LxA 36🥀

150 13 0
                                    

Masuk sahaja kedalam bilik, Andrey menutup daun pintu rapat. Dia memandang wajah mendung Liliana yang berada di atas katil itu, Andrey datang mendekati ke arah Liliana dan mengambil tempat di sebelah nya. Liliana hanya menundukkan kepala nya ke bawah memandang lantai marble yang sejuk itu.

"Dolcezza, dolcezza terasa ke dengan perbuatan papa tadi?" Tanya Andrey lembut. Liliana hanya menggeleng kan kepala sahaja.

"Habis tu, kenapa diam je ni. Kalau sayang nak menangis, menangis lah abang kan ada ni. Sayang tak perlu tunjuk kuat selagi abang ada untuk Pujuk sayang." Pujuk Andrey lembut, Liliana mengangkat kepala dan memandang wajah tampan suaminya itu. Tanpa diundang air mata nya mengalir deras, dia memeluk suaminya dan menyembamkan wajah di dada bidang jejaka itu. Andrey tidak berhenti memujuk Liliana.

"Abang tau isteri abang ni seorang wanita yang kuat." Lagi kuat tangisan Liliana dibuatnya, Andrey tidak memperdulikan dadanya yang sudah basah dek air mata gadis itu. Hatinya terasa sakit bila melihat air mata yang menuruni dari gadis ini.

Liliana menggeleng kepala tanda tidak setuju dengan ayat jejaka itu."Tak, tak Ad..Adel tak ku..kuat macam dulu, Adel lemah dah." Teresak esak gadis itu menangis. Fikirkan nya melayang memikirkan hal yang bukan-bukan.

"Adel t..tak kuat macam dulu l..lagi abang, Adel dah lemah. Adel nak u..umi." Tersedu-sedan Liliana di sebalik dada sang suami. Andrey tidak berhenti mengucup ubun-ubun isterinya. Air mata lelakinya hampir sahaja ingin menitis melihat keadaan isterinya begitu lemah. Dia tidak pernah melihat Liliana seperti ini.

"Jangan cakap macam tu sayang, abang kan dah cakap isteri abang ni kuat. Sayang tak lemah pun. Kalau sayang nak tau, sayang lah perempuan yang paling kuat abang jumpa selepas mommy abang tau."

Lama dia memujuk buah hatinya itu, sehingga dia tidak perasan yang gadis itu sudah terlena di dalam pelukannya itu. Andrey yang baru terperasan tiada sebarang bunyi esakan itu terus menolak sedikit wajah Liliana untuk melihat samada dia masih menangis atau tidak. Tersenyum kecil Andrey bila melihat isterinya yang sudah terlena di jemput mimpi itu. Dengan hidung dan pipi merah. Terasa comel pula.

Andrey membaringkan tubuh badan isterinya dengan perlahan supaya tidak mengganggu lena. Dia menarik selimut tebal itu separas bahu isterinya. Selepas selesai membetulkan posisi tidur isterinya itu dia berlalu pergi ke arah bilik air untuk membersihkan diri, habis basah dadanya dengan air mata gadis itu. Selesai sahaja membersihkan diri, dia berlalu ke arah katil dan mengambil tempat disebelah kiri sang isteri. Dia memeluk pinggang Liliana dan membawa ke dalam pelukan.

"Walaupun apa yang terjadi kat sayang suatu hari nanti. Abang harap sayang tetap bertahan dan kuat, abang harap sayang dapat lawan penyakit sayang sekarang ni." Katanya perlahan supaya tidak mengganggu lena Liliana. Dia mencium lembut pipi gadis itu sebelum dia turut di culik mimpi.

•♪•♪•♪•♪•♪•♪•♪•

Pagi ini Andrey turun sendirian, dia sudah memujuk isterinya untuk makan bersama-sama di bawah tapi isterinya tidak mau. Jadi terpaksalah turun sendiri makan sendiri tanpa peneman huhu. Nanti dia akan membawa makanan ke dalam bilik mereka untuk dihidangkan kepada isterinya nanti. Sampai sahaja di ruang makan. Dapat dia lihat semua sudah berada di situ kecuali dia yang baru sampai. Andrey mengambil tempat di hadapan Lienz Ryan. Terus makcik Suzie menghidang makanan untuk Andrey. Andrey mengucap terima kasih sebelum makcik Suzie berlalu pergi.

"Yow, adik aku mana?" Tanya Lienz Ryan, naluri nya sudah dapat mengagak apa yang terjadi.

"Tak nak turun." Hanya itu sahaja balasan dari Andrey sebelum dia menyuap roti bakar kedalam mulut.

OG| A True Love (Slow Update)Where stories live. Discover now