LxA 27🥀

152 16 2
                                    

"Umi..umi bangun umi hiks..hiks..adik takut umi bangunlah." Esak gadis kecil itu apabila melihat ibunya terbaring diatas lantai dengan muka penuh luka kesan pukul.

"Kau nak kena macam dia tu juga ke haa, berhenti menangis bisinglah."

"Pa..papa jahat papa pukul umi sampai umi pengsan."

Pang..

"Banyak cakap eh kau sekarang sini ikut aku."

"Papa lepaskan adik. Adik tak salah papa, papa jangan pukul adik." Halang budak lelaki itu.

"Kau ketepi lah." Budak lelaki itu ditolak papa nya kuat hingga kepala nya terhantuk ke dinding.

"Abang Ahan!"

"Papa lepas kan adik papa, adik minta maaf."

"Lepas aku puas seksa kau baru aku lepaskan kau."

"Papa jangan pukul adik, kalau papa nak seksa. Seksalah Zeen sekali." Kata budak lelaki itu teresak esak, dan di belakang nya ada lagi seorang budak lelaki.

"Baiklah kalau itu yang korang nak."

"JANGANN!!."

"Dik, dik kau ok tak tu." Terkejut Lienza Razeen bila adik perempuan nya tetiba menjerit.

Tercungap-cungap nafas Liliana, dia melihat sekeliling bilik itu. Dia merasakan pipinya ada cecair hangat. Dia mengelap wajahnya apabila wajahnya dipenuhi dengan air mata.

"Kau kenapa ni, mimpi lagi ke." Tanya Lienz Ryan lembut, dia melihat jam dinding, sudah pukul 3:00 pagi. Mereka masuk bilik Liliana pun sebab mendengar adik perempuan mereka menjerit tiba-tiba.

"A..adik takut, adik mimpi yang kita kene pukul dengan papa dulu, adik takut." Terus Liliana menangis teresak esak bila mengingatkan apa yang jadi dulu.

Lienza Razeen dan Lienz Ryan memeluk adiknya dan mengelus rambut nya lembut. Mereka tidak sangka yang gadis ini masih diselubungi dengan trauma masa lalu.

"Shuuu, dah jangan nangis lagi, tu semua mainan mimpi jelah. Aku ambil ubat kau jap eh." Kata Lienz Ryan, kesian dia melihat adik perempuan nya itu.

"Adik takut, adik takut bang. Adik nak umii." Aku menangis sambil memberontak kerana ingin kan ibuku.

Lienza Razeen menahan air matanya dari mengalir akibat melihat adik perempuan nya seperti itu, dia sungguh tidak kuat bila melihat gadis didepan nya seperti ini.

"Dik dah lah tu, jangan lah macam ni abang tak suka lah tengok kau macam ni." Pujuk Lienza Razeen.

Liliana memberontak dengan lebih kuat sampai pelukan dari abangnya terlepas, dia ingin bangun tapi di tahan oleh Lienza Razeen. Lienza Razeen terus memeluk adiknya dan menenangkan nya.

"Lana penat bang, Lana penat. Izinkan Lana pergi bang. Lana dah tak kuat." Jerit aku sambil menangis.

Lienza Razeen mengelus rambut adiknya lembut, air matanya jatuh juga akhirnya, sungguh dia merasa kesian atas apa yang berlaku di gadis ini. Lienz Ryan yang baru sahaja sampai membawa ubat itu juga turut menangis bila mendengar suara Liliana menjerit sampai ke luar bilik.

"Lana, janganlah cakap macam tu, Ayan tau adik Ayan ni baik kan, adik abang ni kuat." Pujuk Lienz Ryan.

"Lana.. Lana tak kuat dah macam dulu, Lana nak umi je."

"Izinkan Lana pergi selamanya boleh."

Lienza Razeen dan Lienz Ryan yang mendengar terus memeluk adiknya, mereka bertiga menangis dalam pelukan. Sungguh mereka berdua lemah bila melihat adik perempuan nya dalam keadaan seperti ini.

OG| A True Love (Slow Update)Where stories live. Discover now