LxA 28🥀

151 16 1
                                    

"When I take your picture, I take good good ."

"When you take my picture like rubbish, like trash!." Kuat Ryu bersuara kerana geram.

"Adu sorry lah Ryu, aku tengah menikmati keindahan alam ni, kau suruh tangkap gambar. Memang aku malas lah." Balas Elvien malas. Orang tengah syok layan perasaan dia suruh tangkap gambar lak.

"No! banana already fruit 2 time. This time my heart is hurt, my heart is hurt!." Balas Ryu Cleon merajuk. Dia hanya menyuruh Elvien mengambil gambar nya di air terjun tu je, bukan suruh memancing pun. Menci lah gini

"Oklah, aku ambik gambar kau bethol-bethol punya eh. Bak phone kau."

"Mung senyak. Don't kecek with ana sejam. I menci you huh." Marah Ryu pada Elvien, dah lah beberapa hari lepas curi keropok lekor aku tak nak ganti pula tu.

Elvien hanya melihat Ryu merajuk dan berlari ke arah Liliana yang sedang selfie itu. Ni pasti nak suruh Liliana yang ambilkan gambar dia ni. Elvien melihat Ryu dari jarak jauh dengan geram bila melihat jejaka itu menunjuk jari tengah ke arahnya.

Elvien apa kurangnya juga, dia turut membalas jari tengah itu juga. Andrey hanya melihat dua ketul itu dengan geram. Cadangnya nak pergi dengan buah hatinya je tapi, dua ketul tu ikut senyap-senyap. Dengan alasan.

"Bawaklah kami Rey, tak kesian ke kat kami yang terlalu bosan ni. Kami janji kami tak kacau korang punya dating tu."

Andrey menuju ke arah Liliana yang sedang rendamkan kaki nya kedalam air sungai itu. Sekarang mereka berada di Air Terjun Lata Bayu, Kedah. Sengaja Andrey memilih tempat sebegini untuk menenangkan fikiran dari kerja di pejabatnya. Tapi bertambah stress pula bila dua ketul tu ikut sekali. Bala bala.

"Termenung apa."

Terkejut Liliana bila disergah oleh Andrey dari belakang. Ye pun bagilah salam dulu ni main rempuh je. Liliana melorekkan senyum ikhlas pada Andrey dah menepuk batu di sebelahnya untuk menyuruhnya duduk. Andrey tidak membantah dan terus duduk di sebelah Liliana. Jarak di ciptakan sedikit.

"Tak adalah. I tengok dua ketul tu main air, macam budak-budak je." Kata Liliana, kadang dia tergelak kecil bila melihat Ryu dan Elvien perang air.

"Hm, tak nak mandi ke, atau tak reti berenang." Tanya Andrey bersahaja.

"Nak tu nak tapi sejuk lah, lagi pun you tak mandi juga ke. Tak join budak-budak tu?." Tanya Liliana pula.

"Malas." Hanya itu sahaja balasan dari Han's Andrey, Liliana memasam kan muka, kalau cakap dengan mamat ni asik balas singkat je.

"Owh ok."

Andrey hanya memerhati wajah Liliana dari sisi, dari tepi pun dah cantik ni pula depan-depan macam manalah aku tak angau dengan kau Liliana.

Dan tetiba muncullah idea nakal dari fikiran Liliana. Dia bangun dari duduknya, Andrey yang melihat mengerutkan dahi, dah pahal berdiri pula ni. Nak terjun ke.

Tanpa banyak kata, Liliana terus berlalu ke arah belakang Andrey, Andrey tidak perasan yang akan niat jahat gadis itu, dan terbitlah senyuman jahat milik Liliana, bila Andrey sudah memahami nya terus besar mata nya dan memberi amaran sebelum gadis ini melakukan perkara tersebut.

"Jangan Liliana, aku tak na...."

Splash...

Belum sempat jejaka itu mau menghabiskan ayatnya, dia terus di tolak kedalam air sungai yang sejuk itu. Habis pecah ketawa Liliana bila melihat wajah cemberut jejaka itu, Ryu dan Elvien yang melihatnya turut mengetawa kan sahabat nya itu.

OG| A True Love (Slow Update)Where stories live. Discover now