LxA 21🥀

173 13 2
                                    

Lyan Rayhan melihat gambar pertunangan Liliana Radella dan Han's Andrey yang diupload oleh wartawan yang ada di pertunangan Liliana dan Andrey tadi. Lyan Rayhan hanya tersenyum ketika melihat gambar tersebut. Jelas wajah cantik berseri milik adiknya itu.

"Haih Ahan, tengok apa sampai tersenyum tu dah ada makwe cakap kat umi." Usik wanita separuh usia itu.

"Eh umi ni bila masa Ahan ada makwe bagai, ni ha tengok gambar adik dengan tunang dia. Tak sangka kan Lana dah besar, dia nikah dulu dari kami umi."

Puan Luna tersenyum mendengar berita dari mulut anak teruna nya itu, dia juga tidak sangka yang anak perempuan nya sudah bertunang. Cepat sungguh masa berlalu.

"Umi, bila kita nak jumpa mereka, umi tau kan adik merana duduk dengan papa. Ahan nak jumpa adik umi." Pujuk Lyan Rayhan.

"Umi pun nak jumpa mereka Ahan, kita tunggu masa yang sesuai kita jumpa mereka ok."

Puan Luna harap yang mereka dapat disatukan balik dan dia akan menjaga anak-anak nya semula seperti dulu.

•♪•♪•♪•♪•♪•♪•♪•

Memandangkan hari ini hari weekend, kami bercadang ingin jalan-jalan ke zoo negara. Nak jalan-jalan kat mall dah selalu sekali sekala jalan-jalan tengok haiwan pula.

"Dikk cepat lah, kita nak pergi zoo je bukan nak pergi hotel ke apa ke, haiwan tu pun tak hadap nak tengok kau lah." Jerit Lienz Ryan dari tingkat bawah untuk memanggil adiknya. Haih ni lah perempuan kalau siap memang lambat, nak tengok haiwan je pun.

Tidak lama kemudian turun lah Cinderlulu dari kayangan dari tingkat atas. Liliana turun dengan muka tidak bersalah kerana dia lambat bersiap.

"Dah jom cepat, Andrey dengan yang lain dah sampai sana dah, kita je lambat." Bebel Lienz Ryan pada adiknya itu.

Lienza Razeen tidak layan pergaduhan mulut antara dua beradik itu. Yang dia tau dia ialah mangsa yang kene bawa kereta tanpa rela, ni semua salah Lienz Ryan yang menyuruh nya.

Masuk sahaja kedalam perut kereta, Lienza Razeen memulakan perjalanan ke zoo negara. Sampai sahaja di sana dapat mereka lihat sudah ada dua ekor monyet liar yang terlepas bermain berkejar-kejaran. Siapa lagi kalau bukan Elvien Allen dan Ryu Cleon.

"Bagi balik spek mata aku Vienn."

"Tak nok, tak nok HAHAHA."

"Apa kes tu Rey, asal dorang main kejar-kejar." Tanya Lienz Ryan pada Han's Andrey.

Andrey hanya mengangkat bahu sahaja tanda malas ambil tahu. Dia terpandang ke arah Liliana yang cantik mengenekan dress putih yang dia belikan dulu. Masih dia jaga lagi dress ni dengan elok.

"Dah jom masuk, tak sabar nak tengok haiwan ni." Kata Liliana dengan teruja nya, dia memang suka kan haiwan-haiwan liar.

Mereka pun masuk ke dalam selepas memanggil anak-anak tenuks itu.

"Kita jalan kaki ke naik train tu." Tanya Liliana pada kelima jejaka itu.

"Jalan kaki jelah boleh ambil gambar banyak-banyak kan Ryu." Balas Elvien.

"Betul tu, jom jalan kaki. Kalau tak larat kita naik jela train yang lalu nanti."

OG| A True Love (Slow Update)Where stories live. Discover now