LxA 41🥀

175 11 0
                                    

"Aku lapar doh jom makan dulu."

"Jom aku pun lapar ni, Rey, Princessa jom cari restoran mana-mana. Kami lapar ni." Ujar Elvien sambil memegang perutnya yang berbunyi.

"Hmm."

Sekarang kami berada di Istiklal Caddesi atau Istiklal Street, tempat yang mana pelancong-pelancong asing memang wajib datang kerana mempunyai bangunan-bangunan yang elegan dan bergaya klasik, setiap bangunan ni mesti ada bermacam jenis gerai-gerai jualan seperti kafe, butik, kedai coklat, kedai roti, kedai buku dan bermacam lagi. Kalau nak aku listkan memang panjang.

Istiklal Street ni memang khas untuk pejalan kaki je, ada juga terdapat kereta api Trem Vintage berwarna merah, buat yang malas nak jalan boleh lah naik kereta api tu. Dan paling best dekat sini ialah pada waktu malam sebab kita dapat melihat lampu yang berwarna-warni di setiap penjuru bangunan saat kita berjalan. Harga-harga makanan dan barang-barang disini juga boleh tahan mahal. Tapi boleh je nak minta diskaun, pandai-pandai lah umpan.

"Abang nak makan apa?" Tanya Liliana lembut.

"Apa-apa je lah." Balas Han's Andrey dingin. Liliana sedikit terasa dengan sikap layanan suaminya dari semalam. Tapi dia diamkan sahaja.

Akhirnya mereka berempat memutuskan mencari mana-mana restoran untuk mengisi perut mereka. Jumpa sahaja sebuah restoran yang agak ramai pengunjungnya kami pun terus menuju ke arah restoran itu. Nampak dari segi keramaian manusia mesti terkenal kan restoran ni.

"Wehh dari luar aku dah dapat bau makanan dia doh, jom aku dah lapar ni." Kata Ryu yang tidak tau menyabar itu.

Lepas sahaja dari keramaian manusia mereka terus mengambil tempat yang kosong. Sedang menunggu orang mengambil pesanan, mereka membelek dahulu menu-menu tersebut. Tidak lama kemudian datang lah seorang wanita muda untuk mengambil pesanan mereka.

"Evet, siparişi alabilir miyim?" Ujar wanita muda itu sambil menayangkan satu senyuman manis.
Translate: "Ya, boleh saya ambil pesanan.

"Erk.. apa dia cakap tu Raju? Apa dia cakap tu Princessa cuba translate." Elvien memandang wanita itu berkelip-kelip kerana tidak faham.

Liliana menggeleng kepala apabila Ryu dan Elvien tenung wanita itu macam mau tembus, sian kawan tu takut apabila ditenungnya sebegitu rupa. "Dia tanya nak oder apa, jangan risau makanan dalam restoran ni mesti sedap." Ujar Liliana yakin, dia pun tidak tau sedap atau tak.

"Owhh, kalau macam tu. For me all kinds of delicious good and once with all delicious desserts. My drink is coffee and iced lemon tea." Terkedu Andrey dan Liliana apabila Ryu memesan makanan sebanyak itu.

"Me too, I want kunafa that pistachio and matcha, drink i want coffee and apple juice." Kembali terkedu dua manusia itu lagi, mak aih ni nak makan ke nak bagi saka?

Wanita itu juga agak terkejut tapi dia tetap mengambil oder kedua-dua jejaka gila itu. Manakala pesanan makanan Andrey ialah Pide sejenis pizza di Turki ini dan Liliana pula hanya memesan nasi campur dan kebab. Tetiba sahaja tekak ingin makan nasi campur.

"Abang, petang nanti nak pergi mana pula? Biar Adel jadi tour guard korang." Ujar Liliana dengan bangganya. Andrey yang mendengar itu terus teringat sesuatu. Hampir sahaja dia terlupa.

"Hmm, tak pergi mana-mana. Abang malas" Ujar Andrey dingin. Liliana yang mendengar suara dingin Andrey hanya tersenyum sahaja. Dia pun agak sedikit pelik dengan sikap dingin suaminya terhadap dirinya itu. Piyed ke?

"Tak ramah lah Abe Rey ni, tak baik tau layan isteri you macam tu. Shian princess Liana saya ni." Balas Elvien sahaja. Suara di kepitkan seperti bapok.

OG| A True Love (Slow Update)Where stories live. Discover now