LxA 43🥀

100 6 4
                                    

Pakk...

"Dolcezza!?"

Terkedu... Terkejut..

Badan Liliana mula bergetar halus, birai mata mulai membasah sebelum dengan perlahan-lahan mengalir mengikut lekuk pipi. Barang di tangannya juga sudah jatuh menyembah bumi. Wajah itu.. wajah yang amat dia kenali. Wajah yang amat dia rindui selama ini. Wajah yang sentiasa cantik walaupun umur semakin meningkat... Tiada perubahan sama sekali di wajah itu.

"U..u..umi.." tatkala mau menuturkan ayat itu bibirnya bergetar halus. Wanita yang berada di depannya juga sama terkejut.

Wanita itu tidak berkelip mata melihat gerangan dihadapan nya ini. Wajah dan sosok tubuh yang amatlah rindui dan sayangi. Melihatkan wajah cantik bersih gadis itu fikirannya kembali kepada beberapa tahun yang lalu. Masih segar difikirannya gadis itu teresak-esak akibat dia meninggalkan gadis itu bersama bapa dan abang-abang nya dahulu.

"U..umi lu..lupa Lana ke?" Liliana bersuara perlahan dengan tenaga yang masih ada. Mengapa umi nya berdiam sahaja?

Tidak tunggu lama wanita separuh usia itu menarik tubuh halus gadis itu masuk ke dalam pelukan. Pelukan diperkemaskan. Air mata yang kian mengalir itu kembali lebat. Liliana terus membalas pelukan itu dengan erat juga. Liliana dan wanita yang digelar umi itu menangis teresak-esak di dalam sesama pelukan. Luna Az-Zahra berasa bersyukur dapat dipertemukan kembali tapi pada masa yang sama perasaan bersalah akibat meninggalkan gadis ini dahulu juga ada.

"U..umi tipu La..Lana. Umi kata n.. nak cari Lana dengan a.. abang-abang balik."

"Tapi u..umi tak ca.. cari pun, umi jahat!" Dengan susahnya Liliana menuturkan kata-kata itu. Dia kesal, sedih dan rasa ditipu apabila janji umi nya waktu tika dulu tidak ditunaikan. Wanita separuh usia itu tidak berhenti mengusap belakang badannya yang terhincut-hincut itu.

"Umi minta maaf sayang.. umi tau umi salah, maafkan umi. Maaf." Balas puan Luna lemah. Sayu hati sang ibu apabila melihat keadaan anaknya seperti ini.

Han's Andrey, Elvien Allen dan Ryu Cleon yang melihat keadaan itu juga turut sedih. Tidak pernah mereka melihat Liliana serapuh ini. Gadis itu sentiasa menayangkan wajah cerianya tapi kali ini, sungguh jauh berbeza seperti dia menghamburkan segala keperitan dan kesakitan yang sudah lama dia pendam dalam hatinya. Hampir aja air mata Han's Andrey mau menitis akibat melihat isterinya seperti itu. Kalau boleh dia mahu peluk dan tenangkan tapi dia kena faham situasi sekarang.

"Maafkan umi Lana, maafkan umi sebab dah buat Lana kecewa." Kata puan Luna di dalam hatinya.

"Owh, jadi kamu lah ye menantu umi?"

"Ye umi, saya suami kepada Adel. Han's Andrey. Panggil Rey je umi." Balas Han's Andrey lembut. Selepas sahaja isterinya sakit kepala akibat terlampau lama menangis bersama umi nya tadi. Mereka semua terus masuk ke dalam rumah, dapat dilihat begitu ramai saudara mara keluarga isterinya ini. Dan sekarang sesi soal siasat oleh mentua yang asli. Bukan yang fake kat Malaysia tu.

"Yang lagi dua orang ni pula siapa?" Tanya puan Luna lemah lembut. Dia sudah tau jejaka-jejaka di depannya ini kerana anak teruna nya sorang memberitahu dulu. Sengaja dia mau tanya kembali. Tangannya tidak lepas mengelus lembut rambut sedikit hitam sedikit putih milik anak perempuannya itu. Liliana Radella.

Ryu dan Elvien berpandangan sesama sebelum mengukir senyuman manis untuk wanita separuh usia itu. Rasa sedikit canggung pula apabila banyak mata memerhati mereka.

"Saya Ryu Cleon aunty, panggil Ryu je."

"Saya Elvien Allen. Boleh panggil Elvien atau Vien je aunty."

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 12, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

OG| A True Love (Slow Update)Where stories live. Discover now