LxA 32🥀

135 12 0
                                    

"Dah besar adik abang ni ye, tau tau dah berkahwin, umi dengan Ahan akan sentiasa mendoakan adik bahagia selalu." Ujar Lyan Rayhan sambil melihat gambar perkahwinan adiknya di sosial media.

"Umi tau Ahan rindu dengan adik, Zeen dan Ayan. Nanti dah sampai masa kita jumpa mereka ye." Pujuk puan Luna pada anak teruna nya itu. Lyan Rayhan hanya tersenyum sahaja.

•♪•♪•♪•♪•♪•♪•♪•

Lepas sahaja sarapan, kami semua pulang ke rumah keluarga Andrey. Suami aku cakap mungkin kami tidur di sana dalam dua hari dan selepas itu kami akan tidur di rumah keluarga aku pula dalam dua hari juga dan barulah pulang ke rumah kami nanti.


Semasa dalam perjalanan aku tetiba terasa mengidam nak makan shushi pula. Mana tak mengidam nya kalau dah satu minggu aku tak makan shushi, shushi dengan aku ni tak boleh dipisahkan. Nak minta Andrey pergi restoran shushi King rasa macam menyusahkan pula tapi rasa nak makan juga. Akibat kesian pada Andrey aku tanamkan saja hasrat untuk makan shushi huhu.

"Nak cakap apa?"

"Haa?"

"Abang  perasan yang love nak cakap sesuatu sebab tu abang tanya balik." Balas Andrey kembali, macamlah dia tidak perasan orang sebelahnya ni seperti tidak senang duduk.

"Erm.. tak ada apalah. Nanti-nanti je Adel nak benda tu." Jawab ku ikhlas.

"Sayang, abang tak suka tau kalau sayang nak sesuatu benda tapi tak cakap kat abang. Abang ni kan suami sayang dah kalau nak apa-apa cakap je." Terang Andrey tenang. Tangan sebelahnya memegang stereng kereta dan sebelah lagi memegang tangan isterinya.

"Tapi nanti Adel susahkan pula." Aku menunduk kepala memandang tangan ku.

"Tak pun, cakap je nak apa nanti abang belikan."

"Hmm.. Adel nak makan shushi teringin hehe." Kata ku sambil tundukkan kepala.

"Cuba pandang abang kalau nak cakap." Ujar Andrey lembut. Dia suka melihat wajah Liliana ketika malu. Liliana mengangkat kepala dan memandang ke arah Andrey yang sedang melihat kearah nya juga. Berdegup kencang jantung Liliana bila jejaka itu memandang nya dengan lembut.

"A..Adel nak makan shushi." Jawab ku gagap. Andrey tergelak kecil bila melihat wajah merah milik isterinya itu. Comel je.

"Ok abang bawa sayang makan shushi ye tapi kena janji satu perkara dulu." Aku memandang wajah Andrey heran. Janji apa pula ni.

"Janji dengan abang tak boleh panggil An lagi, panggil abang dengan perkataan abang ok. Kalau nak guna An jangan selalu abang tak suka ok." Terang Andrey panjang lebar. Dia bukan apa cuma lagi mesra kalau isterinya memanggil nya begitu.

"Ok Adel panggil An abang." Andrey tersenyum mendengar nya.

"Abang An." Sekali lagi Andrey menoleh ke arah Liliana. Terangkat sedikit kening lebat nya.

"Ulang balik Dolcezza."

"Adel panggil abang, abang An. Kan comel tu." Liliana tertawa kecil bila melihat wajah cemberut suaminya itu.

"Hmm yelah." Pasrah sahaja Andrey tika ini. Orang suruh panggil lain dia panggil lain pula. Nasib sayang.

•♪•♪•♪•♪•♪•♪•♪•

"Yeayy shushi." Kata ku riang. Andrey hanya tersenyum melihat isterinya gembira. Dia memegang tangan isterinya erat.

Kami masuk ke dalam restoran shushi King itu. Lalu kami mengambil tempat di meja yang kosong berdekatan dengan shushi bergerak yang sudah siap dihidang itu tinggal ambil aje kalau mau.

OG| A True Love (Slow Update)Where stories live. Discover now