LxA 40🥀

148 8 0
                                    

Ryu dan Elvien serentak keluar dari perut kereta, kedua-dua jejaka itu sudah berada di pekan lama di Istanbul. Katanya nak melihat kota Istanbul ni dulu sebelum mereka keluar berempat sekali. Dapat mereka lihat keadaan di pekan ini sangat lah sesak dengan pelancong luar negara yang bercuti di negara Turki ini, memandang kan sekarang musim sejuk di negara ini mestilah ramai orang luar datang melancong. Banyak kedai-kedai jualan antik, restoran, kedai cenderahati dan lain-lain.

Kedua jejaka itu hanya berjalan melihat pekan itu tanpa rasa ingin membeli apa-apa. Sekali sekala mereka berbual kosong sambil berjalan.

"Weh Vien, aku haus lah. Jom ngopi dulu, orang cakap kopi dekat sini sedap." Ujar Ryu tetiba.

"Boleh juga, jom cari mana-mana kedai kopi yang sedap." Akhirnya kedua jejaka itu memulakan misi untuk mencari kedai kopi. Jumpa sahaja sebuah kedai kopi yang sederhana besar itu terus mereka pergi ke sana untuk melihat.

"Ramai betul orang kat sini, sedap sangat ke?" Soal Elvien.

"Tah lah der, tapi kalau dah ramai mesti sedapkan. Jadi apa tunggu lagi, ayuh kita rempuh." Dengan itu kedua-dua jejaka itu berjalan dengan berlagak nya melepasi orang-orang ramai di kedai itu.

"Tepi sikit, tepi sikit. Dua jejaka kacak maut hotie hotie nak lalu ni bosku." Kata Elvien sedikit kuat akibat ramai orang ketepi sedikit. Ada juga yang terpinga-pinga mendengar apa yang dikatakan oleh Elvien Allen tadi. Jumpa sahaja tempat duduk, dengan cepat mereka mengambil tempat itu sebelum direbut orang lain. Maklumlah sekarang kan musim rebut merebut. Eh tibeh..

Dua minit telah berlalu akhirnya datanglah seorang pelayan lelaki untuk mengambil pesanan kedua-dua jejaka itu. Selesai membuat pesanan mereka kembali berborak sehingga minuman yang dipesan sampai. Sedang rancak mereka berborak, tanpa sengaja Ryu terpandang seorang gadis jelita yang agak jauh dari mereka. Ryu bagaikan terkena panahan cinta buat kali pertama.

Elvien Allen yang terperasan sahabatnya termenung jauh itu terus menegur.

"Woi"

"Woi Ryu, kau dah kenapa ni." Elvien melambai-lambai tangannya dihadapan muka Ryu, tetapi masih tidak disedari oleh jejaka itu. Memang cinta pandang pertama ni.

"WOI RYU CLEON ANAK LELAKI LOUIS CARL!!" Jerkah Elvien kepada Ryu yang mengelamun itu. Dengan terkejut Ryu terus kembali kepada dunia yang asal. Akibat dari jerkah Elvien yang agak kuat itu banyak mata yang memandang kearah mereka.

"Astaghfirullah, eh kau ni tak boleh panggil aku elok-elok ke. Kalau
aku sakit paru-paru macamana!" Marah Ryu Cleon kepada sahabat nya itu. Dahlah panggil dia 'Anak Lelaki' dia ingat aku bukan non muslim ke. Aku ngadu kat bapak aku nanti.

" your father head lah sakit paru-paru, aku dah panggil kau banyak kali kau yang pekak badak." Marah Elvien kembali, satu jelingan tajam diberikan buat Ryu Cleon.

"Owh ye eh sorry sorry."

"Ni kau apa pasal, termenung macam nampak artis Korea je ni?" Tanya Elvien sambil badan dipusingkan untuk melihat apa yang sahabat nya lihat nak kasi tembus itu. Tak ada pulak artis Korea yang lalu lalang.

"Owh.. erk tadi aku tengok kucing merangkak tadi, haaa merangkak ." Adu Ryu apa kau merepek ni cial... Ni kalau aku jujur ni mesti kena nganjing dengan budak ni.

"Kucing? Merangkak?" Kucing merangkak. Macam mana tu.

"Ahh abaikan jelah tadi tu. Buat-buat tak tau je." Elvien hanya mengangguk faham. Kadang Elvien perasan yang Ryu pasti akan memandang ke arah luar kedai itu untuk mencari sesuatu, tapi apa..

OG| A True Love (Slow Update)Where stories live. Discover now