LxA 26🥀

163 14 1
                                    

Sampai sahaja kami di rumah milik ku, aku memberi salam dulu sebelum masuk. Aku menjemput Andrey masuk dan mengambil tempat duduk di sofa panjang itu.

"You tunggu sini ok, I nak ambil anak I kat atas jap." Sebelum aku naik ke atas, aku menyuruh bik Juhana membancuh minuman untuk dihidangkan kepada Andrey.

"Eh bro, pahal kau datang sini dah tak sabar nak kahwin dengan adik aku ke." Lienz Ryan turun ke bawah untuk membasahkan tekak, tetapi terbantut seketika bila melihat bakal adik ipar nya ada di sini.

"Tunggu Adel, dia ada cakap yang dia ada bela haiwan. Dia nak tunjuk kat aku." Mendatar sahaja suara nya bila bercakap dengan Lienz Ryan. Dia memang kurang suka bercakap dengan orang lain kecuali Liliana dan keluarga nya.

"Owhh, ok lah tu dia nak kenalkan kau dengan anak dia tu, aku harap kau terima anak dia dengan hati yang terbuka ok, cau." Kata Lienz Ryan sebelum menuju ke arah dapur, dia sudah dapat bayangkan wajah Andrey bila melihat Apollo nanti.

Berkerut wajahnya bila mendengar jawapan dari mulut Lienz Ryan, kenapa teruk sangat ke binatang tu. Tidak lama kemudian turun lah Liliana bersama satu bekas kaca sederhana besar itu. Liliana datang mendekat ke arah Andrey. Di mengambil tempat berhadapan dengan nya.

Bekas kaca yang tertutup dibahagian belakang itu aku memusingkan menghadap ke arah Andrey. Dengan terujanya aku membuka penutup kaca itu, terkejut Andrey akan binatang itu. Dia sungguh tidak menyangka bahawa haiwan yang Liliana bela ialah seekor ular.

"Say hi too Vanilla Apollo." Aku mengeluarkan ular kecil itu dan meletakkan nya di atas pangkuan ku. Ingan sahaja aku ketawakan Andrey kerana wajah nya yang jelas terkejut.

Bulu roma Andrey sudah menegak. Dia paling tidak suka binatang ini kerana geli. Andrey memandang wajah Liliana tajam. Liliana yang perasan akan pandangan Andrey yang menyeramkan itu terus menundukkan kepala, dia takut.

"Adel, kenapa kau bela haiwan ni."

"Sebab dia comel."

"Tak ada haiwan lain ke yang nak di bela nya, banyak haiwan comel lain yang boleh kau bela nak juga binatang ni." Tegas Andrey berkata.

"Tak nak yang lain, nak ni je dia comel titik."

"No Adel, sebelum kita kahwin aku nak kau jual haiwan ni balik."

"Tak nak."

"Kene juga."

"Ish orang cakap tak nak tu tak nak lah." Bantah aku tegas.

"Liliana Radella!." Tegas dan keras Andrey berkata. Dia tidak sengaja ingin menegking gadis itu.

Aku terus menundukkan pandangan ku, air mata aku tumpah setitik mengenai Apollo yang berada di pangkuan ku. Andrey yang mendengar esak halus dari Liliana itu terus tidak senang duduk. Aduh aku cakap je bukan marah pun.

"Hey hey dont cry please."

"An marah Adel, An tak bagi Adel bela Apollo. Apollo budak baiklah biarlah Adel nak bela." Sudah datang mood manja aku tika ini. Tidak tau mengapa aku tetiba jadi mengada begini. Aku hanya membahaskan diri aku dengan nama Adel bila dengan jejaka ini sahaja itupun dia yang suruh.

"Adel.. aku minta maaf ok, aku tak sengaja tinggikan suara kat kau. Aku cuma tak suka kau bela binatang tu dan aku tak suka orang bantah arahan aku." Jujur Andrey.

"Tapi Adel nak juga bela Apollo, dia tak gigit orang pun, gigi pun dia tak ada macam mana nak gigit." Teresak-esak aku menangis.

Andrey tersenyum bila mendengar Liliana kata haiwan peliharaan tiada gigi, terasa kelakar pula bila gadis itu berkata bergitu dengan wajah merahnya. Comel..

OG| A True Love (Slow Update)Where stories live. Discover now