BAB 3

6.5K 193 1
                                    

Raisha mengelap rambutnya yang basah setelah selesai mandi dan bersiap. Dia duduk di birai katil dan diambil telefonnya.

Dahi bekerut bila mendapat notification dari Instagram. Dalam banyak banyak orang mesej, entah kenapa mesej yang tertera photo tu menarik minatnya.

Jari menekan mesej tu dan membulat mata nya bila jelas gambar dia di taman petang tadi. Firasat nya tak salah yang ada orang memerhatikan dia dari jauh.

Dia perlu simpan hal ni dari Nurul. Dia tidak mahu bercerita tanpa tahu siapa orang tersebut.

Badan direbahkan untuk tidur kerana badan sudah letih.

JARI jemari menaip pantas di komputer nya. Tidak sampai berapa minit, dia mendapat kedudukan tersebut.

Terukir senyuman sinis di bibir merah tersebut. Dibiarkan komputer nya menyala disitu dan segelas kopi yang terletak ditepi nya di ambil sebelum dihirup bagi menghilang kan mengantuk.

Mata tak lepas memandang skrin komputer tersebut.

RAISHA menaiki motor Y15 nya dan meronda tanpa arah tuju. Mata dikerling ke arah belakang dimana ada sebuah motor R15 sedang mengikutinya. Setahu dia dari tadi lagi orang itu seakan ikut dia.

Cluth ditarik sebelum gear diturunkan. Dipulas minyak disertai cluth yang dilepaskan. Dia cuba untuk lari dari lelaki tersebut. Jantung berdegup kencang.

"R15 kot memang sah sah aku kalah!" Raisha mendengus dan cuba untuk berfikir kemana dia perlu pergi.

Raisha cuba singgah di kedai dan pura pura tidak tahu kewujudan lelaki tersebut. Walaupun hujung mata nya sempat menangkap R15 di hujung pokok yang agak jauh dengan kedai tetapi dia endahkan saja.

"Kau ingat kau boleh lari." Perlahan suaranya dan cap ditarik kebawah sedikit.

"Lama tak nampak Raisha. Pergi mana ja?" Ramah kak Ida menyapa nya sambil mengira total barang.

"Ada ja kak Ida cuma sibuk sikit." Jawab nya dengan senyuman segaris.

"Kak Ida kasihan dekat kamu tau. Sudahlah hidup sorang sorang. Tak penat ke pagi sekolah malam kerja?" Raisha anak yatim piatu yang kehilangan dua orang tua nya pada dua taun lepas. Sakitnya masih terasa.

"Nak buat macam mana kak Ida. Tak kerja tak makan lah saya." Diserahkan beberapa keping duit kertas.

"Balik hati hati. Jangan seksa diri pula ya kalau nak apa apa bagitahu kak Ida." Raisha menganguk sambil mengucapkan terima kasih.

JEJAKA KIRIMAN SYAITAN [C]Where stories live. Discover now