LxA 22🥀

163 15 0
                                    

Liliana tersenyum melihat gambar yang dia tangkap secara diam-diam, dia menangkap gambar Han's Andrey semasa mereka memberi makan kepada seekor Zirafah, ada juga dia menangkap gambar Andrey ketika dia memaksa jejaka itu untuk memegang seekor ular.

"Haih comel je muka tak redho dia bila aku suruh pegang ular tu HAHAHA."

Tok
Tok
Tok..

Dan tetiba sahaja ada seseorang mengetuk pintu biliknya dari luar. Liliana berjalan malas ke arah pintu untuk membukanya. Dan keluar lah muka abang kesayangan nya itu. Lienz Ryan.

"Haa kenapa ni bang." Tanya Liliana malas.

"Pinjam kunci motor kau, aku nak keluar dengan Elvien jap ada hal. Aku malas nak bawak kereta." Terang Lienz Ryan.

Tanpa banyak kata, Liliana terus pergi ke arah meja kopi untuk mengambil kunci motor nya itu.

"Kau jaga anak aku elok-elok kalau aku tau dia luka sikit nahas kau aku kerjakan." Pesan Liliana berbaur ugutan.

"Ye aku jaga."

"Ok good, nanti belikan aku shushi tau hehe."

Lienz Ryan terus tinggalkan Liliana didepan pintu bilik itu.

"Haih kacau je kita nak tengok gambar encik tunang kita hm." Terus Liliana menutup daun pintu dan menyambung hobinya semula.

•♪•♪•♪•♪•♪•♪•♪•

"Tengah healing ke tu." Tegur seseorang dibelakang Lienz Ryan.
Terkejut dia dibuat nya. Nasib tak ada serangan jantung.

"Hang memang fhak lah Vien, lain kali bagi salam."

"Hehe sorry-sorry." Balas Elvien tidak bersalah. Ada juga Ryu di belakang Elvien.

"Haa ni pahal ajak aku lepak jarang lah ajak aku keluar ni." Balas Lienz Ryan acuh tak acuh. Sebenarnya dia malas mahu keluar kerana mahu main game.

"Maaflah kalau soalan kami ni macam tersinggung hati kau, Rey tanya Liana ada penyakit apa-apa ke?." Tanya Ryu berhati-hati .

Terdiam seketika Lienz Ryan bila kawannya bertanya seperti itu.

"Asal Rey je tak jumpa aku."

"Rey ada meeting sebab tu tak dapat datang jadi dia hantar kami berdua untuk bertanya." Balas Elvien.

"Hmm, ada tu memanglah ada tapi kalau aku cakap aku takut Rey benci Lana, aku takut bila dia tahu kebenaran nanti dia tinggalkan adik aku." Balas Lienz Ryan perlahan tapi masih boleh didengari oleh dua jejaka itu.

"Kenapa, baby Liana aku sakit teruk sangat ke sampai boleh bawa maut." Tanya Ryu kerisauan bila dia melihat wajah kawannya mendung.

"Aku harap korang percaya lah kalau aku cakap yang Lana penghidap 'DID'." Perlahan sahaja suara Lienz Ryan, dia takut. Dia takut bila kawan-kawannya tau yang adiknya sakit mereka akan tinggalkan nya.

"Serius lah Ryan, DID yang macam personality disoder tu kan." Tanya Ryu. Dia berasa kasihan dengan Liliana. Dan dia juga rasa musykil mengapa Liliana ada penyakit seperti itu.

"Liana dapat penyakit tu bukan dari kecil kan, mesti ada sebab mengapa dia jadi macam tu kan Ryan." Tanya Elvien.

"Macam mana kau tau yang Lana bukan dapat dari kecil lagi." Tanya Lienz Ryan curiga, tak kan lah adiknya dah beritahu.

OG| A True Love (Slow Update)Where stories live. Discover now