LxA 31🥀

147 12 0
                                    

Malam pun sudah tiba. Dan sekarang ialah majlis resepsi kami, suamiku cakap ramai orang yang datang. Lebih ramai dari pagi tadi, walaupun rasa takut dan gementar aku tahankan saja. Kini aku dan Andrey berada di depan pintu masuk dewan. Ala-ala macam cerita orang kerabat kalau berkahwin gitu. Aku menggenggam tangan suamiku erat akibat takut.

"Dolcezza, calm down ok, don't be
afraid i'm here for you." Ujar Andrey tenang, terasa tangan sang isteri sedikit menggigil akibat takut. Liliana memandang Andrey dan melorekkan senyum ikhlas.

"Di jemput dua pasangan sejoli untuk masuk ke dewan sekarang." Dengar sahaja suara emcee memanggil mereka masuk. Pintu dibuka dari dalam oleh dua orang bodyguard itu.

Liliana dan Andrey berjalan serentak sambil memegang tangan. Para tetamu memberi tepukan gemuruh pada pasangan itu. Liliana mencuba menarik senyum manis. Ingin sahaja dia menangis di sini akibat malu. Andrey melirik sedikit ke arah pujaan hatinya itu. Sungguh kelihatan cantik gadis itu pada malam ini. Sampai sahaja di atas pelamin, mereka duduk  serentak dan para tetamu juga turut sama.

"Wahai para manusia yang dikasihi sekalian, di jemput kita terhadap Ilahi."

"Bukan bodoh, kalau dah kena jemput dengan Ilahi dah tak adanya kita kat sini. Bak sini MIC tu" Elvien merampas mikrofon ditangan Ryu kasar. Merengus Ryu dibuatnya. Andrey rasa seperti ingin bunuh sahaja dua ekor tu. Menyesal dia bagi dua bala tu jadi emcee.

"Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, terima kasih kepada para tetamu yang sanggup datang pada majlis sahabat saya ini. Walaupun ada segelintir manusia di majlis ini yang single tapi sanggup datang untuk melihat adegan bergula didepan ini."

"Marilah kita raikan hari perkahwinan sahabat saya ini dengan sedikit lagu, saya menjemput diri saya dan juga Ryu Cleon untuk memberi sedikit persembahan." Keluarga Andrey sudah menggeleng kepala tanda jangan. Habislah rosak majlis ni di buat oleh dua bala tu.

"Tenenenenenenennn"

"Ramai orang membelinya, bunga-bunga jualannya."

"Si ayu, gadis ayu." Nyanyi Ryu sumbang. Para tetamu disitu gelak sakan.

"Datang seorang pemuda."

"Dapat melebur hatinya."

"Memetik oh cintanyaa." Nyanyi kedua-dua nya sekali. Andrey sudah menahan geram. Liliana yang berada ditepi hanya tergelak kecil.

"Kini berjalan dengan pasangan."  Sungguh bersemangat suara Elvien menyanyi tika ini.

"Tak hirau lagi dengan jualan. HAA MASUK."

"Matanya lirik-lirik selalu. Rupanya manis-manis ayu." Nyanyi mereka serentak dengan suara gemuruh dari tetamu yang sokong.

"Matanya lirik-lirik selalu."

Rupanya manis-manis ay..." Tidak sempat mau sambung lagi suara Hugo Alex kedengaran kuat di dalam dewan itu.

"ELVIEN ALLEN, RYU CLEON!!."

"Upss. Alah daddy janganlah marah, bukan selalu kita bergembira macam ni kan." Kata Ryu dengan selambanya.

"Masalahnya ni majlis perkahwinan aku, kau nak berparti pergi cari orang lain punya." Balas Andrey mendatar tapi kuat didengari oleh semua.

"Ok ok, ehem. Dijemput semua para hadirin sekalian untuk makan ye. Saya dah tak tau nak cakap apa jadi makan jelah, makan puas-puas ye tak cukup boleh bungkus bawak balik." Kata Elvien senang. Andrey dan Liliana sudah menggeleng kepala. Nak menyesal pun dah tak guna.

OG| A True Love (Slow Update)Kde žijí příběhy. Začni objevovat