LxA 25🥀

159 14 0
                                    

Selesai sahaja aku mendapatkan rawatan, aku terus pergi ke arah bilik VIP yang abang sulungku berada. Aku mengetuk daun pintu dulu sebelum masuk, dapat aku lihat abang keduaku sedang tidur di atas sofa.

Aku berlalu pergi ke arah kerusi yang berada di tepi katil pesakit, aku menggenggam kemas tangan kaku milik abangku, kini air mata aku tumpah setitik demi setitik.

"Abang.. bangun lah cepat, nanti siapa nak jaga Lana dengan Ayan. Abang tak sayang kami ke, jangan tidur lama sangat tau nanti Apollo gigit abang hehe."

"Abang cepat bangun tau, ni kalau umi dengan Ahan tau abang sakit mesti dorang risau. Maafkan adik sebab dah menyusahkan korang."

"Betullah apa yang mama cakap, adik hanya menyusahkan korang je, adik janji nanti adik akan pergi bila masa dah sesuai ok, masa tu adik dah tak menyusahkan sesiapa lagi." Deras air mata aku mengalir, hanya kedengaran esakan halus dari aku memenuhi ruangan ini.

"Adik.." Aku menoleh ke belakang bila mendengar suara serak basah abang keduaku memanggil nama ku.

"Hey. Kenapa adik abang ni menangis, sini duduk sebelah aku." Tanpa membantah, aku terus bangun dan duduk di sebelah abang keduaku, Lienz Ryan membelai rambut adiknya lembut.

"Kenapa menangis ni, cuba cerita kat Ayan, siapa buat adik Abang Ayan ni menangis ha." Sungguh lembut suara Lienz Ryan memujuk Liliana.

Lagi sekali aku menangis dengan kuat, aku menyembamkan wajah ku pada dada abang keduaku itu, habis basah baju nya dik air mata aku ni.

"Dah dah jangan menangis lagi, nanti kalau umi tau adik menangis dia salahkan abang pula."

"Adik.. adik dah susah kan korang, adik selalu buat korang kena marah dengan papa, betul mama cakap adik hanya pembawa sial je." Aku mengadu seperti anak kecil. Sungguh aku terasa lemah kali ini tidak tau mengapa.

"Jangan cakap macam tu, adik abang ni kuat, kan dokter dah cakap abang Zeen ok je, nanti dia sedar lah tu." Lienz Ryan masih tidak berhenti memujuk adiknya, dia sangat kenal dengan sikap Liliana yang manja ini. Walaupun nampak kuat tapi jelas hati adiknya ini rapuh.

"Dah jangan sedih lagi ok, nanti Ayan belanja shushi ok. Sian Apollo kat rumah tu bila dapat tau mama dia sedih."

Makin kuat tangisan aku menerpa gegendang telinga abang keduaku, Lienz Ryan tidak berhenti memujuk hati ku yang sudah kian melemah akibat nasib yang menimpa aku ni. Aku hanya berharap keesokan harinya akan menjadi hari yang baik.

•♪•♪•♪•♪•♪•♪•♪•

Sudah sebulan berlalu kes pergaduhan antara aku dan papa, papa pun tidak banyak cakap dengan kami seperti dulu. Keadaan abang sulungku juga sudah makin membaik. Dan kini tinggal lagi beberapa minggu sahaja untuk aku di gelar sebagai isteri orang.

Sekarang aku dan Andrey keluar bersama untuk fitting baju perkahwinan kami nanti, kata ibu kepada Andrey, dia sudah menempah beberapa jenis desing baju kami. Dia hanya menyuruh kami untuk memilih nya sahaja.

Sampai sahaja kami di depan butik pengantin yang bakal ibu mertua aku beritahu tadi, kami terus masuk ke dalam. Masuk sahaja kami ada seorang pekerja di kedai ini menyambut kami dengan ramah. Kami duduk di sofa sebelum perkerja itu ingin memanggil majikan nya.

Datanglah seorang wanita dalam lingkungan 30-an menyepa kami.

"Hi, Rey tadi mommy you dah cakap yang you nak datang untuk fitting baju kan, mommy you cakap ada dua baju yang korang kene cuba."

OG| A True Love (Slow Update)Where stories live. Discover now