelum Andrey.

"Ye kenapa call?." Tanya Liliana pelik, macam tak boleh nak cakap esok je.

"I'm sorry." Berkerut dahi licin Liliana bila mendengar permohonan maaf dari jejaka itu.

OG| A True Love (Slow Update)Where stories live. Discover now