LxA 42🥀

94 5 0
                                    

Kami berdua sekarang berada di atas udara. Candlelight dinner kami berada di dalam belon udara panas ye kawan-kawan. Dalam hati tidak putus-putus aku mengucapkan rasa syukur kerana Tuhan telah memberi aku suami sebaik seperti dia ini, bermacam-macam perasaan aku rasa tika ini. Sungguh aku rasa beruntung dan bersyukur saat ini.

"Love, kenapa love tenung abang macam tu." Usai sahaja Han's Andrey menghabiskan makanannya dia mula bertanyakan soalan.

Liliana Radella mengelipkan matanya beberapa kali sebelum tersenyum.

"Sebab abang nampak tersangat sangat sangatlah hensem hari ni." Ujar Liliana jujur. Itulah kenyataannya, walaupun setiap hari jejaka ini memang kacak tapi hari ini aura dia lebih mengancam dan lebih hensem. Macam manalah aku tak jatuh cinta dengan kau dulu haih..

"Abang tau abang hensem." Balas Han's Andrey berlagak nya.

Liliana memasang mimik muka cemberut, orang baru puji sikit dah kembang semangkuk. Hening seketika, Liliana memerhatikan sekeliling, cantik dan tenang. Angin malam yang menyapa mereka sangatlah selesa dan lembut ditambahkan dengan bulan yang penuh berserta bintang yang memenuhi dada langit yang luas dan gelap itu.

"Sorry.." Seketika Liliana kembali mengalihkan pandangan nya kepada suaminya itu. Mengapa jejaka ini meminta maaf ?

"Kenapa abang minta maaf? Abang tak ada buat salah apa-apapun dengan Adel."

"Abang minta maaf sebab dah abaikan Adel dua hari, layan Adel macam nak tak nak. Abang buat macam tu sebab terpaksa, tapi tu semua rancangan Ryu dengan Vien." Jujur Andrey perlahan. Kalau diikutkan hati dia tak nak abaikan gadis ini tapi bila dengarkan balik rancangan dua manusia itu rasanya macam bagus juga.

Liliana tergelak kecil bila mendengarnya. Hatinya memang terasa tapi dia kena berfikir positif pada saat itu. Satu senyuman manis ditayangkan lebar sampai menampakkan giginya yang putih itu.

"Adel boleh maafkan tapi dengan syarat." Han's Andrey mengangkat keningnya sedikit menandakan 'apa'.

"Abang kena belanja Adel shushi esok lepastu Adel nak shopping semua barang kat sini esok boleh?"

"For you everything can be, Mia cara." Balas Han's Andrey lembut satu kedipan dihadiahkan kepada sang isteri, memerah muka Liliana bila di sakat seperti itu.

Seketika baru Han's Andrey teringat sesuatu. Dia mengeluarkan satu telefon pintar nya sebelum dia mendail nombor seseorang, berkerut dahi Liliana. Siapakah gerangan yang suaminya menelefon itu?

Han's Andrey bagaikan faham dengan pandangan isterinya itu sebelum dia tersenyum kecil. Dia mengengam tangan isterinya itu, Liliana juga membalas genggaman itu.

"Kenapa bang?"

" Wait and see darling." Tidak lama kemudian satu benda bercahaya mula terbang disisi mereka. Liliana memandang nya pelik sebelum dia pandang suaminya kembali. Andrey hanya membalas dengan senyuman sebelum dia pandang ke tepi semula.

Dan selepas sahaja objek bercahaya satu itu terbang tinggi ke udara. Muncullah lagi dengan lebih banyak benda bercahaya itu atau lebih tepat ialah Lampion. Lampion itu terbang memenuhi ruangan atmosfera dengan tinggi. Malam yang diterangi oleh cahaya bulan dan bintang itu ditambah terang dengan cahaya lilin dari Lampion itu. Liliana memandang benda itu dengan teruja. Cantik.. sungguh cantik. Irama alunan biola dan piano menyapa gegendang telinga. Alunan muzik piano dan biola itu datang dari satu belon udara panas yang baru tiba.

Kelihatan Ryu dan Elvien yang memainkan alat muzik itu. Lagu ' Perfect- by Ed Sheeran' dimainkan. Sempat lagi Ryu dan Elvien melambaikan tangan kearah Liliana. Liliana melihat Lampion yang berterbangan bebas di udara itu. Indah dan cantik. Setiap Lampion itu mempunyai bentuk hati. Tanpa Liliana sedar Han's Andrey sudah berada di tepinya.

OG| A True Love (Slow Update)Kde žijí příběhy. Začni objevovat