LxA 12🥀

199 19 1
                                    

Aku membuka pintu masuk rumah milik ku,masuk sahaja terus kedua-dua abangku menerpa ke arah aku. Terkejut sedikit aku di buatnya.

"Adik kau pergi mana tadi,risau tau kami,takut apa-apa jadi kat kau" Jelas nada suara abang keduaku seperti risau.

"Kau ok tak ni ada luka kat mana-mana ke." Mereka berdua terus menilik diriku takut ada luka yang terjadi.

"Takda luka pun lah,adik ok je ni tadi adik pergi jumpa Ryu dengan Elvien,saja jumpa dorang." Balas aku supaya mereka tidak merisaukan aku lagi

"Kau jumpa dorang?buat apa." Soal abang Razeen.

"Saja healing sikit."

"Eh dia ni orang tanya betul-betul dia jawab main-main pula." Marah abang keduaku.

Aku ketawa kecil melihat muka cemberut mereka."Adik saja je jumpa dorang,cerita kan hal apa yang jadi tadi."

Bila aku berkata perkara yang berlaku tadi,air muka kedua-dua abangku berubah sedikit mungkin mereka juga rasa kasihan atas diriku yang sedikit malang ini.

"Abang harap kau tak kecil hati dengan keputusan papa tadi,aku tau kau tak suka. Kami pun bukan suka sangat dengan mamat tu." Balas abang Ryan.

Aku hanya tersenyum hambar mendengar nya."Jangan risaulah,adik ok je."

"Abang harap kau dapat jumpa jodoh kau yang betul-betul, bukti kan kat papa pilihan kau lagi baik dari papa ok." Sokong abang sulungku.

"Alah lagi pun Andrey ada kan nak susah buat apa,dia pun ok je aku tengok tah-tah dia jodoh kau kot dik." Macam biasalah ada sahaja abang keduaku mau kena kan aku.

Tapi cakap pasal Andrey hatiku rasa sedikit sayu, mungkin kerana dia tolak tawaran mau tolong jadi pasangan tipu aku.

"Hm aku naik atas dulu lah nak rehat penat lah." Aku meminta izin mau keatas.

"Ha telah, jangan buat bukan-bukan pula. Kalau ada apa-apa panggil kami ok." Balas abang sulungku.

Aku tersenyum sedikit ke arah mereka sebelum berlalu pergi ke bilik ku.

                     •♪•♪•♪•♪•♪•♪•♪•

"Umi jangan tinggalkan adik. Adik tak nak tinggal dengan papa, papa tak sayang adik umi." Anak kecil itu teresak esak menangis.

"Umi minta maaf sayang, umi tinggal kan adik dengan papa dan mama baru adik ok, abang Ryan, abang Razeen kan ada."

"Tak nak umii,bawa adik ikut umi dan abang Ahan. Adik tak sanggup duduk dengan papa umi"

"Maaf kan umi ye Lana, umi bawa abang Ahan pergi sekali ye sian umi tiada siapa nak teman umi nanti. Umi janji suatu hari nanti bila puteri umi ni dah besar,umi dengan abang Ahan cari Lana balik ok. Umi akan sentiasa ada dengan Lana dan putera-putera umi ok" Pujuk wanita itu.

"Sekarang kau pergi dari rumah ni. Aku tak nk tengok muka kau lagi dan berambus!."

"Umi jangan tinggalkan Lana umi, abang Ahan jangan pergi"

"Umii!!." Aku terus terbangun dari tidur,dada aku berombak kencang mungkin terkejut akan mimpi yang aku dapat tadi.

Mimpi..mimpi yang membuat kan aku ketakutan untuk aku di tinggalkan oleh orang yang aku sayang dan mimpi ini juga sudah menghantui aku sejak dari kejadian itu lagi. Sudah beberapa tahun aku harus hadap mimpi ngeri ini.

Aku cuba menenangkan diri dahulu, terasa badan ku mengigil sedikit. Aku melihat jam dinding yang berada di dalam bilik ku ini. Sudah pukul 6:30 minit.

Mungkin ini padahnya tidur waktu nak dekat maghrib haih..

Aku bangun dari tempat aku beradu tadi dan terus menuju ke bilik air untuk membersihkan diri.

Selesai sahaja membersihkan diri,aku terus menuju ke walk in closet yang berada dalam bilik ku, usai sahaja bersiap aku terus kembali ke katil semula, sementara menunggu masuknya waktu solat maghrib, aku membuka iphone milikku. Mana lah tau ada chat penting ke.

Ada beberapa chat dari PA aku dan selebihnya ialah E-mail dari perkerja aku. Aku melihat ke arah jam iphone aku ini,ada lagi 2 minit mau masuk waktu solat. Aku menutup iphone milikku dan terus masuk ke dalam bilik air untuk mengambil wudhuk.

Dengar sahaja azan berkumandang, aku terus memakai telekung dan membentangkan sejadah ke arah kiblat, selesai sahaja azan habis aku terus menunaikan apa yang wajib bagi umat islam lakukan.

Di rakaat terakhir,tanpa aku sedari air mata aku jatuh menyembah bumi. Aku tidak tau kenapa rasa sayu di hati aku ni. Selesai sahaja solat aku berdoa kepada Sang pencipta untuk memaafkan kesalahan aku dan selebihnya, ketika aku berdoa air mata aku jatuh kembali.

Hati aku rasa sedikit sayu,,aku tidak tau mengapa. Apakah sakit atas apa yang dilakukan oleh orang tua ku ataupun rindu akan umi dan abangku itu. Aku juga tidak lupa berdoa kepada abang dan umi ku yang tidak tau ke mana, aku berdoa agar mereka selamat dan sihat selalu.

Selesai sahaja habis berdoa aku mengemas telekung dan sejadah,aku kembali ke katil aku tadi,duduk sahaja di atas katil itu hati aku terdetik memikirkan hal yang dah berlaku ketika usia ku 10 tahun.

Kejadian yang tidak akan aku lupakan, kejadian yang telah mengubah hidupku lebih gelap dan kejadian yang merenggangkan hubungan aku antara umi dan abangku itu. Hati aku masih marah pada mama tiriku yang sekarang ini. Kerana dialah punca segala nya.

"Mama Lana harap Lana dapat jumpa mama, Lana rindu mama dan abang Ahan. Lana harap mama dan abang sihat selalu..." Dan kini air mata ku kembali dengan begitu deras bila memikirkan kedua orang yang aku sayang tapi tidak tau ke mana..

" Dan kini air mata ku kembali dengan begitu deras bila memikirkan kedua orang yang aku sayang tapi tidak tau ke mana

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.




Plot twist ke kejutan ni?

Jangan lupa vote cite ni oky🧸

OG| A True Love (Slow Update)Where stories live. Discover now