LxA 38🥀

198 10 0
                                    

Malam yang indah untuk dating dengan encik suami. Usai sahaja menghidang makanan di tempat yang aku tetapkan tadi, aku naik ke tingkat dua untuk memanggil suamiku turun makan. Kalau ikutkan tadi Andrey mau menolong ku masak lobster tu. Tapi aku menghalang nya dari menolong ku. Sampai aku merajuk supaya dia tidak menolong aku di dapur tadi.

Flashback.

"Jom kita masak sama-sama." Ajak Andrey pada isterinya itu.

"No, Adel masak sendiri ok abang pergi rehat. Kalau nak masak sama-sama lepas balik dari honeymoon."

"Abang nak tolong love masak. Kalau kita masak sama-sama kan cepat siap." Andrey masih dengan pendirian nya. Naik geram Liliana.

"No no no, Adel nak masak sendiri jugak. Abang tak boleh tolong Adel kat dapur. Abang naik atas rehat. Nanti dah siap Adel panggil turun bawah ye." Aku masih mengarahkan nya untuk tidak menolong ku.

"Tak nak abang nak tolong isteri abang ni masak juga. Kita masak sama-sama barulah sweet dolcezza."

"No"

"Yes"

"No abang"

"Yes tesoro"

"Ishh, dah lah tak nak kawan dengan abang, hm." Liliana sudah merajuk. Andrey menghembus nafas berat. Haih nak tolong masak pun tak boleh ke?

"Darling, abang nak tolong wife abang ni masak je. Tak akan tak boleh love?" Ujar Andrey tenang. Sempat dia mengelus lembut pipi gebu isterinya itu.

"Boleh tu boleh tapi bukan sekarang. Adel nak masak sorang-sorang dulu sebab Adel nak surprise kan abang nanti. Kalau abang tolong tak surprise lah." Kata Liliana sambil memuncung mulut nya . Akhirnya Andrey mengalah juga dan ikutkan sahaja kehendak isterinya itu.

End flashback.

Dia tau kejutan yang dia buat malam ini tidak seberapa mewah baginya. Hanya biasa-biasa sahaja, tapi cukuplah dia membuktikan bahawa dia cintakan jejaka itu dengan hatinya yang paling ikhlas. Walaupun tak seberapa dia mencuba menjadi isteri yang sempurna seperti di luar sana. Dia cuba..

"Abang jom turun makan, Adel dah siap masak dah." Ujar Liliana selepas membuka pintu bilik itu. Dapat dia lihat suaminya sedang bersandar di kepala katil sambil membuat kerja. Dengar sahaja suara isterinya memanggil dia terus meletakkan komputer riba dia atas meja kopi sebelum melangkah ke arah Liliana.

"Ok jom turun sama-sama." Ujar Andrey lembut. Satu senyuman manis ditayangkan.

"Cup cup, sebelum turun pakai ni dulu." Liliana menunjukkan penutup mata yang berada di tangannya itu, berkerut dahi Andrey.

"Kenapa kena pakai benda ni love? Perlu ke."

"Perlu, meh sini Adel nak pakaikan untuk abang, tunduk." Andrey hanya menurut. Dia menundukkan sedikit badannya kerana isterinya jauh lebih rendah darinya. Mana tak jauhnya kalau ketinggian Andrey 188cm dan Liliana 160cm. Memang jauh betul bezanya kan.

"Dah jom turun, abang jangan risaulah ye Adel pimpin abang sampai bawah." Ujar Liliana lembut.
Andrey hanya mengangguk sahaja. Mereka keluar dari bilik itu sebelum Liliana menutup daun pintu hingga rapat.

Perlahan-lahan kami berjalan ke arah lif. Terasa comel pula aku melihat wajah Andrey begitu. Tak tau apa yang comel tapi kalau dah laki sendiri mestilah semua ada kat dia kita suka kan, dia tidur berdengkur pun kita kata hensem. Dengan senyap-senyap aku mengambil gambarnya beberapa keping. Boleh lah buat wallpaper phone nanti. Kan.

OG| A True Love (Slow Update)Where stories live. Discover now