LxA 23🥀

149 15 0
                                    

"Liana please, kita jumpa kejap je ok. I ada benda nak cakap."

"Arghh fine. Jumpa dekat Coffee Bean Mid Valley."

Sungguh menyusahkan betul orang seperti ini. Baru sahaja tadi Adam Zayan a.k.a ex boyfriend aku mengajak keluar untuk berbincang, sudah ku tegaskan tidak ingin berjumpa dia tapi dia memaksa dan terpaksa lah aku pergi dengan tidak redha nya.

Aku bersiap ala kadar sahaja. Malas mau lebih-lebih kalau jumpa mangkuk hayun tu. Karang pakai cantik-cantik hilang juga seri aku sebab laki tu. Sudah sahaja aku bersiap, aku berlalu ke arah tempat haiwan peliharaan aku berada. Vanilla Apollo.

"Apollo jangan jadi naughty boy tau. Duduk leklok kat tempat kamu ni ye. Mama nak pergi keluar kejap ok bye." Sempat lagi aku beritahu haiwan peliharaan ku dulu sebelum pergi.

Aku menghidupkan enjin motor dan terus memulakan perjalanan, jika ini perjumpaan yang sia-sia memang aku tumbuk mamat tu.

•♪•♪•♪•♪•♪•♪•♪•

Sampai sahaja aku di cafe itu. Aku terus mencari kelibat tersebut. Nampak sahaja aku terus berlalu pergi ke arahnya. Aku membeku kan wajah supaya kelihatan tidak tertarik dengan luahan dia nanti.

"Now tell me, what do you want Adam Zayan." Tanpa salam aku beri, aku terus menjerkah nya dari depan dan mengambil tempat berhadapan dengan nya. Dapat aku lihat wajahnya terkejut sedikit.

"Liana please give me a second chance,i will try to fix my first mistake, Liana.." Adam Zayan mencuba nasib memujuk hati Liliana yang sudah kian panas. Dia tidak peduli jika lelaki ini ingin melutut untuk dia kembali ke pangkuan lelaki ini kembali. Dia sudah ada tunang, tunang yang sangat dia cintai.

"Noo Adam, you tau kan I dah ada tunang. Lagipun you tau kan I tak pernah ada setitik perasaan pun pada you." Jujur aku berkata tanpa bertapis.

"I tak peduli you ada tunang ke atau tak suka I ke, I nak you jadi milik I juga, kalau I tak dapat you jantan tu pun sama lah." Sungguh keras kepala orang di hadapan aku ni. Nak je terajang tapi kat tempat umum pula.

"You jangan sesekali cakap dia macam itu. Yang tak guna tu you bukan dia, eh dengar sini baik-baik, aku tak akan sesekali kembali pada kau walaupun apa pun cara kau, aku tak akan datang kat kau balik. Sebab apa, sebab hati aku tak pernah tertulis untuk kau." Balas aku sinis. Dapat aku lihat dia mengetap bibir menahan geram.

Aku ingin berlalu pergi tapi dia menahan pergerakan aku. Dia terus menyambar tanganku untuk tidak benar kan aku pergi.

"Please Liana. I janji I akan jaga you elok-elok ok. I tau you masih sayangkan I kan." Syok sendiri lelaki ini aku rasa.

"Jangan pegang lah Adam, lepaskan Aku lah gila."

Dia tidak memperdulikan apa yang aku cakap. Dia terus mencengkam pergelangan tangan ku kuat. Mendesis kecil aku kerana merasakan sedikit perit . Aku terus menghayun tangan aku lagi sebelah ke arah tulang pipinya. Terlepas pegangan tangannya dari ku.

Aku mengambil kesempatan ini untuk pergi dari situ. Aku berlari keluar dari cafe itu dengan pantas bila jejaka itu bangun dari tempat duduknya dan membuka langkah untuk mengejar ku.

•♪•♪•♪•♪•♪•♪•♪•


Elvien Allen dan Ryu Cleon berjalan memasuki ke dalam mall itu. Lepas sahaja habis meeting, kedua jejaka ini kelaparan dan terus mencari tempat makan.

OG| A True Love (Slow Update)Where stories live. Discover now