LxA 29🥀

148 16 3
                                    

Sekarang kami tiba di kedai makan Pak Hamud ya habibi Hamud, tetiba tekak kami berempat rasa nak makan makanan melayu pula, kalau tak asik makanan barat je. Kami mengambil tempat dahulu sebelum seorang makcik datang menyapa kami untuk mengambil pesanan makanan.

"Ye, anak-anak semua ni nak makan apa." Tanya makcik itu sopan.

"Bagi saya nasi goreng kampung pedas, kalau boleh pedas betul-betul tau sampai nasi tu warna merah pun takpe, air saya nak teh o ais je." Kata ku.

"Saya nak nasi goreng ayam tambah telur mata tau, air nak Milo ais kaw." Pesan Ryu pula.

"Saya sama macam dia ni tadi makcik cuma air nak nescafe ais kaw." Kata Elvien pula.

"Ok, anak yang ni tak nak apa-apa ke?." Tanya makcik itu kepada Andrey.

Kami semua memandang Andrey.

"Nescafe panas, mee goreng."

"Ok baiklah." Makcik itu terus berlalu pergi ke arah dapur si tukang masak berada untuk menghantar pesanan kami tadi.

Aku memandang Andrey yang sedang bermain dengan iPhone miliknya, tidak tau apa yang dibelek-belek kan dari tadi, nak tengok muka aku pun tidak. Merajuk lagi ke dia ni, haih.

"An.. An marah kat Adel lagi ke?." Panggil aku lembut, sudah tiba masanya mengguna teknik yang dah lama ku pendam.

Tiada sebarang sahutan dari jejaka itu, yang ada hanya bunyi deruman enjin kenderaan yang lalu-lalang dan gelak tawa si Ryu dan Elvien. Aku cemberut kan muka. Susah beno nak pujuk dia ni.

"Ann.. Adel minta maaflah, Adel tak sengaja nak buat An marah tadi, sorry ok, kita kosong-kosong." Aku membuat kedua-dua tangan ku bulat.

Tiada juga apa-apa reaksi dari wajah jejaka dingin ini. Yang ada hanya lah aura dingin beku dia sahaja. Susahnya nak pujuk orang ais batu ni. Dan tidak lama kemudian datanglah pesanan yang kami pesan tadi. Dengan lafaz bismillah kami terus makan. Kecuali Han's Andrey, dia masih bermain telefon nya itu.

"Hm.. tak apalah kalau An tak nak maafkan Adel. Nanti kalau Apollo ambil Adel dari An jangan nangis." Pancing aku pada Andrey, bila melihat pandangan tajamnya ke arah aku, aku sudah tau dia pasti tidak suka bila disebut nama haiwan peliharaan ku itu.

"Hm." Hanya itu sahaja balasan dari Andrey.

"An maafkan Adel? An dah tak marah Adel ke?." Tanya ku teruja.

Hanya anggukan kepala dari Andrey sahaja, aku terus senyum lebar. See kan senang je nak pujuk, guna je nama Apollo pasti jalan punyalah.

"An dah tak boleh nak marah Adel lagi, kalau tak Apollo datang gigit An walaupun dia tak ada gigi, atau pun dia ambil Adel dari An, nak ke?." Saja aku kena kan dia. Terus tersedak Andrey bila mendengar nya.

"Woi woi, kau kenapa sial, nasib tak tersembur kau punya air tu." Marah Ryu pada Andrey.

Panik aku di buatnya bila melihat wajah Andrey merah menahan perit di tekak nya itu.

"An, An ok tak."

"O..ok ok. Sakit sikit." Katanya serak.

Aku menghulurkan ais kosong yang aku pesan baru sahaja tadi, Andrey menyambut nya dan meneguk rakus air itu. Terlihat wajah nya lega sedikit. Dan tetiba mata helang nya terus memandang aku tajam, ha sudah apa salah aku lagi ni.

"Tiada sesiapa boleh ambil kau dari aku, Apollo pun tak boleh, kau milik aku sorang je." Katanya dingin. Aku ketawa kecil bila melihat dia cemburu, dengan binatang pun nak cemburu.

OG| A True Love (Slow Update)Where stories live. Discover now