LxA 16🥀

170 16 0
                                    

Selesai sahaja kami makan, kami terus meneroka satu mall ini. Sambil tu kami shopping juga membeli apa yang patut hehe.

"Tengok ni cantik tak baju ni." Tanya aku pada tiga jejaka di depan aku ni.

"Cantik-cantik, tapi I rasa yang ni lagi ok kat you." Kata Elvien lalu dia menyerahkan Drees kembang berwarna rose gold pada aku, dress itu cantik paras lutut sesuai aku kena kan dengan seluar jean berwarna putih.

"Cantik lah pandai juga you pilih." Puji ku.

"Ehem tu bukan Vien yang pilih." Kata Ryu.

"Habis tu siapa bukan you kot?." Tanya aku pula.

"Dah tentu lah abe Rey kita ni."

Terkedu aku mendengar jawapan dari mulut Elvien, mamat beku tu pilihkan sweetnya...

"Wahh terima kasih Andrey pilihkan, hebat juga test you ni." Puji aku ikhlas.

Andrey hanya senyum sedikit. Terpengun aku melihat senyuman dia. Wahh senyuman mahal ni jarang dapat aku tengok mamat beku ni senyum patutnya tadi aku kene sikirinshot.

"Uishh Ryu kau tengok tu Rey senyum siakk."

"YEDOO, jarang doh nak tengok mamat ni senyum baik doh Liana."

Terus mati senyum Andrey. Alah cepatnya dia padam senyum dia huhu.

"Dah I nak pergi bayar baju ni jap korang tunggu sini eh." Aku ingin berlalu pergi tetapi satu suara menyampuk pula.

"Biar aku tolong bayarkan." kata Han's Andrey.

"Ehh tak payah lah saya boleh je bayar sendiri." Rasa segan pula bila dia ni nak bayarkan.

"Anggap je ni ganti sebagai kau bagi aku perfume sebulan lepas.

"Tapi yang tu saya bagi ikhlas."

"Yang ni pun aku bagi ikhlas juga, kau diam je rezeki tak baik tolak."

"Tapi.." Tidak sempat aku ingin membalas Han's Andrey sudah memotong dahulu.

"Once again you say, i will kiss you." Balas Andrey dengan dingin nya.

Aku terus menekup mulut ku dengan kedua belah tangan aku. Sapa je tak takut kalau dah kene sound camtu sekali. Meremang beb..

"Cey ceyy, sejak bila Rey baik macam ni kau demam ke nyah." Ryu terus meletakkan tangan nya di dahi Andrey. Laju sahaja Andrey menepis kembali.

"Jom pergi bayar." Andrey terus menarik tangan Liliana ke arah kaunter bayaran.

Selesai sahaja membayar, kami terus keluar dari kedai ini.

"I dah nak balik ni, jom pergi Starbucks jap."

"Jom lama juga kita berjalan dalam mall ni dekat dua jam lah I rasa." Kata Ryu.

"Ok jom, erm Andrey jom I belanja you minum ke, anggap ni ganti you bayarkan baju I tadi."

"Kau tau ingat ke apa aku cakap tadi, aku ikhlas kan." Balas Andrey tanpa melihat aku. Mata nya hanya tertumpu pada skrin iPhone nya sahaja.

"I rasa macam susah kan you pula, sebab tu nak ganti balik, ke you nak I ganti dengan duit?." Tanya aku polos.

"Kau memang nak aku cium kau ke?." Tanya Andrey sinis.

Aku terus menekup mulut ku dan menggeleng kan kepala tanda tidak mau.

"Ok good girl, jangan tanya dah pasal benda tadi aku tak nak pun kau ganti."

OG| A True Love (Slow Update)Where stories live. Discover now