LxA 35🥀

155 13 1
                                    

"Assalamualaikum kami dah sampai." Kami memberi salam sebelum masuk ke dalam rumah. Kedua-dua abangku terus berlari mendapatkan ku. Dipeluk erat seperti tak nak lepas.

"Huwaa aku rindu kau lah gila." Adu Lienz Ryan manja. Aku menepuk lengan nya lembut.

"Menggada lah kau ni bang." Kata ku bersahaja.

Melihat Andrey dan abang sulungku sedang berbual itu aku biarkan sahaja. Barang ingin ku bawa ke atas tapi ditahan oleh suamiku pula.

"Letak je situ nanti abang bawa naik atas." Ujar Andrey lembut.

"Alah takpe sikit je ni." Dengan degilnya aku tetap membawa beg baju kami ke atas. Biasalah aku kan memang keras kepala.

"Dia tu memang degil sikit. Biar jelah." Ujar Lienza Razeen pada adik iparnya itu.

Semasa aku ingin menaiki lif, aku terserempak dengan papa dan mama ku di tangga itu. Aku ingin menyalami tangan mereka tapi mereka buat tidak peduli ke arah ku. Agak terasa tapi dibiarkan sahaja berlalu. Aku hanya melorekkan senyum sedikit ke arah mereka. Selesai meletakkan barang kami di atas, aku turun semula ke bawah. Dapat dilihat semua berada di living hall itu.

"Jadi macam mana hidup dengan budak tu. Ok ke, tak ada dia menyusahkan kau?" Tanya Ila Fariha pada menantu nya itu.

"Alhamdulillah mama, kami ok je sepanjang kami bersama." Kata Andrey ikhlas. Memang tak dinafikan walaupun isterinya itu keras kepala dan kadangkala degil, tapi gadis itu tetap baik dan tidak pernah ingin menyusahkan nya.

"Owh baguslah, ingatkan dia masih nak susah kan kau lepas menyusahkan kami." Sinis puan Ila berkata.

"Mamaa, apa cakap adik macam tu. Nanti kalau adik dengar macam mana." Tegur Lienza Razeen pada mama tirinya itu. Bila dia melihat susuk tubuh adiknya mendekati mereka hati tidak tenang takut adiknya terdengar perbualan mama tirinya tadi.

Liliana mengambil tempat disebelah suaminya bertentangan dengan mama dan papa, melihat wajah papa tenang seperti tidak terganggu dengan kehadiran nya disitu, melainkan wajah mamanya itu. Tidak habis ingin menjeling dia kalau boleh nak je di cungkil mata tu buat sup. Keadaan sedikit tegang bila kehadiran nya sampai disitu. Tidak lama suara Lienz Ryan memecahkan keadaan kekok itu.

"Dik, tadi aku suruh kau beli air aku kan. Mananya?" Tanya Lienz Ryan pada adiknya itu, Liliana mula cuak tidak tau mau cakap apa.

"Air kau jatuh tadi, tak sempat nak beli baru." Ujar Han's Andrey tenang, Liliana mengucapkan syukur didalam hatinya. Nasib cik suami jadi penyelamat kita.

"Ish ish, macam mana boleh jatuh nyah. Kau terjatuh ke tadi?" Tanya Lienz Ryan risau.

"Tak adalah, beg kertas tu koyak bawah sebab tu air kau jatuh, nak beli balik malas aku." Tipu Liliana berkata. Lienza Razeen hanya memerhati sahaja raut wajah adiknya itu. Dia sudah tau gadis itu menipu mereka tapi di diamkan sahaja.

"Alooo, kalau macam tu sebagai ganti kau buatkan aku air kopi yang tersedap selalu kau buat dulu ok." Paksa Lienz Ryan pada adiknya, Liliana hanya menjeling tajam wajah abang keduanya itu. Nasib sayang jadi ikutkan sahaja lah.

"Haa yelah, sekarang ke?"

"Tak malam nanti." Liliana mengangguk faham.

•♪•♪•♪•♪•♪•♪•♪•

Aku dan suamiku solat berjemaah bersama, ini merupakan solat berjemaah kami berdua yang pertama. Selesai mengaminkan doa aku menyalami tangan suami ku lembut, Andrey mencium ubun-ubun isterinya yang berlapik telekung dengan kasih sayang yang ikhlas. Liliana mengangkat kepala dan memandang wajah tampan suaminya itu. Dia suka melihat mata suaminya yang cantik itu, berwarna hijau cair. Tenang sahaja bila melihat nya.

OG| A True Love (Slow Update)Where stories live. Discover now